Tuesday, November 18, 2008

Kerja..kerja..

Tadi, sekali lagi perjumpaan dengan Professor. Paling singkat, tidak sampai pun 10 minit. Masuk sahaja, perkataan yang disebut oleh guruku adalah, "Well, tell me good news". Maka, dengan beraninyaku menjawab, "I have stopped all my work". Berubah sekejap muka guruku.

I know he's trying to calm down. Maka, akhirnya saya menjawab saya terpaksa berhentikan semua kerja programming kerana ingin tumpukan perhatian pada penulisan. Senyum juga akhirnya dia. Saya mohon 2 minggu untuk submit. Dia menawarkan hanya seminggu. Sabar sahaja-lah. Apa, dia ingat kerja penulisan akademik seperti menulis blog. Hu..hu..

Penulisan akademik perlukan tumpuan, fokus..fokus.. Kerja perlu detail dan teliti. Nak susun ayat perlu hati-hati supaya tidak jatuh ke alam plagiat. Ayat sedap sikit pun susah jugak. Sebab nanti supervisor akan bising menyoal, "Is it copied from somewhere?", walhal, kita punya-lah berhempas pulas menyusun ayat. Reference kena betul, kalau tak tanda soal besar di mana-mana. Memang sakit mendapat supervisor yang cerewet ni. Menulis ini memakan masa. Ini belum lagi campur kerja-kerja experimen. Berlambak experimen perlu dilakukan. Belum lagi bab nak faham problem domain, datanya. Sabar saja-lah. Patutlah ayahku sentiasa berkata, "Belajar ini perlu sabar". "Ya Ayah, Kalau tak sabar, sudah lama saya lari balik".

22 comments:

Mimi Amilia said...

sabar kak zlaa sabar...eheh!

KAMATO said...

saya pun dah naik tepu menulis ni....

epelijau said...

Betul kata ayah akak..sabar..sabar..sabar..

drNO said...

sabar...sabar...
tp diri sendiri x blh nk tahan sabar...

silversarina said...

InsyaAllah sabar membawa kepada kejayaan.

btw, bestnya dapat JJ dengan caravan.

MULAN said...

sabar sis.. sabar ya..

Abang Long said...

Mana lebih susah. Kerja sambil belajar atau belajar sambil kerja ?

Nur said...

Salam Kak..sabar ye kak...sabar kak akan membawa kejayaan..

Dalam Dakapan Ibu said...

Alahai Zlaa.. I baca pun rasa tension... but I hope everything goes well....

(((Hugs)))

ZLAA said...

mimi amilia,

Sabar.. sabar..

Kamato,

Menulis ni seronok juga cuma ambil masa.

epelijau,

Kita sama-sama sabar ya..

ZLAA said...

drNO,

Belajar ni kena banyak sabar sebab banyak kerja, ,masa limited.

silversarina,

Mudah-mudahan. Jalan-jalan memang best tapi tak boleh selalu. Nanti lupa buku.

Mulan,

Thanks.

ZLAA said...

Abang Long,

Dua-dua susah. Belajar sepenuh masa pun susah.

Nur,

Belajar peringkat ni susah. Ni sebahagian dari perjalanan belajar.

Dalam dakapan ibu,

InsyaAllah, everything goes well. Cuma biasa-lah, programming susah. Apa lagi kalau nak kena buat kerja parallel. Kena concentrate satu persatu.

k3na said...

salam perkenalan kak..nak mintak email address boleh ke? nak tanya something..thanks..

wassalam
cat

k3na said...

opps lupa nak bagi my email address..k3nadd at gmail dot com.

k-riey said...

huh, hebat gile dugaan dapat supervisor secerewet ni.
sedap je dia tanya mana salin ayat ek.

cikdinz said...

takpe, slow and steady ok...

ZLAA said...

k3na,

Salam kenal. E-mail akak ialah: zaa@cs.nott.ac.uk

k-riey,

Sebenarnya ada bagusnya dia buat macam tu. Buat kita lebih berhati-hati. Yang tak bagusnya ialah, kita hilang keyakinan nak menulis.

cikdinz,

Semalam ada kawan bagitahu dia kawan Cikdinz masa study. Dia asda baca blog ni nak tengok ada link ke blog Cikdinz. Dia ikut suami belajar di sini.

david santos said...

Your work is Art! You are Master!!!
Great and pretty week for Malasia people!!!

yus said...

zeelah,
buat PhD ni memang dugaan berat..
Pasai tu la I stop takat MBA saja. Takut tak tahan dugaan... :)
I doakan you berjaya bawak balik Ph.D ya? dan arcopal juga...:p

ZLAA said...

David Santos,

Mmmmm.....

Yus,

Memang berat Yus study peringkat ni. Nak buat macam mana, I duk di line akademik. Tapi, InsyaAllah, I'll enjoy every moment of it. Harap-harap will get through. Doakan ya.

arsaili said...

salam...3M...membaca, menulis dan mengira..ahahaha..teruskan

ZLAA said...

arsaili,

Enjin lama, mana boleh semua sekali jalan. Pengsan...