Thursday, November 06, 2008

Bonfire Night

Semalam 5 Nov adalah merupakan bonfire atau Guy Fawkes night di UK. Sambutan dengan upacara besar-besaran menyalakan unggun api dan bunga api ini adalah untuk memperingati 'Gunpowder Plot', iaitu cubaan meletupkan Parlimen di London pada 5 November 1605. Di Nottingham sambutan diadakan di padang Forest, tidak jauh dari rumah kami, hanya sepelaung sahaja. Tetapi disebabkan kesejukan yang agak melampau, kami malas untuk keluar. Hanya Qutub dan rakan-rakannya sahaja yang pergi. Kami hanya melihat dari tingkap di rumah.

Suasana di malam Bonfire, funfair juga ada

Nyalaan unggun api.

Ada yang suka ber'juggler' dengan api

Qutub dan rakan mengambil peluang memanaskan diri. Suhu waktu ini lingkungan 8 darjah Celcius.

6 comments:

MULAN said...

meriah tu.. waahhh dah lama betul depa meraikan bonfire night tu..

LiLa said...

Teringat dulu kat Portsmouth... hubby beria ajak pergi sebab nak rasa experience celebration diaorang... anak sulung yang time tu masih baby pun dibawa malam-malam hari tu :)

silversarina said...

Macam kata Mulan, lamanya dah pesta tu diadakan , duk tempat orang nak juga rasai pesta macam ni .

YuszTieY said...

kak...qutub tu umur berapa..coz tgk kawannya tu cam dah umur 20 thn keatas jer..heehheehe
macam2 pesta org putih ni kan...

ZLAA said...

mulan,

Boleh dikatakan semua tempat di sini meraikan hari tersebut.

lila,

I malas nak pergi sebab tengok dari rumah pun nampak. Lebih kurang bunga api di tempat kita juga.

silversarina,

Duk tempat orang bukan main lagi nak rasa semua pesta. Duk tempat sendiri????

yusztiey,

Qutub tu baru 15 tahun. Yang lain-lain tu semuanya adik-adik undergrad di University di sini. Memang lebih tua dari dia. Dia tak ada rakan sebaya. Alhamdulillah, abag-abang tu rajin berkawan dengannya.

cikdinz said...

memang semua orang main api jelah ye mlm tu...