Wednesday, September 03, 2008

First day of school

Zahraa, Khadijah and Hasif - getting ready for school

Hari ini hari pertama persekolahan sessi musim luruh. Summer telahpun melabuhkan tirainya. Angin sejuk mula bertiup menyapa kami. Ah..sungguh nyaman. Nikmat sungguh cuaca ini diberi Allah pada negara ini. Pagi-pagi lagi 3 dari anak di sekolah rendah memulakan persekolahan. Seawal semalam sudah menyiapkan persiapan baju-baju ke sekolah. Setakat uniform sahaja-lah, buku dan alatulis tak perlu difikirkan kerana semuanya percuma. Yuran pun tiada. Semuanya ditanggung oleh kerajaan di sini.


A welcoming mural of the school

Anak-anak yang lain ada yang akan bermula esok dan seorang lagi lusa. Suka-suka hati sahaja sekolah di sini memilih hari permulaan sekolah, asalkan di dalam minggu ini. Hasif, anak yang paling kecil bakal melangkahkan kakinya ke 'reception' (tadika) atau persediaan ke Darjah satu. Sessi lepas dia di nurseri school, iaitu hanya 2 jam bagi membiasakan dirinya dengan sekolah. Sessi persekolah biasa bermula 9 pagi hingga 3.30 petang.

A coat hanger with Hasif's name has already been prepared by the teachers, even on the first day of school.

Pintu ke kelas Hasif - 3 teachers in charge.

The 'caring school rules':

- Respect ourselves and each other

- Look after our school and everything in it

- work, talk and walk around it quietly

- Call everyone by their own name

- Do as we are asked the first time

- Listen to others quietly and politely

- Put our hand up if we want to say something

- Finish our work carefully and always do our best.

Saya sudah lupa bagaimanakah peraturan sekolah saya dahulu. Tetapi, saya fikir sekolah di sini sangat mengutamakan bagaimana untuk menghormati diri sendiri dan orang lain. Sopan santun sangat dititikberatkan. No wonder most Britons yang saya jumpa begitu santun.

Ofis sekolah - ceria

Saya suka frame ini di pintu masuk bilik staf sekolah.

To know Allah's Will is our Greatest Treasure

To do Allah's Will is our Greatest Pleasure

Hasif - ready to start school. Work hard my son.. Let us be proud of you..

18 comments:

Nur said...

Salam Kak..selamat bersekolah kembali untuk anak-anak. Lain ya kak dengan sekolah di sini..

Pp said...

TO DEAR hASIF,

Selamat belajar - tanamkan azam untuk berjaya, boleh tolong ibu bapa, ugama, bangsa dan negara!
pakcik uncle doakan Hasif sihat selalu, dan terang hati, lapang dada...dan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

aminnnnnnnnnnnnn.

puan zlaa....sekolah tu best gak...ada dia respect bulan ramadan!!

ramai ka pelajar muslims??

pp

~akuni~ said...

Seronok nya tengok sekolah Hasif... ni sekolah untuk kanak2 muslim ke?

ZLAA said...

nur,

Salam. Terima kasih. Sekolah di sana dah nak cuti. Sekolah di sini baru nak mula.

pp,

Thank you atas doa. Sekolah ni semua perayaan diraikan. Alhamdulillah, Muslim tidak dipandang serong di sini. Pentadbiran sekolah sangat menghormati kehendak pelajar Muslim sehingga disediakan halal meal during lunch time. Ramai juga pelajar Muslim di sini.

~akuni~,

Ini bukan sekolah kanak-kanak muslim. Ni sekolah biasa di negeri ini. Cikgu anak-anak saya semuanya orang putih yang sangat friendly dan menghormati pelajar.

MULAN said...

salam ramadhan.. zharif pun ingat now summer hols dah habis & kenkawan di vietnam akan masuk belajar semula..

~akuni~ said...

Baguslah macam tu Zlaa.

Kak Elle said...

zlaa the school macam nursery madrasah pulak .. byk anak islam ye?

YuszTieY said...

salam ramadhan dan welcome back to school...cuti dah abis ekk..!!!

Izan Syahriah said...

selamat kembali ke sekolah iman, qutub, ibah, zahraa, ijah & hasif!!! selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan untuk Kak Zlaa sekeluarga!!!

YuszTieY said...

salam kak zla..
dah masuk sejuk yer kat sana..siap pakai baju tebal dah tu..kami masih agi panas tapi tak ler menbahang sgt dah...
selamat sekolah semula...

silversarina said...

salam ramadnn.

Bestnya , ingatkan sekolah Islam , tak sangka sekolah biasa pun menghormati pelajar2 beragama Islam.

Selamat belajar Hasif comel.

babazahra' said...

kak,
alangkah bahagianya kalau semua sekolah letakkan rules macam tu kat Msia ni, lebih2 lagi bila mula masuk sekolah. paling cool yang no 4 dan 5. aman tenteram akhlak bebudak rasanya.

LiLa said...

Kak Zlaa,

Alhamdulillah takde racism kat tempat akak...Kawan saya sampai terpaksa balik ke M'sia sebab anaknya tak tahan diketepikan:(
Wah! sibuk balik lah akak lepas ni....

Dalam Dakapan Ibu said...

Salam Zlaa,
Wah.. bestnya nampak sekolah tu... Mesti semangat budak2 nak belajar pun tinggi...

Nampak anak2 you pun dah besar kan?

Lama rasanya tak jumpa you, thus this (((((HUGS))))))

ZLAA said...

mulan,

Suka juga anak-anak masuk sekolah balik. They have something to do. Kalau tak ni, jenuh nak fikir aktiviti nak layan dia orang.

~akuni~,

Alhamdulillah.

kak elle,

Tak juga macam madrasah. But at least, they respect our religion here.

ZLAA said...

yustiey,

Salam Ramadhan. Dah mula sekolah dan sejuk pun dah mula balik. Tapi, winter lambat lagi. Pakai baju tebal pun yang sederhana tebal.

izan,

Salam Ramadhan. Terima kasih. Doakan Izan dan Iko dapat Ramadhan yang terbaik tahun ini.

silversarina,

Salam ramadhan. Sekolah dah mula balik. Mula-lah kekalutan di pagi hari.

ZLAA said...

babazahra',

Memang rules ini nampak simple sangat tetapi akak rasa, ianya asas kepada akhlak. Guru-guru di sini MasyaAllah menunjukkan akhlak yang lembut tetapi tegas.

lila,

Alhamdulillah, so far so good. Sedih juga baca pasal kawan Lila tu. Sampai kena pulang ke Malaysia. Tak ada cara lain ke?

ZLAA said...

dalam dakapam ibu,

Ya, lama tak jumpa. Last I ingat masa kita buat gathering di rumah Linda. How time flies. Anak-anak I dah besar sejajar dgn umur mak pak depa. Dah tua tapi dok rasa dalam hati perangai tak berubah. Selamat posa Ja.