Saturday, September 20, 2008

A week in Southampton

Seminggu lamanya saya berkursus di University of Southampton. Kursus yang panjang dan meletihkan. Ada tajuk yang kena mengena dan ada juga yang tidak kena mengena. Bila tidak kena mengena, serasa waktu bergerak sungguh lambat, apa lagi jika ia melibatkan simbol-simbol cacing.
Simbol-simbol cacing menguasai hari-hariku minggu lepas

Suasana di dalam bilik kuliah

Rakan Vietnam yang 'boring' di dalam bilik kuliah.

Alhamdulillah sepanjang kami (Malaysian 9 orang) di sana, kami tiada masalah untuk mencari makanan berbuka. Ini kerana ada rakan di Southampton menyediakan bisnes makanan. Hari pertama nasi putih, daging black pepper dan sayur lemak. Kuihnya karipap dan apam balik. Hari kedua hingga hari terakhir, menu-menunya boleh tahan. Ada hari yang menunya nasi ayam goreng berempah, nasi minyak etc..


Glen Eyre Hall, kediaman kami selama seminggu

Accomodation first class. Kami tinggal di hall atau asrama pelajar. Walaupun asrama, biliknya seperti bilik hotel lengkap dengan room service. Ada talian internet dan juga telefon. Beruntung pelajar University ini. Pihak penganjur prihatin dengan 'kebisingan' yang akan kami timbulkan sewaktu sahur maka ditempatkan kami berdekatan antara satu sama lain untuk memudahkan kami memasak dan bersahur di dapur yang disediakan.

Titanic Museum
Southampton bandar pelabuhan dan sangat bangga dengan Titanic. Sehari sebelum pulang, kami dibawa berjalan (guided walk) sekitar bandarnya oleh pemandu pelancung. Tiada cerita lain selain sejarah Titanic. Dibawa kami ke kawasan tempat tinggal Jack (watak utama Titanic). Ah!! sungguh nostalgik. Dapat dirasakan kesedihan ketika melalui lorong tersebut. Tetapi rupa-rupanya kesedihan itu sia-sia bila mendapat tahu kisah cinta Jack dan Rose hanya dongengan. Penat bersedih!
Bersungguh-sungguh pemandu pelancung ini bercerita tentang Titanic


Salah satu Titanic Memorial di Pelabuhan Southampton. There's lots more!

Selepas penat berjalan dan berbuka puasa dengan kurma pemberian rakan dari Iran, kami dibawa ke Restoran Kuti's bagi menikmati dinner percuma. Kuti's restoran halal tetapi saya agak ragu-ragu untuk makan. Kami disambut oleh seorang Sikh berturban. Ada patung-patung di sana sini. Tak confident lansung untuk makan walaupun si Sikh ini berkali-kali mengatakan ianya halal. Akhirnya saya dan Yusuf, rakan dari UAE cuma makan salad dan kentang, nasi dan kari udang.

Restoran Langkawi bersebelahan dengan tempat makan kami

Semalam, Jumaat kami pulang. Sungguh letih. Belumpun hilang letih, saya harus ke Belgium esok. Risau juga sebab Euro Tunnel laluan keretapi Eurostar mengalami masalah akibat kebakaran baru-baru ini. Hopefully, journey saya ke Brussels selamat.

14 comments:

Nur said...

Salam kak.semoga selamat ke Brussel. Abah tu hari tu strok sebelah tapi dah ok..la dia dok rumah je..Ada lagi satu Kak Keow Teow sedap yang pakai dapur arang tu..dekat trafic light JPJ, tapi saya tak suka tempat dia and tension bila p...Tukang masak tu asyik marah wife dia. Mencabar betul ye kak bila belajar ni...sanggupkah saya???

Nani said...

Salam...

Kiranyer citer cinta antara hero n heroin dalam Titanic tu penyedap cite je la eh....hmm...sedih sampai nangis tak masa lalu jln tu?hehehehehe

sib ada geng y concern pasal halal haram ni kan....mungkin pd dorang x de pork served..HALAL...heheheh

ummufawwaz said...

salam umm hasif..
penat berkursus je la kak..
busy tul..
tp sonok dapt jln2 tgok tempat org..
'mood' posa & raya mcm merundum je thun ni..nape ntah..heheh

MAMAMIA said...

Sempat lagi ambik gambar cacing2 tu, ya?

Langkawi Oriental Rest. tu jual makanan apa? Tak da halal food ke?

Semoga perjalanan ke Belgium selamat..

are you said...

salam kak...

betul la kak wat penat je bersedih ngn cite jack ngn rose tu. hahah..

semoga perjalanan ke belgium selamat semuanya. InsyaAllah...

silversarina said...

salam,

Ada juga juga malaysian masa berkursus dan prihatin pihak penganjur dengan muslims ayang berpuasa mesti tak rasa janggal di sana. Pengalaman yang sungguh seronok pastinya walau meletihkan . Selamat berpergian ke Belgium .

Salam Aidil Fitri buat zlaa dan family.

nurazzah8 said...

zlaa, salam ramadhan dan tak lama lagi Eidul Fitri Semoga selamat berkursus...
I dah jumpa Nasiroh, hari Isnin lepas dia baru lapor diri dan masuk kerja semula...masih macam dulu cuma rasanya dah put on weight sikit...
Hurm... I dah sampai Southampton tahun 1985 dulu ...that was 23 years ago... masa tu nak balik cuti summer ke Malaysia, tapi transit kat UK rumah cousin I kat Southampton (dia ikut husband dia sambung belajar)... masa tu tengah Spring... cousin bawak kat park yg penuh dengan bunga-bungaan (esp. Tulips!!!)

Kak Elle said...

asrama 5* ye zlaa bagus lah untuk comfort yg tinggal di asrama kan?

selamat hari raya dan maaf zahir batin .

MULAN said...

waahhh.. accomodation 5*.. langkawi restaurant tu sedap ke..

salam aidilfitri.. maaf zahir batin..

yey yey.. saya raya di msia.. hooraayyyy..!!!

jgn sedih sis..

ZLAA said...

nur,

Salam. Harap Abah sihat kembali. Anak-anak dia tak take over bisnes ka? Dulu-dulu kami selalu rancang nak makan keowteow kat traffic light JPJ tu tapi tak pernah jadi. Belum pi lagi pun rasa tak sedap hati. Study peringkat ni memang sukar. Hu hu..

nani,

Tak nangis tapi sayu bila teringat cerita tu. Tapi bila saja tourist guide tu cakap it's not a true story, terus tak rasa apa-apa. Alhamdulillah dapat gang yang concern. Warak si Yusuf ni. Dalam bulan puasa ni sahaja dah dua kali khatam Quran.

ummufawwaz,

Busy-la jugak. Memang seronok dapat tengok tempat orang. Alhamdulillah. Banyak ke buat kuih raya?

ZLAA said...

mamamia,

Ambil gambar tu sebab boring-lah. Langkawi tu rasanya Chinese Restaurant.

are you,

Thank you atas doa. Macam mana persiapan raya?

silversarina,

Alhamdulillah kursus di sini menyeronokkan walaupun letih dan boring belajar. Selam Aidilfitri buat kak Rina dan family juga.

ZLAA said...

nurazzah8,

Salam Aidilfitri. Macam mana persiapan raya? Beraya di mana? Dah sampai ke Southampton ye? I pasti time you datang dulu dan sekarang tak banyak beza.

Kak Elle,

Memang bagus hall di sini. Siap ada cleaner untuk bersihkan bilik.

mulan,

Jealounya dapat beraya di kampung. Tak apa nanti kami pun dapat juga.

lah said...

lama tak mengupdate, sibuk mengkaji 2-opt ke k za?

ZLAA said...

lah,

hi..hi.. Sibuk jugak-lah nak ngaji 2-opt tu. Tq 4 everything.