Saturday, August 30, 2008



Stoke on Trent
Minggu ini minggu sibuk. Sibuk disebabkan minggu ini ada bersamanya cuti umum, Isnin yang lalu. Ahad yang lepas saya ke Stoke lagi. Tempat jualan pinggan mangkuk yang terkenal seantero UK. Saya tidak banyak membeli. Sekadar menambah sebiji dua pinggan mangkuk yang ada. Membeli biarlah ikut keperluan dan kemampuan poket..

Sebiji teapot ini harganya £70 = RM430. Punya-lah mahal... tetapi cantik sekali.
Ramadhan menjelang tiba. Seharusnya perlu bersedia mental dan fisikal. Bermula September juga, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah selesai cuti summer. Barang keperluan dapur harus dilengkapkan untuk keluarga kami yang sibuk. Antara yang mesti ada di dapur adalah kicap manis cap kipas udang Habhal.
Manakala yang didambakan antaranya petai, tempoyak, budu, belacan etc.. dah namanya orang Melayu..
Dan yang paling tidak pernah putus stok di rumah kami adalah cili padi. I'm a great fan of cili padi.



Keropok, rempah kari pembuka selera.

13 comments:

are you said...

salam kak...

selamat menyambut dan menjalani ramadhan al-mubarak.

semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna buat akak sekeluarga.

Nur said...

Salam Kak..Kicap tu kegemaran saya sekeluarga juga..kat sini Rm4.20@4.40. Wah.cantik teko tu n mahal lagi..pakai tupperware dah le.

Selamat Menyambut Ramadhan buat semua..

noor said...

akak, assalamualaikum

terima kasih bebanyak layan kami sekeluarga. menyusahkan aja. anyway, ni nak mtk address arcopal kat bradford tu la... heheehe;

tq byk2.

-akuni- said...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak - semoga semua ibadah di bulan ramadhan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT

silversarina said...

salam ramadan dari kami di keaman buat zlaa dan family.

masa kami di jordan dulu yang paling berharga dalah kicap tu, tak de di sana, pernah sekali terjumpa kicap kipas udang di kedai arab, habis kami borong walaupun mahal (RM 13 sebotol kecil ), lepas tu tak de dah kedai tu jual :P

LiLa said...

Kak Zlaa,

Salam Ramadhan Al-mubarak buat akak sekeluarga.
Moga tabah menjalani ibadah puasa di rantau orang - walaupun terpaksa beli barang keperluan dari M'sia dgn harga yang mahal :)

Pp said...

Ramadan Kareem kepada Zlaa dan family di sana.

best nampak petai fresh dlm kulit...sini ada petai tapi yg sudah di keluarkan dari kulit dan dah tak de bau...hehehe...

teapot tu memang la gorjess nye!!!

pp

Noor said...

salam...

akak, thanks for the address. Tak tahu nak pergi bila lagi nih..Budget cukup utk shipping je nih tp ada hati nak shopping pinggan mangkuk lagi....

okeh.... Selamat Bersahur...

ZLAA said...

are you,

Ramadhan Kareem. Moga Ramdhan kali ini yg terbaik buat kita.

nur,

Sini kicap tu £2.50 = RM 16. Beli juga lah sebab sedap.

noor,

Terima kasih kerana sudi datang. Nice knowing Noor dan family.

ZLAA said...

~akuni~,

Salam Ramdhan. Moga Ramadhan kali ini yg terbaik buat kita.

silversarina,

Salam Ramadhan buat Kak Rina dan family jua di sana. We will be missing Bazar Ramdhan. Tak apa-lah, belajar masak sampai pandai.

lila,

Ramadhan Kareem buat Lila dan famili. Beli aja-lah walaupun agak mahal. Nak buat macam mana, selera anak-anak.

pp,

Salam Ramadhan. Lama tak nampak kelibat pp. Seronok baca blog you pasal cuti-cuti Malaysia. Meriah sungguh.

noor,

Elok juga kalau dapat pergi. Jamu mata. He he..

NaNi said...

salam akk

selamat berpose yer...rasanyer ni kali ke 2 akk berpose kt UK kan?teringat saya entry akk pasal bazar ramadhan....kejap je masa berlalu kan?

canteknyaaa teapot tu..ada suruh mmber tgk kalau ada sale...susah nak dpt rege rendahkan design tu...:-(

ZLAA said...

nani,

Ramadhan kareem. Missnya Bazar ramadhan. Teapot tu memang cantik.. Harga pun cantik.

Anonymous said...

Asalamualaikum,Semua dan selamat menjalani ramadhan al-mubarak.

Saya pasti anda-anda amat merindui makan masakan melayu.Jika nak beli rempah ratus,bahan-bahan masak ,belacan ke ,rempah alagapas ke ,mee segera ke, serta apa-apa sahaja keperluan utk makanan silalah email kpd saya.

Saya hanya jual dalam bentuk small packing .Dalam packing less then 2kilo .supaya mudah penghantaran serta tak menyusahkan pegawai2 kastam dll.

Saya menyediakan perkhidmatan menghantar bahan-bahan makanan kpd kawan-kawan,para-para sahabat serta sesiapa saja yg tinggal di luar negara serta sudi menyokong saya .

Saya sedang siapkan blog nnt saya beritahu ye.


my email address : ryc_sha@yahoo.com

Wassallam....

Rgds

Shah
sekadar memenuhi cita rasa kampung.