Saturday, August 30, 2008



Stoke on Trent
Minggu ini minggu sibuk. Sibuk disebabkan minggu ini ada bersamanya cuti umum, Isnin yang lalu. Ahad yang lepas saya ke Stoke lagi. Tempat jualan pinggan mangkuk yang terkenal seantero UK. Saya tidak banyak membeli. Sekadar menambah sebiji dua pinggan mangkuk yang ada. Membeli biarlah ikut keperluan dan kemampuan poket..

Sebiji teapot ini harganya £70 = RM430. Punya-lah mahal... tetapi cantik sekali.
Ramadhan menjelang tiba. Seharusnya perlu bersedia mental dan fisikal. Bermula September juga, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah selesai cuti summer. Barang keperluan dapur harus dilengkapkan untuk keluarga kami yang sibuk. Antara yang mesti ada di dapur adalah kicap manis cap kipas udang Habhal.
Manakala yang didambakan antaranya petai, tempoyak, budu, belacan etc.. dah namanya orang Melayu..
Dan yang paling tidak pernah putus stok di rumah kami adalah cili padi. I'm a great fan of cili padi.



Keropok, rempah kari pembuka selera.

Sunday, August 24, 2008

Kembara ke Eropah - Luxembourg


Can you spot where is Luxembourg?

Sambung sedikit lagi cerita cuti-cuti Eropah. Sebelum ke Switzerland, kami singgah di Luxembourg. Negara yang bersempadan dengan Germany, France dan Belgium. Negerinya kecil sahaja tetapi dikatakan sebagai negara yang sangat kaya. Manusianya sombong-sombong termasuklah penjaga tandasnya. Beberapa orang rakan dimarah hanya kerana membasuh tangan di sink. Pelik.., agaknya stress dengan kerjanya. Bertekak juga-lah mereka. Seorang rakan lagi dihalau keluar kedai hanya kerana memakan buah epal. Hi..hi.. macam-macam... Lain-lain layanan yang ketara adalah apabila kita membeli barangan, duit baki dicampak sahaja di atas meja. Lain benar dengan rakyat UK. Sangat sopan hatta jika kita membayar harus diletakkan di dalam gengaman tangan mereka. Dipulangkan baki pun diletakkan di dalam gengaman tangan kita sambil menyebut 'Thank You Love, Darling etc.."

Negaranya berlembah - pemandangan di dalam bandar


Tinggalan perang - kubu

Luxembourg terkenal kerana industri perbankan dan pentadbiran. Banyak tarikan sejarah di sini, terutama sejarah tinggalan perang. Negaranya berlembah sehingga menjadi satu keunikan pula rupabentuk negaranya.

Makanan laut di restoren di Luxembourg

Wednesday, August 20, 2008

Di Ambang Ramadhan


Preparing for Ramadan - Some Useful Tips
- From Ramadan Companion by Faisal Abdur Razak

It is important for us to prepare for the Holy Month of Ramadan in order to reap the maximum benefits from this month. Rasulullah (may the prayers of Allah and peace be upon him) and his noble Sahabah (may Allah be pleased with them) used to look forward to the coming of the blessed month of Ramadan. The Holy Prophet (sallallahu 'alaihi wa sallam) would say in his supplications:

"Allahumma barik lana fi Rajab wa Sha'ban wa ballighna Ramadan" - Allah bless us in the month of Rajab and Sha'ban and help us to meet and spend Ramadan (in a deserving manner)."

Ramadan is the month of excitement and enlightenment for Muslims. It is the month of revelation of the Holy Qur'an, the month of reading and reciting the entire Qur'an, the month of tahajjud and qiyamul layl, of tarawih prayers, of sadaqah, zakatul fitr, and zakatul mal.

No one can go anywhere without preparation, and no one invites a guest without preparing to welcome him/her. Similarly, to welcome Ramadan -- the month of fasting -- one has to prepare. The following are some tips to help you receive and welcome this noble month of Ramadan.

1. Try to fast on Mondays and Thursdays, as of today.

2. Start reading Qur'an daily after Salatul Fajr.

3. Spend some time listening to recitations from the Qur'an.

4. Train yourself to go to bed early so that you can wake up for Salatul Fajr.

5. Keep yourself in a state of wudu' at all times.

6. Evaluate yourself daily before going to bed. Thank Almighty Allah for all the good deeds you do, and repent to Him for your mistakes and sins.

7. Give yourself some time alone, so that you can meditate, make dhikr, tasbih, takbir, tahmid, tahlil, and other forms of dhikr. You will experience spiritual elevation and you will enjoy life tremendously.

8. Those who can afford to make 'Umrah before Ramadan comes should do so, and those who are able to perform 'Umrah in Ramadan should do so. 'Umrah in Ramadan is equivalent to (the reward of) a hajj.

9. Start giving (charity) daily, no matter how little it is. Make it a habit, like eating and drinking.

10. Find time to pray extra nawafil (optional) salah, such as Salatul Duha, Qiyamul Layl, and Salatul Tahajjud. (note: If you have fardh - obligatory - prayers to make up, it is much more important to fulfill those first.)

11. Spend more time reading Islamic books, especially the Holy Qur'an, books on Seerah (the life of the Messenger of Allah), hadith, and fiqh.

12. Find time to help others with your wisdom, knowledge, and other talents.

13. Try to write articles on Islam for Muslims and others for non-Muslims.

14. Associate with Muslim scholars, 'ulama, and pious believers so that you may learn from them.

15. Train yourself to do good, no matter how insignificant it may seem, and render useful service to others.

16. Try to learn how to make da'wah to non-Muslims, and engage in this noble activity. It is an art requiring knowledge and training.

17. Try to spend more time with your family, and remind them to prepare for Ramadan as well.

Tuesday, August 12, 2008

Meeting dan makan

Minggu ini, perjumpaan bersama supervisor. Seperti biasa, asal saja selesai perjumpaan, otak seperti sudah hilang connection. Ambil masa nak 're-boot' balik. Saya membuat apa-apa yang patut. House keeping pada reference manager saya (Jabref). Untuk membaca, berfikir sudah macam tiada 'zuk'.

Untuk 're-boot' kembali kepada mode bekerja selepas perjumpaan dengan supervisor kadang-kadang mengambil masa, separuh hari, sehari, 2 hari. Paling teruk seminggu. Mana-kan tidak, kadang-kadang perlu meluruskan kembali otak supaya boleh diselitkan dengan komen, perubahan, cadangan mahupun 'deletion' apa yang telah kita laku-kan. Otak bekerja tapi di dalam proses koordinasi dengan perubahan-perubahan baru. Bagaimana ya, jika perjumpaan dengan supervisor saban hari atau minggu? Mahu rebah dibuatnya..

Ahmed's

Semalam kami meraikan seorang rakan yang akan kembali ke Malaysia. Ladies day out. Puas mencari restoren makanan halal di sini. Akhirnya kami sepakat makan di Ahmed's, kedai makan Pakistan. Not bad. Makan lamb beriyani, chicken curry, lamb kebab dan roti nan. Minumnya mango lassi dan strawberry lassi. Sedap-lah jugak walaupun saya kempunan nak makan makanan sebelah kita atau makanan Thai. Kalau di Shah Alam, sudah pasti saya akan mengajak mereka ke Serai di Section 3. Hu..hu.. Melihat kawan akan pulang, saya pun ingin pulang..

Hampir habis makanan..