Sunday, August 24, 2008

Kembara ke Eropah - Luxembourg


Can you spot where is Luxembourg?

Sambung sedikit lagi cerita cuti-cuti Eropah. Sebelum ke Switzerland, kami singgah di Luxembourg. Negara yang bersempadan dengan Germany, France dan Belgium. Negerinya kecil sahaja tetapi dikatakan sebagai negara yang sangat kaya. Manusianya sombong-sombong termasuklah penjaga tandasnya. Beberapa orang rakan dimarah hanya kerana membasuh tangan di sink. Pelik.., agaknya stress dengan kerjanya. Bertekak juga-lah mereka. Seorang rakan lagi dihalau keluar kedai hanya kerana memakan buah epal. Hi..hi.. macam-macam... Lain-lain layanan yang ketara adalah apabila kita membeli barangan, duit baki dicampak sahaja di atas meja. Lain benar dengan rakyat UK. Sangat sopan hatta jika kita membayar harus diletakkan di dalam gengaman tangan mereka. Dipulangkan baki pun diletakkan di dalam gengaman tangan kita sambil menyebut 'Thank You Love, Darling etc.."

Negaranya berlembah - pemandangan di dalam bandar


Tinggalan perang - kubu

Luxembourg terkenal kerana industri perbankan dan pentadbiran. Banyak tarikan sejarah di sini, terutama sejarah tinggalan perang. Negaranya berlembah sehingga menjadi satu keunikan pula rupabentuk negaranya.

Makanan laut di restoren di Luxembourg

10 comments:

Nur said...

Salam Kak..Hari sabtu nampak muka kak n bang Din wah...seronok tu dalam melancong..tumpang syok sama bila tgk TV...Pasar Ramadhan tahun ni..tak tau la mungkin naik harga. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Salam buat semua di sana.

MULAN said...

waahhh sis, thanx for sharing. seronok baca pengembaraan ni..

saifullah said...

K Zlaa,
Seronok baca catatan perjalanan mcm ni. Ni la masanya sambil2 blh ambil pengalalman tgk tempat org.

K Zlaa akn ke conference ANTS 2008 ke?

Dalam Dakapan Ibu said...

Zlaa,
You're such a lucky person boleh travel europe with your loved ones.

Really hope that one day I'll be there :)

nabilla naha said...

my oh my, subhanallah.. the place looks fantastic! best baca.. heee :D

Abang Long said...

Nikmatilah setiap detik di perantauan. Hanya manusia terpilih sahaja yang memperolehinya.

ZLAA said...

nur,

Salam. Dah tengok ye? Hu hu, kami juga yang tak dapat tengok..

mulan,

Thanks for reading.

saifullah,

Ya, akak akan ke Ants 2008. saifullah join juga ke? can I have your e-mail address?

ZLAA said...

dalam dakapan ibu,

Alhamdulillah Ja. Bersyukur padaNya. InsyaAllah, ada rezeki dapat juga you ke sini nanti. Lepas ni I nak ke Makkah pula.

nabilla naha,

Europe memang cantik. Dengan cuaca yang nyaman. MasyaAllah, kurnia Allah pada mereka.

abang long,

Semua kesyukuran padaNya jua.

saifullah said...

sy belajar di IRIDIA, ULB, Brussels. InsyaAllah sy join sekali ANTS sbb IRIDIA yg anjurkan & yuran pn percuma.
Bila K Zlaa ckp akn menyewa di Beau-Site, br sy terfikir yg K Zlaa akn ke ANTS.
InsyaAllah kita jumpa di sana.
ni email sy: coretanidea(at)gmail.com

ZLAA said...

Saifullah,

Wah, interesting. Hopefully we can meet during the conference. InsyaAllah.