Friday, September 26, 2008

Brussels

Salam AidilFitri buat semua. Maaf zahir batin.

Saya baru pulang dari Brussels, ibukota Belgium. Menghadiri konference di bulan puasa kerana mengikut kehendak supervisor. Bagus konferencenya. Banyak manfaat. Banyak juga cerita cuma tiada masa nak menulis. Perjalanan ke Brussels tiada banyak masalah. Apa lagi jika sebaik tiba di sana dijemput oleh rakan blogger sipencoret. Jutaan terima kasih buat pencoret yang sabar melayan kami (saya dan anak lelaki) sepanjang kami di sana. Akak doakan urusanmu dipermudahkan Tuhan. Juadah berbuka kami plus bersahur ditanggung beres oleh pencoret walaupun masih 'single'. Mudahan bertemu isteri solehah idaman hati ya..

Channel Tunnel - terowong dasar laut yang menghubungi UK dan France

Perjalanan paling significant bila kami akhirnya dapat merasai pengalaman melalui Euro Tunnel antara 'seven wonders of modern world'. Menaiki keretapi Eurostar melalui terowong bawah laut yang menghubungi England dan Peranchis. Perjalanan hanya mengambil masa 2 jam dari England ke Brussels. Kami berada di bawah dasar laut merentasi Selat Inggeris kira-kira 31.4 minit untuk sampai ke Peranchis.


Anganan jurutera Peranchis dan Inggeris seawal 1802 hanya direalisasikan pada tahun 1994. Untuk cerita panjang tentang tunnel ini bolehlah ke sini.

Brussels..here we come, ini-lah keretapi Eurostar yang membawa kami dari London ke Brussels. Perjalanan hanya 2 jam London-Brussels. Transit sebentar di Lille, France.



Bangunan di sana besar dan gagah. Ada ciri seni. Kalaupun bangunannya plain sahaja, pasti ada sekurang-kurang grill balkoni yang berukir. Berseni sungguh orang sebelah sini ya..

Belgium negara berjiran Peranchis. Patut-lah saya lihat ramai penghuninya bergaya ranggi. Tak mahu kalah dengan Peranchis agaknya. Makanan halal mudah dicari. Muslim yang ada kebanyakannya dari golongan Arab Maghribi. Bahasa pertuturan samada bahasa Peranchis atau Belanda. Best jugak kalau dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut plus Arabic. What else do you want from a language?


Our hotel room in Hotel Beau Site. Simple sahaja tapi agak mahal. 97 euro semalam.



We are in Grand Place again. Banyak kedai souvenir di sini. Famous souvenirs dari Belgium adalah cokelat, kain lace dan banyak lagi.



Souvenir di balik cermin. Hanya mampu melihat, tidak mampu membeli.

Kami pulang ke UK selesai conference. Singgah di Malaysian Hall, London untuk berbuka. Menu berbuka kami - nasi ulam, ikan patin asam pedas, nasi dan ikan keli goreng bercili.

Licin habis makanan. Musafir lapar makanan Melayu

Side order, mee goreng mamak. Sedap sungguh. Harga 3.50 GBP


Perjalanan pulang melalui Stesen Underground Tube Bayswater. Berselerakan kedai-kedai souvenir. Tawaran menarik buat pelancung dari Malaysia pun ada. " Promosi Istimewa untuk Pelancung dari MALAYSIA. Sila tanya di Kaunter. Terima Kasih". Amboi...istimewanya duit kita!!

19 comments:

niachrysalis said...

huish tawaran istimewa mende tu?

ala jelesnye jalan2 lagi.

Qutub, jom tukar tempat?

Owh ya.
Selamat Hari Raya!

Nur said...

Salam Kak..wah bestnye akak pi conference kat Belgium..Kak Li operate Appendiks on 28hb Sept.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI..semoga bergembira raya kat sana..

bimmer553 said...

salam Zlaa & selamat menyambut eidul fitri. in 2002 kami took the eurostar. the kids tak percaya that we were actually deep beneath the sea crossing the strait of dover

alaf21fc said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.

Kak Elle said...

saya tak sempat pun masuk kedai tapestry tu ..kalau ikut mcm tu lah jadi nya.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

umei said...

kak za
selamat hari raya aidilfitri juga
maaf zahir batin
saya pun teringat2 nasi lemak pak din..hehehe..

Sarina said...

Ila,
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Ina M.

BaYu SenJa said...

Selamat Hari Lebaran.
minal A'idiin wal Faizin..
Kullu Am wa Antum bi Khair.
Maaf Zahir dan Batin.

arsaili said...

salam eid ..wahh teringat masa tahun akhir undergrad, kena ke brussel untuk field trip...beberapa hari makan fish o fillet burger sehingga jumpa kedai arab...seksa sungguh masa tu...pergerakan terbatas mengikut schedule, jadi susah nak mencari halal food..tapi survive juga

Betau2Boston said...

Assalammualaikum
Apa khabar? ni first time buka this blog. Boleh tanya tak....u cikgu ke. Tengah sambung study apa ya....anyway selamat berkenalan

ZLAA said...

niachrysalis,

entahlah apa tawaran istimewanya.. Tak g check pun. Jom la datang sini pulak. Selamat Hari Raya buat Nadia dan family.

nur,

Kak Li dah okay ka? Best ka raya di kampung? Masak apa?

bimmer553,

Salam aidilfitri buat Doc and family. Ya, betul, kita tak rasa pun macam, bawah laut. Hebat teknologi mereka kan?

ZLAA said...

alaf21fc,

Salam Aidilfiri. Maaf zahir batin.

kak elle,

Salam Aidilfitri buat kak Elle. Best tak raya tahun ini?

umei,

salam aidilfitri buat Umei, Zali dan ukyle. Mai la raya di sini. Best raya tahun ni.

ZLAA said...

ina M,

Is it really you? Hi hi.. Lama tak dengar cerita. Contact tak kawan-kawan yang lain? Jah, Peanut, Inaz, Mariah etc2?

bayu senja,

Salam aidilfitri. Maaf zahir batin. Moga berbahagia di syawal ini.

ZLAA said...

arsaili,

Alhamdulillah, our journey kali ini dipermudahkan. Cuma masa tak ada nak plan a proper trip.

betau2boston,

Waalaikumssalam,

Once a upon a time pernah jadi cikgu. Tapi sekarang lebih kepada cikgu budak-budak dah besar. Anyway, sekarang bercuti untuk sambung belajar. Selamat berkenalan.

Dalilawati Zainal said...

Salam aidilfitri. Maaf zahir batin dr kami sekelurga. Wah, bestnya, sambil berkonferen, boleh makan angin..kira 2 in 1 tu...heheh...

KAMATO said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

ZLAA said...

dalilawati,

salam aidilfitri. Maaf zahir batin. Raya masak apa?

Kamato,

salam aidilfitri. Maaf zahir batin.

nani said...

Salam K.Ila and Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...:-)

cantiknyer (tak habis cantek eh) sarung kusyen n sewaktu dengan nyer..
mahal eh?akk beli apa?
y wat iklan gantung tu Malaysian ker?

hazlinda hashim said...

Salam Perkenalan....

Nice blog :-)