Wednesday, October 08, 2008

Cerita Lailatul Qadar yang saya baca dari Internet. Lucu juga..


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.

Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku."Kenapa?" tanya Abah."Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah sambil marah2 lagi.

Kesimpulannya... Berhati-hati-lah dengan alamat lailatul qadar.

7 comments:

Nur said...

Salam Kak..tu la kan kita kena berhati-hati dalam apa jua tindakan. Tak pi mana pun raya ni, jalan di kg and perlis je.

are you said...

salam kak,

hahaha...tergelak ayu baca entry ni. raya mcm mana? seronok?

ummufawwaz said...

hahaha..
lawak tul..
kak, domam laaa

Pp said...

hehehe....tersenyum saya membaca!!

begitulah....ceritanya ye.

di Dubai ramai juga yang mencari Laila bukan di bulan ramadan....namun mereka ke tempat Tarian Gelek ...

MAMAMIA said...

Macam2 cerita lailatul Qadar, & ni yg kelakar..

Baca yr entry pasal raya di Notts, mengimbau kenangan silam. Memang meriah kan. Memang undergrad akan serbu rumah post grads, sebab nak makan sedap....

PENDEKAR said...

he he he.....

buat suspen jer....

noorzie said...

hee..hee..lucu lah u ni..goli hati den!