Tuesday, September 09, 2008

Meeting lagi..


Hari ini perjumpaan bersama supervisor lagi. Meeting terkejut sebab e-mail darinya baru sahaja diterima petang semalam. Minggu lepas sudah meeting. Minggu ini nak meeting lagi. Haiya.. Kelam kabut dibuatnya sebab supervisor kesayangan sudah bertanya tentang report yang patut dihantar hujung bulan ini. Sudahnya saya 'stay up' semalam untuk menyiapkan apa yang patut. Mungkin dia risau saya tidak akan berjumpa dengannya selama 2 minggu akan datang. Kerja tak jalan nanti. Kursus di Southampton seminggu dan konferense di Belgium hampir seminggu. Lama tu..

Saya masih ingat seorang kawan yang sudah tamat pengajian bercerita tentang supervisor yang tiap-tiap hari ingin berjumpa. Hari-hari mesti nak tengok progress dan rupanya. Kadang-kadang katanya sampai ketahap sudah tidak tahu apa yang perlu dilaporkan. Tak dapat dibayangkan betapa stressnya saya kalau di tempat dia. Perjumpaan setiap dua minggu sekali pun sudah stress, apatah lagi jika setiap hari.. Akhirnya kawan saya tamat pengajian dengan jayanya dan gambarnya dilekatkan di sebelah pemain bolasepak di bilik supervisor tersebut. Apakah maknanya itu??

Seperti kebiasaan bagi saya, asal sahaja selesai meeting, otak sudah lapang. Macam highway tidak ada trafik. Sampai tidak tahu nak buat apa-apa, padahal kerja masih berlonggok. Kata rakan Spain saya, 'stress arouses tahap adrenaline system' dalam badan kita. Jika sudah hilang stress maka 'adrenaline' itu sudah turun levelnya. Maka dengan sebab itu, kita seperti tidak ingin berbuat apa-apa. Entah-lah... saya bukan di bidang kesihatan. Tapi, saya akui kebenarannya.

Pernahkah kita terfikir akan keistimewaan 'hati' yang diberi Tuhan ini? Kata orang hanya otak mampu berfikir. Tetapi hati bagaimana? Tahukah kita hati kita ini sangat bijak, setanding otak? Degupan hati yang meransang untuk bertindak dan 'survive'. Believe it or not, every day the heart pumps about two thousand gallons of blood through sixty thousand miles of elastic tubing. But the heart is no mere a pump. . . Hati bijak kerana dengan dia datangnya perasaan. Hati juga hodoh jika dengan ia kita bertindak mengikut perasaan.

6 comments:

Nur said...

Salam kak..syabas kak work hard, saya doa akak berjaya dengan cemerlang. he..he nak pi belgium lagi..nak magnet fridge. Anak saya semua besar2, yg twin tu tinggi dari saya lagi. yang kecik tu dah nearly 2 1/2 tahun. Masa berlalu begitu cepat sekali.

Nani said...

Salam K.Ila

Bila nak ke Belgium?sempat tak jalan2 makan angin....hehhehe

G sorang eh?

Ni dah kira selesai ke lom?

Pp said...

zlaa...saya di tahap bahaya...rasanya, adrenaline di tahap rendah sentiasa lately nie! hehehe.

but the danger is ....i love it!

Mimi Amilia said...

Salam Kak zlaa,
Sama cam saya, lepas jumpa sv cam lega pastu malas dah nak buat kerja.huhuhu.eh tu gamba sv akak ke?

Izan Syahriah said...

assalamualaikum akak, saya suka baca cerita tentang hati tu. tak sangka tulisan akak tu beri kesedaran kat saya hari ni (ada isu yg berkaitan hati, tapi dah reda sket selepas baca blog akak ni). thanks akak.
selamat meneruskan ibadah puasa.

Anonymous said...

Salam

bila baca psl perasaan sblm & lps jmpa supervisor..mcm tu jgk sy rasakan kini..bila dh jmpa & slsai presentation & what not dgn dia..smua keluh kesah trus hilang..mcm dh hbs viva plak! rasanyer smua researcher ada perasaan gini..tak tau ler gd sign ker idak?..tp masalahnyer lps tu...2 hari br baca journal smula..short break ler tu

slmt berRamdhan & Bersyawal