Friday, October 17, 2008

Eid Celebration di ofis ku

Kita selalu tertanya-tanya apakah jenis makanan bangsa-bangsa lain di dunia. Bila ditanya pada orang Inggeris, sukarnya mereka menjawab. Makanan pertama dijawab selalunya 'fish and chips'. Rakan seofis saya dari Spain selalu merungut tentang makanan di sini. Katanya di sini tidak banyak variety. Tidak seperti di Spain. Katanya makanan utama mereka adalah nasi pilau (disebut paija) dimakan bersama daging atau ayam. Bagi orang Cina, kebiasaannya jika di pantry ofis, mereka memanaskan makanan di dalam microwave samada nasi atau mee. Baunya, uh.uh..boleh tahan.

Bagi sebelah Timur Tengah atau Pakistan dan India, kedai-kedai makan bangsa mereka di sini biasanya menjual nasi beriani, nasi butter, kebab atau roti nan. Seperti kebanyakan kedai mamak di tempat kita. Cuma tiada teh tarik sahaja.

Memandangkan bilangan Malaysian agak ramai di jabatan kami, maka kami bercadang untuk juga memperkenalkan makanan kita pada bangsa-bangsa asing di sini. Maka, Rabu baru lalu, kami mengadakan 'eid celebration' buat mereka. Sambutan sangat menggalakkan. Memang-lah kan, bukannya sukar untuk mengajak orang makan....

Menu : satay, nasi impit, kuah kacang, nasi lemak, laksa johor, rendang, lemang karipap, popia dan menu sampingan lain.

Ada yang tak tahan pedas. Ada yang berkali-kali join queue

Pelayan-pelayan menerangkan kaedah nak makan

Berfikir-fikir nak makan apa..

Paling istimewa selepas majlis, ada yang menghantar e-mail penghargaan. Kami juga menghargai kehadiran mereka kerana sudi juga hadir menikmati makanan kita.

13 comments:

silversarina said...

salam,

Bagus dapat perkenalkan makanan Malaysia pada orang luar dan yang paling best bila mereka sudi merasainya, tak kira pedas atau tidak, yang penting inilah peluang meraka dapat rasa makan tu sendiri.... banyak jugak menu tu, yummyyyyy :)

k-riey said...

salam kak.
orang spain punye nasik tu paella ke?
yang biase sy dgr paella valenciana..
ade jual kat supermarket cni tapi xjmpe ag yg halal.
mcm nasi goreng terlebih air gitu.

yus said...

hai zeelah..
ni 1st time meronda blog u. sorry, tak boleh lama, dah dkt nak balik dah.
nanti ada masa kita gebang.k?
Seronok makan2 musim raya nu? I dah kempunan ketupat pulut la ni.mana nak cari tak tau...

Kak Elle said...

zlaa sape yg masak tu semua?

BaYu SenJa said...

wah.. meriah nampak :)

tp malangnya, arab syria ni jumud sikit pasal bab makan ni.. kebanyakan depa payah nak terima makanan luar.. huhu

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...

Salam ziarah, salam ukhuwah dari perlembahan Nil..

Ada masa jemputlah datang ke blog hamba..

MULAN said...

waahhh.. meriah nya.. lebih meriah dari sini laa..

mofir said...

salam...
1st time baca, dah terpaut la plak pada blog nie...

bila la nk ronda2 dunia nie...

best btol menu... lapar2

ZLAA said...

silversarina,

Ada yang suka makanan kita. Tapi ada yang pedas sikit pun tak tahan. Macam-macam.

k-riey,

Macam tak sedap je, nasi goreng terlebih air..

yus,

Raya memang seronok. I pun kempunan ketupat pulut. Tapi, apa nak buat.. tanak pulut je lah. Then makan dengan serunding. Bolehla nak lepas rindu.

ZLAA said...

kak elle,

Everyone of us is given a task to cook something. I buat kuah kacang. Letak cili kering 2 biji sahaja. Tu pun ada orang kata pedas.

bayu senja,

Boleh tahan meriah. Meraih tak sambutan raya di sana?

ibnurashidi,

Terima kasih kerana singgah. InsyaAllah ada masa akak akan ke blog ibnurashidi.

ZLAA said...

mulan,

Meriah kat sini. Best..

mofir,

Salam. Jemput dtg lagi.

justmy2SEN said...

wah seronoknya + rindunya tgk gambar..tak silap jubilee campus kan?

kak just nak tanya dr mark o' brien dan dr natasha alechina ada lagi kat notts tak

Anonymous said...

Nice post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.