Tuesday, October 07, 2008

Raya in Nottingham 1429H

Jamuan Hari Raya Aidilfitri buat masyarakat Melayu Nottingham tahun ini.

We had the best raya this year. Alhamdulillah. Open house di sana sini. Small and big gathering diadakan untuk meraikan Hari Raya kali ini. Walaupun di perantauan namun kehangatan hari raya tetap terasa. Kami belum sempat mengadakan jamuan Hari raya buat sahabat-sahabat tetapi pada petang hari raya pertama hingga ke malamnya, rumah kami penuh dengan adik-adik 'undergrad' yang datang beraya. Kami menyediakan nasi minyak, dalca daging, nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang dan ayam goreng. Alhamdulillah semua habis licin. Seronok melihat mereka makan. Masing-masing lapar selepas kelas pukul 5 petang. Tetamu terakhir pulang 1.30 pagi. Memang meriah sambutan raya kali ini.

8 comments:

bimmer553 said...

ish ish ish teringatlah pulak masa time undergrad tu ... memang rumah rumah post grad students yang jadi pilihan. btw, salam eidul fitri pada zlaa & family.

Nur said...

Salam Kak..Kak Li dah ok..operate appendiks, sekejap je. Macam biasa mak buat bihun sup. saya raya di Perlis dulu, raya ke 2 dah balik perlis ada tetamu nak mai. Seronok kan raya kat sana, saya rajin membaca catatan pensyarah USIM yang tgh buat Phd di Nott juga. Catatan dia dalam BH setiap hari sabtu.

Salam Aidil Fitri buat semua di sana.

ZLAA said...

bimmer553,

Kenangan di zaman belajar memang seronok untuk diingat.

nur,

Amboi, raya di Perlis bukan main lama. Tak jalan jauh ke hari raya?

justmy2SEN said...

Wah ramai dah melayu kat Notts sekarang ek..time saya dulu berapa kerat je...tapi pernah la gak buat potluck kat dewan serbaguna (tak salah near beeston/city road)

Rindu la plak...hehehe

ZLAA said...

justmy2sen,

Dah ramai sangat Melayu sekarang ni di sini terutama tahun lepas. Tahun ni dah berkurang sedikit. Meriah. Majlis ni kami buat di leisure hall, Noel Street, Forest Fields.

are you said...

salam kak,

dari gmbr tu saja dh tau betapa meriahnya raya kat Nott.

ZLAA said...

are you,

Alhamdulillah meriah sambutan raya di sini. tak lah terasa sangat miss suasana raya di tempat kita.

epelijau said...

salam kak zlaa..
Salam Aidilfitri. Meriahnya...teringat raya kat sana dulu..gi rumah postgrad-jamuan proper dan makanan banyak plus pinggan mangkuk pun banyak..gi rumah undergrad- jamuan main hentam sahaja ikut pinggan mangkuk yg ada..hihihi..