Monday, September 15, 2008

Sudah dua kali puasa kami bebas Pasar Ramadhan. Miss juga terutama pilihan beraneka kuih muih. Boleh dikatakan kami berpeluang merasai kemeriahan Pasar Ramadhan di banyak tempat, Kg Baru KL, Greenwood Gombak, Shah Alam, Dungun, Arau, Kangar, Alor Setar dan Bandar Baru Bangi. Best juga pengalaman-pengalaman itu. Dapat melihat pelbagai jenis makanan tempatan negeri-negeri yang sempat kami tinggal itu. Rindunyaaa.....

Di sini nak tak nak terpaksa-lah masak sendiri apa yang ingin dimakan. Tengok resepi-resepi online dan cerita-cerita bloggers lain tentang Ramadhan memang mengugat selera. Hari ini anak-anak hanya inginkan nasi goreng. Mujur-lah tak ada seorang pun yang request kuih muih. Saya dan suami inginkan keoyteow. Menu kami cukup simple.


Keoyteow goreng - teringatnya pada keoyteow goreng Abah di RPA Arau.

Nasi goreng Cina pilihan anak-anak.

Asam pedas ikan tenggiri

kentang lada hitam

15 comments:

epelijau said...

Salam kak..
Epel tak gi rayau2 cari kuih pun...ada sekali je terpaksa beli sebab dah terlewat balik dari lab..selamat menghabiskan 15 hari lagi ramadhan...moga kt memanfaatkan bulan yang mulia ni..:)

Suria Kelang said...

sedap tuh....bazaar ramadhan tak best sgt pon... benda yang sama je dijual oleh semua orang... hari2 saya masak. kuih je beli. mahal...5 RM2. last year 3 RM1.

lagi sikit je lagi nak raya dah...!!!

~akuni~ said...

Menu zlaa ni walaupun simple tapi menyelerakan... geram pulak saya tengok... lebih-lebih lagi sebab saya nampak nasi goreng ada udang yang tergolek-golek tu...

bimmer553 said...

menu macam tu kira tersangat okaylah for uk standard. saya dulu hari hari berbuka dengan roti pita kat central mosque, kalau jumaat dapatlah merasa nasi pilau

Kak Elle said...

zlaa ok lah tu ada kwayteow,ada nasi goreng,kentang blackpepper akalau kuih muih saya fikir ice cream pun best juga kan?

NaNi said...

macam bukan dok UK je kan kalau tgk gbr makanan2 akk..cam dok mesia kekdahnyer...hehhehe

betul..pasar ramadhan x seme best, mahal lak tu..tgk penjual gak..kalau sendiri masak lg best cuma antara malas ngan idak je la...:-)

thn ni 2 kali je beli kue dr PARAM...y lain home made...:-)

Nur said...

Salam Kak..saya pun x pernah pi pasar ramadhan. Masak sendiri walaupun keletihan balik dari kerja, nasib baik dapat masuk waktu anjal 7.30-4.30. Nak kuih saya orde je kat Tmn Bunga Padi tu. Oh..kuteow Abah..saya pun suka, dah tutup kak, Abah sakit lani..dia jiran saya.

cikMilah said...

kalau la first time saya masuk blog ni dan tengok menu Zlaa macam dok kat UluKelang, bukan United Kingdom.. he he he...Alhamdulillah, rezeki melimpah.
Yess, akak kalau balik Jitra sanggup meredah ke Arau cari Kueteow Abah..
Ooo, dah tutup ya Nur, semuga segera sembuh...Amin

MULAN said...

first je saya rambang mata di pasar ramadhan.. lepas tu cuci mata je sementara tunggu zharif balik sekolah.. cekup satu dua kuih..

10 tahun saya berpuasa di vietnam. toksah citer la boring nya kena masak. how i missed those colorful & scrumptious food at bazaar ramadhan.. this year.. yaahuuuu pose kat msia.. best nya, best nya..

k-riey said...

Salam kak.
slamat berpuasa untuk akak ngan family.

memang menggugat iman tgk org cite psl bazar ramadan ngan makanan.
kami orang bujang pon x nak kalah.
baru ni wat nasi kerabu. hehehe

ZLAA said...

epelijau,

Salam. Salam ramadhan buat Epel. Paling miss ialah kuih muih di Pasar ramadhan.

suria kelang,

Mahalnya kuih kuih sekarang. Sebenarnya masak di rumah ni lebih banyak kebaikan dari beli di kedai. Tapi tu-lah, masa dan tenaga.


~akuni~,

Masak sendiri memang sedap. Tetapi, sekali sekala nak juga makan di kedai makan.

ZLAA said...

bimmer553,

Kena-lah masak, ramai nak makan. Di sini ada juga masjid sediakan juadah berbuka. Tapi tak sesuai selera, pizza dan roti nan.

kak elle,

Good idea juga kalau ada ice cream. Selalunya tak sempat nak prepare desert.

nani,

Bagusnya semua home made. Maid dah balik?

ZLAA said...

nur,

Keowteow abah dah tak dak? la.. tak bestnya.. Ingat balik nanti nak pi sana dan makan keoteow abah. Harap-harap Abah dah sihat. sakit apa?

cikmilah,

Alhamdulillah, di sini mudah cari bahan mentah. Keowteow tu bukannya keowteow basah macam kita di sana. Ia kering dalam plastik macam meehun dan laksa. Kena rebus bagi dia lembut dulu.

ZLAA said...

mulan,

You're right. Boring juga kalau kena masak selalu. Nak juga makan-makan kat luar. I pun suka tengok makanan di Pasar ramadhan.

k-riey,

Wah! nasi kerabu. Tu kira hebat tu. Kami yang berkeluarga pun belum sempat nak buat nasi kerabu. Teringin lah pulak..

Anonymous said...

vab банк
vab банк
[url=http://globalist.org.ua/?p=19244]vab банк[/url]
http://globalist.org.ua/?p=19244 - vab банк