Thursday, October 23, 2008

Cari pasal..


Kita ini manusia kadang-kadang membuat perkara yang kita tidak mampu menanggungnya. Mungkin jika kenal diri kita, kita akan memilih membuat perkara yang hanya mampu dilakukan sahaja. Namanya pun kita manusia yang dibekalkan Tuhan akal dan nafsu...

Di dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja untuk tatapan supervisor saya minggu depan, saya dapat kerja baru. Minggu depan saya harus memberi kuliah! Tawarannya menarik hingga saya sukar menolaknya. Mulanya saya hanya cuba-cuba menerima pelawaan menyemak kertas kursus seorang pensyarah di sini. 25 jam pada kadar 10 GBP sejam. Agak berbaloi. Bila bertemunya, dia memujuk pula saya untuk memberi kuliah. Puncanya dia tidak sempat menyediakan bahan kerana baru pulang dari cuti sebatikal dan mempunyai anak kecil (boleh tahan juga masalahnya, dia tak tahu saya ada 6 orang anak, kalau tahu entah ditarik balik tawaran). Tidak banyak kuliah, hanya 3 kali saja, sejam sekali kuliah. Hmmm....menariknya. Sukar nak tolak. Sudahnya saya menerimanya kerana subjek itu bukan asing bagi saya. Lagipun ianya bagus untuk mengilap skil mengajar saya. Tapi, untuk mengajar di depan pelajar-pelajar orang putih di sini??? ho..ho..ho..

Wish me Luck..

27 comments:

YuszTieY said...

terima jer kak....rezeki beso tu.....lagipon kena dgn bidang ngaji akak....

MAMAMIA said...

Don't be so modest. Of course you can do it!!! Malaysia boleh!!! Zlaa lagi boleh!!!!!!

Ummi365 said...

zlaa, rezeki tu jangan ditolak.. all the best.

epel said...

Salam Kak..
Waahhhh!! Menariknya akak...tu kalau berterusan tu boleh bawak balik pinggan mangkuk idaman akak sampai 2 kontena tuh...hihihi....
Good luck kak...akak boleh!!

Anonymous said...

Belasah je...Perhaps you can learn something from the students. Lg pun org kita pun cerdik gak...
Anyway, pandai2le bahagikan masa agar yg dikejar dapat, dikendung masih dlm gengaman. Best of Luck.

zlaa said...

Yustiey,

Terima kasih. Kejap je. 3 kali kuliah.

mamamia,

Thanks for the doa

ummi365,

thank you.

epel,

Thanks. Actually untuk pengalaman juga sebenarnya.

Anonymous,

Thanks. Kuliah ini hanya untuk 3 kali sahaja. Bukannya lama pun..

© EM Muhammad said...

Well... bukan cari pasal, tapi rezeki datang bergolek namanya tu. And why should you worry? I don't think you need it but best of luck anyway... he he he.

nur said...

Salam kak...wah hebatnya kak..Kak Boleh!!! good luck.

zlaa said...

EM Muhammad,

Thanks. Cari pasal la sebab tambah beban kerja. Hu hu..

nur,

Salam. Terima kasih. Cuba dulu baru tahu.

ummuasiah said...

zlaa..

lama tak singgah sini..

proud of u..tahniah..mesti dia pun dah nampak kebolehan u. lagipun..punca rezeki tu..bagus ada juga jalan tambah rezeki..simpan duit baik2 bawa balik malaysia..segalanya mencekik leher di msia skrg ni..dok fikir2 jalan menambah rezeki.

Suria Kelang said...

zlaa, dah start bermain, berlari, jatuh dan bangun dan lari lagi baru boleh tau kita boleh tendah masuk gol ke tidak....kalu berdiri tepi padang dah kata tak boleh nak gol kan, baik angkat kain baju balik kampung!!!

selamat berjaya sahabat!

k-riey said...

ape lagi.. subjek da knal, terime je laa kak. 3 kali je sminggu. hehehe.

are you said...

u can do it kak! go kak go!

cikMilah said...

Alhamdulillah..Take it! kalau Zlaa tak boleh, mungkin tidak Allah lorongkan pintu rezeki ini.
Redah jer dik...and best of luck and my doa is with you.

Noor said...

salam kak...
rindunya.. lama tak cek blog. Emmm menariknya tawaran.. terima kak, nanti boleh beli'pinggan' hehehhe. Eii sy masuk ofis, merayau kat klcc nih, tgk pinggan yg harga rm 300 kat sana, dijualnya rm1300 kat sini... emmm boleh meniaga nih...:)

naha said...

assalamualaikum,
kami sekeluarga tengok satu crite kat tv semalam pasal lumba kreta drift ke cam tulah. ada satu ungkapan dia agak best jugak bunyinya cam ni lebih kurang...'it is all about choice, once u have decided, why turning back?' . saya pun belajar juge dr situ.

Pp said...

saya bangga dengar berita ini!

all the best zlaa....

yes, you can!!

Pp

Anonymous said...

Sis,

bagus tu..jgn lemah smangat..
grab it since you know your capability and capacity

I'm thinking towards that..but hopefully during my final yr of being a research student.

Awal mgu ni,sajer sy atend course bdk2 Master taught-course class..saja kenang masa time wat master dulu.

Mamat yg ngajar nie Italian, but superb skills on his area of expertise, and the students are almost half-Asian (China-mainland) and the rest Britons..

W/pun mamat Italian ni ckp English bunyi slang 'Italian', but most students really appreciate skills and knowledge dia.

kita kdg2 anggap kiter mcm tak ok..
tp sbbnarnyer mgkin 'Superb' ok..belum cuba belum tau..!

yus said...

zeelah,
don't underestimate yourself. You have proven your worth until now. Of course you can do it! Nanti balik M'sia dah nak kena supervise budak2 PhD pulak. Lagi la mencabar tu. Ni kacang jer, kan? Jangan lupa ricky siap2 corelle ka, pyrex ka. hehhhehe...kalau tak mau, sedekah la kat I buang satu set. heheheh...

ZLAA said...

ummuasiah,

I suka-suka saja. Lama tak update blog? Busy raya ka?

suria kelang,

Terima kasih. Memang betul tu. Setuju.

k-riey,

Terima aja-lah. Baik untuk pengalaman.

ZLAA said...

are you,

Terima kasih. Hu..hu.. seram gak nak ngajar balik ni..

cikmilah,

Terima kasih atas doa.

noor,

he..he.. merayau di Klcc? Tengok pinggan? Akak rasa kalau akak balik nanti, tak mahu tengok dah pinggan di sana. Bimbang2 terkilan.

ZLAA said...

naha,

Terima kasih atas cerita tu. Jadi motivated-lah pulak.

pp,

Thank you. Ajar kejap je. Cuma bila dah lama tak ngajar ni, rasa kurang confident.

anonymous,

Itu Italian yang byk konwledge. Knowledge I sikit je. Tapi, InsyaAllah, I'll do my best. Thanks.

Yus,

Thank you. Nak beli pinggan mangkuk ni kalau pandai masak memang berbaloi. Tapi, kalau kurang pandai masak macam I ni, segan gak. Takat arcopal cukup-lah. You minat pinggan apa?

silversarina said...

you can do it , yes you can !!

yus said...

Zeelah,
Kalau ada pinggan cantik menawan, kureng bab masak pun, boleh mengelabukan mata org yang dijamu makan.hehehe..mcm I ni lagilah tak reti masak. asyik2 duk ulang masakan yg sama gak. Pinggan arcopal pun dah cukup bagus tu. I duk guna di rumah set yg sama sejak dari tahun 1993 punya. Kak yang bawa balik dari Ohio dulu. tu pun cuma tea set je...(hint! hint!)

Dalam Dakapan Ibu said...

Salam Zlaa,
Like Yus said,don't underestimate yourself. Remember that there's always a first time for everything. Tak cuba, tak tahu.

So Good Luck! You can do it!

You go Girl!!

lah said...

wah, tahniah K Za. dapat peluang tambah pengalaman camtu, teruskan je. selamat berkhidmat :)
p/s: nnti jgn lupa ronda-ronda ke sini

ZLAA said...

silversarina,

Entahlah...cuba ja.

Yus,

He..he.. okay, noted.

dalam dakapan ibu,

Thank you Ja. I cuba ja dulu.

lah,

Terima kasih. Jalan-jalan sana lagi? Hu..hu.. kena tengok poket dulu.