Monday, November 17, 2008

Caravan Holiday

Dah lama benar saya dan keluarga tidak keluar dari Nottingham dengan kereta, sejak-sejak peristiwa diperiksa polis akibat lesen tamat sah laku tempohari. Asyik bertapa di dalam Nottingham sahaja. Mak dan anak-anak pergi sekolah, balik sekolah. Bapa kayuh basikal ke tempat kerja, balik tempat kerja. Kena ingat dalam hati, kayuh basikal itu satu senaman walau dalam cuaca hampir paras beku. Masalah lesen selesai sudah. Akhirnya kami bercuti di tepi pantai Scarborough di York. Teringin nak lihat seaside negara sebelah sini. Selama 3 hari kami tinggal di dalam caravan. Seronok juga. Macam main pondok-pondok. Tak puas rasanya.

Caravan home 3 bilik, dapur kecil, ruang makan, satu bilik air dan satu ruang tamu comel

ruang tamu ada TV dan pemanas haba

Selepas menyiapkan barangan bahan mentah makanan untuk 3 hari, kami pun mengemas barangan lain untuk dibawa. Tidak lupa kami membawa 2 portable heater memandangkan musim sekarang cuaca sejuk sekali. Sungguh berehat kami tanpa gangguan. Yang hanya tahu berjalan, makan, menonton TV dan sedikit shopping barang dapur di Tesco Scarborough. Sempat singgah di Sealife Scarborough melihat hidupan laut sebelah sini. Rindu pula pada ikan haruan dan ikan keli.

Khadijah dan Zahraa di dapur


nun di bahagian hujung adalah bilik-bilik tidur


memberi makan pada seal
Khadijah dan Hasif bersama ikan-ikan di Sealife
Pagi Ahad bersiar sepanjang pantai orang putih di sini. Cantik, bersih tapi tidak tertanding pantai di tempat kita. Di sini cantik juga tetapi angin bertiup terlalu sejuk. Cantik tempat orang, indah lagi di tempat kita. Maka, teringatlah pantai indah di Langkawi dan Dungun.

Bersiar bersama binatang peliharaan

suasana tepi pantai di sini

5 comments:

niachrysalis said...

salam
wowish best
eh lawa juga interior caravan tu
brape eh sewa?

MAMAMIA said...

Alahai Zlaa... U buat I teringat zaman carefree dulu. Tinggal dlm caravan yg slightly smaller dari U punye ni. Kat Scotland masa tu... Those were the days...

ZLAA said...

Salam Nadia,

Sewanya murah sahaja. Untuk 4 hari sekepala cuma £9.50. Ini sebab ada kawan beri kupon akhbar The Sun. Ada offer.

mamamia,

Those were the days kan? My children enjoyed their stay in the caravan. Nak sukakan hati anak-anak sebab asyik duk di dalam rumah aja. Cuti pun tak bawa ke mana-mana.

lah said...

menariknya k za. gambar seal ada x?
p/s: qutub mesti miss ps2 kan

ZLAA said...

lah,

Okay-la jalan-jalan tapi la ni kan sejuk. Bila nak datang sini? Tahun depan make sure dtg waktu tak sejuk sangat, bolehla jalan-jalan banyak tempat.

Qutub miss game Internet. Lega tak ada Internet di sana.