Friday, November 28, 2008

Zahraa- budak kecik paling depan

Saya selalu berjumpa pelbagai karangan tulisan anak saya Zahraa, merata-rata di dalam buku nota kecil atau di dalam PC di rumah. Lebih setahun dia tidak menulis di blognya. Malam semalam dia mengarang lagi. Lalu saya minta dia tulis kembali di blognya, instead of her writing here and there.
Since I don't have anything to write this week, siapa-siapa yang kemaruk nak membaca boleh lah melawat Zahraa. She wrote something for the anti-bullying week.

Tuesday, November 18, 2008

Kerja..kerja..

Tadi, sekali lagi perjumpaan dengan Professor. Paling singkat, tidak sampai pun 10 minit. Masuk sahaja, perkataan yang disebut oleh guruku adalah, "Well, tell me good news". Maka, dengan beraninyaku menjawab, "I have stopped all my work". Berubah sekejap muka guruku.

I know he's trying to calm down. Maka, akhirnya saya menjawab saya terpaksa berhentikan semua kerja programming kerana ingin tumpukan perhatian pada penulisan. Senyum juga akhirnya dia. Saya mohon 2 minggu untuk submit. Dia menawarkan hanya seminggu. Sabar sahaja-lah. Apa, dia ingat kerja penulisan akademik seperti menulis blog. Hu..hu..

Penulisan akademik perlukan tumpuan, fokus..fokus.. Kerja perlu detail dan teliti. Nak susun ayat perlu hati-hati supaya tidak jatuh ke alam plagiat. Ayat sedap sikit pun susah jugak. Sebab nanti supervisor akan bising menyoal, "Is it copied from somewhere?", walhal, kita punya-lah berhempas pulas menyusun ayat. Reference kena betul, kalau tak tanda soal besar di mana-mana. Memang sakit mendapat supervisor yang cerewet ni. Menulis ini memakan masa. Ini belum lagi campur kerja-kerja experimen. Berlambak experimen perlu dilakukan. Belum lagi bab nak faham problem domain, datanya. Sabar saja-lah. Patutlah ayahku sentiasa berkata, "Belajar ini perlu sabar". "Ya Ayah, Kalau tak sabar, sudah lama saya lari balik".

Monday, November 17, 2008

Caravan Holiday

Dah lama benar saya dan keluarga tidak keluar dari Nottingham dengan kereta, sejak-sejak peristiwa diperiksa polis akibat lesen tamat sah laku tempohari. Asyik bertapa di dalam Nottingham sahaja. Mak dan anak-anak pergi sekolah, balik sekolah. Bapa kayuh basikal ke tempat kerja, balik tempat kerja. Kena ingat dalam hati, kayuh basikal itu satu senaman walau dalam cuaca hampir paras beku. Masalah lesen selesai sudah. Akhirnya kami bercuti di tepi pantai Scarborough di York. Teringin nak lihat seaside negara sebelah sini. Selama 3 hari kami tinggal di dalam caravan. Seronok juga. Macam main pondok-pondok. Tak puas rasanya.

Caravan home 3 bilik, dapur kecil, ruang makan, satu bilik air dan satu ruang tamu comel

ruang tamu ada TV dan pemanas haba

Selepas menyiapkan barangan bahan mentah makanan untuk 3 hari, kami pun mengemas barangan lain untuk dibawa. Tidak lupa kami membawa 2 portable heater memandangkan musim sekarang cuaca sejuk sekali. Sungguh berehat kami tanpa gangguan. Yang hanya tahu berjalan, makan, menonton TV dan sedikit shopping barang dapur di Tesco Scarborough. Sempat singgah di Sealife Scarborough melihat hidupan laut sebelah sini. Rindu pula pada ikan haruan dan ikan keli.

Khadijah dan Zahraa di dapur


nun di bahagian hujung adalah bilik-bilik tidur


memberi makan pada seal
Khadijah dan Hasif bersama ikan-ikan di Sealife
Pagi Ahad bersiar sepanjang pantai orang putih di sini. Cantik, bersih tapi tidak tertanding pantai di tempat kita. Di sini cantik juga tetapi angin bertiup terlalu sejuk. Cantik tempat orang, indah lagi di tempat kita. Maka, teringatlah pantai indah di Langkawi dan Dungun.

Bersiar bersama binatang peliharaan

suasana tepi pantai di sini

Thursday, November 13, 2008

Rumah

Akhirnya urusan jual beli rumah kami di Fasa 4, Bandar Baru Bangi selesai. Sedih sebenarnya melepaskan rumah itu tapi apakan daya, ianya tidak praktikal lagi bagi kami. Oleh kerana tempat kerja saya di Shah Alam dan suami di Kuala Lumpur, sudah tentunya Bangi agak jauh untuk kami ke pejabat. Tidak mengapalah, ada rezeki lain bagi kami nanti, Insyaallah.

Suami dan saya tidak bercadang untuk menyimpan rumah lebih dari satu sebagai harta. Antara sebab utama adalah sudah pastinya kami tidak mampu dan sebab yang lain adalah kami tidak mahu pusing kepala dengan kerenah penyewa. Hati kami tidak kuat untuk melayan kerenah rumah sewa. Maka, jalan penyelesaian tidak perlu ada rumah lebih dari satu bagi kami. Sebenarnya sangat beruntung bagi mereka yang boleh bersabar dengan kerenah rumah sewa ini. Selain dapat membuat kebajikan meyediakan rumah tempat berteduh buat manusia lain, mereka juga boleh mendapat imbuhan kewangan. Untung bukan?

Rumah idaman kami selepas ini? Biarlah sedehana, tidak perlu besar yang penting kami bahagia di dalamnya. Rumah yang paling saya senangi hingga kini adalah rumah teres kecil 3 bilik di Gombak yang disewa pertama kali selepas saya dan suami menikah. Sangat sederhana tapi sangat menyenangkan. Oleh kerana kekerapan kami berpindah, hampir semua jenis rumah pernah kami duduki, teres setingkat, teres 2 tingkat atau semi-D. Rumah paling cantik yang pernah kami duduki adalah sebuah bangalow hampir tepi pantai di Dungun. Besar, cantik tetapi hati kami kosong. Sejak itu, saya tidak berangankan rumah yang hebat dan besar. Cukuplah teratak yang comel tapi ada keceriaan dan kebahagiaan di dalamnya.

Thursday, November 06, 2008

Bonfire Night

Semalam 5 Nov adalah merupakan bonfire atau Guy Fawkes night di UK. Sambutan dengan upacara besar-besaran menyalakan unggun api dan bunga api ini adalah untuk memperingati 'Gunpowder Plot', iaitu cubaan meletupkan Parlimen di London pada 5 November 1605. Di Nottingham sambutan diadakan di padang Forest, tidak jauh dari rumah kami, hanya sepelaung sahaja. Tetapi disebabkan kesejukan yang agak melampau, kami malas untuk keluar. Hanya Qutub dan rakan-rakannya sahaja yang pergi. Kami hanya melihat dari tingkap di rumah.

Suasana di malam Bonfire, funfair juga ada

Nyalaan unggun api.

Ada yang suka ber'juggler' dengan api

Qutub dan rakan mengambil peluang memanaskan diri. Suhu waktu ini lingkungan 8 darjah Celcius.