Thursday, November 13, 2008

Rumah

Akhirnya urusan jual beli rumah kami di Fasa 4, Bandar Baru Bangi selesai. Sedih sebenarnya melepaskan rumah itu tapi apakan daya, ianya tidak praktikal lagi bagi kami. Oleh kerana tempat kerja saya di Shah Alam dan suami di Kuala Lumpur, sudah tentunya Bangi agak jauh untuk kami ke pejabat. Tidak mengapalah, ada rezeki lain bagi kami nanti, Insyaallah.

Suami dan saya tidak bercadang untuk menyimpan rumah lebih dari satu sebagai harta. Antara sebab utama adalah sudah pastinya kami tidak mampu dan sebab yang lain adalah kami tidak mahu pusing kepala dengan kerenah penyewa. Hati kami tidak kuat untuk melayan kerenah rumah sewa. Maka, jalan penyelesaian tidak perlu ada rumah lebih dari satu bagi kami. Sebenarnya sangat beruntung bagi mereka yang boleh bersabar dengan kerenah rumah sewa ini. Selain dapat membuat kebajikan meyediakan rumah tempat berteduh buat manusia lain, mereka juga boleh mendapat imbuhan kewangan. Untung bukan?

Rumah idaman kami selepas ini? Biarlah sedehana, tidak perlu besar yang penting kami bahagia di dalamnya. Rumah yang paling saya senangi hingga kini adalah rumah teres kecil 3 bilik di Gombak yang disewa pertama kali selepas saya dan suami menikah. Sangat sederhana tapi sangat menyenangkan. Oleh kerana kekerapan kami berpindah, hampir semua jenis rumah pernah kami duduki, teres setingkat, teres 2 tingkat atau semi-D. Rumah paling cantik yang pernah kami duduki adalah sebuah bangalow hampir tepi pantai di Dungun. Besar, cantik tetapi hati kami kosong. Sejak itu, saya tidak berangankan rumah yang hebat dan besar. Cukuplah teratak yang comel tapi ada keceriaan dan kebahagiaan di dalamnya.

16 comments:

ummu asiah said...

zlaa..

Alhamdulillah..memang legakan bila proses jualbeli selesai.

i pun pernah sewakan rumah. if dpt penyewa okay. Alhamdulillah. if not jenuh menagih sewa. paling leceh if mereka sewa then pindah..nak kena cari penyewa lain pulak.

InsyaAllah u will get a better place to live.

Dalilawati Zainal said...

Memang lega bila urusan jual beli dah selesai. Sebab makan masa lama juga. Teringat masa kami nak beli rumah kat Shah Alam. Cepat2 jual rumah di Sri Gombak. Bukan apa, takut tak mampu nak bayar 2 rumah. Pastu kalau nak sewakan rumah pulak, malas nak layan karenah penyewa. End up duduk kat Shah Alam. In the future, tak tau lagi. Betul tu, yang penting keceriaan famili.

yus said...

Zeelah,
tak balik ke Arau lagi dah ke?
Rumah area Shah Alam/Damansara cantik2 I tgk hari tu. Nanti balik Msia, cari la satu kat situ. I still idamkan rumah yg ada kwsn utk gardening. As for now, semua plants dalam pasu je. Lantai fully cemented.Tak tau bila nak dapat rezeki memiliki rumah idaman. Sekarang ni cuma rumah mampu milik je...itupun, syukurlah.. rumah sendiri, kan? Takpa... u cross the bridge when you come to it, okey?

nurazzah8 said...

zlaa, bila nak beli rumah kat Shah Alam? Dah survey-survey belum?...minggu lepas saya berkesempatan berbual dgn seseorang yang arif dlm bidang hartanah, dia kata tunggu setahun 2 lagi, mungkin tahun depan .... sebab harga rumah mungkin jatuh next year ..berdasarkan pengalaman dia sebelum ini... ekonomi US dah jatuh tahun ini, selalu nya ekonomi Asia akan menyusul 1-2 tahun selepas itu...bermakna tahun depan dan 2010... so, harga rumah akan jatuh... tapi tak tahulah kat Shah Alam ni...tgk harga rumah mcm tu jugak...tak pernah jatuh... sbb Shah Alam semakin menjadi bandaraya pilihan ramai orang...dengan prasarana yang lengkap dan teratur... pelbagai servis yang ditawarkan...

Jom..tgk-tgk rumah kat sekitar seksyen 7 ni, dekat dengan UiTM...
Nasiroh pun dah masuk rumah baru dia kat sek 7 belakang UiTM nih... tgh tunggu dia nak buat house warming + kenduri kesyukuran lulus Phd....

tadi lagi seorang pensyarah CS dah lulus viva Phd- tn Syed AHmad... you kenal tak?

next giliran Marina dan .....
lepas tu you pulak....

InsyaAllah...doakan kita semua berjaya dgn cemerlang

Nur said...

Salam Kak..betul kak ada 2 rumah ni pening..saya pun rasa macam nak jual rumah kat Jejawi tu.tapi sayang la pulak, penyewa ok, lagi pun dekat dgn kangar ni. Saya pun selesa duk rumah kecil kami la ni..rasanya rumah besar rasa kosong n paling letih nak kemas. Anyway kak, nanti bila balik habag la kami nak pi rumah kak. Hujung bulan ni nak p KL. Good Luck untuk Kak sekeluarga disana.

are you said...

salam kak.

i agree with you. biar rumah kecil but our heart belongs there n that's what we call 'home'.

saya pun x sbr nk ada umah sendiri.

MAMAMIA said...

Memang betul ungkapan rumahku syurgaku. Biar kecik macamana pun, janji kita rasa bahagia.

Alhamdulillah rumah kami sekarang ni menepati citarasa

Kak Elle said...

zlaa dah nak balik ke?saya suka tengok rumah2 di KL .. kami di sg tak mampu nak beli rumah macam tu terpaksa lah beli flat aje tu pun kalau conver RM bolih beli semi-d.

cikdinz said...

yg penting rumah tu selesa kan...

MULAN said...

betul tu, bukan semua penyewa waras. dapat yg tak waras tu, sakit kepala dibuatnya. rumah pun hancur..

ZLAA said...

ummu asiah,

Kadang-kadang dapat penyewa yang okay, seronok saja. Dapat penyewa yang memeningkan, sakit kepala. Susah nak dapat yang okay sebenarnya.

Dalilawati,

Kita ni kerja gomen saja. Manalah mampu nak ada banyak rumah. Beruntung siapa yang banyak duit, tapi malang juga siapa yang tak ada duit nak berlagak macam banyak duit. he..he..

Yus,

I dah tak balik Arau Yus. Cukuplah those few years di sana. Balik nanti baru nak fikir hal rumah. Buat masa sekarang relax dulu. Tak mau pening-pening nak fikir. When the time come, then only think about it. Balik nanti, I nak p rumah you. Nak tengok tangga.

ZLAA said...

nurazzah8,

Belum fikir lagi nak ada rumah di mana. Buat masa sekarang nak relax dulu. Kalau beli pun bukan boleh duduk lagi. Shah alam dah makin busy sekarang ni. I masih duk ingat Bangi lagi.

nur,

Rumah di Jejawi tu okay. Cantik. Lagipun situ tak susah cari penyewa kan? Nanti InsyaAllah, datang la rumah. kami pun kalau balik mesti nak pi perlis. makan best.

ZLAA said...

are you,

Akak tak kisah kalau rumah kecil pun. Sini rumah kami kecik je tapi itupun tak larat kemas.

mamamia,

Rumah ni kalau kita suka environment dia, mesti seronok stay. Hopefully we'll find a good home nanti.

kak elle,

Belum boleh balik. Datang la KL selalu. I memang suka KL. Full of nostalgia.

ZLAA said...

cikdinz,

Ya, betul. yang penting, kita bahagia di dalamnya.

Mulan,

Betul tu. Dapat yang tak waras sakit kepala.

yus said...

Zeelah,
tangga rumah I memang 'mahai'! hihi...
you kena mai, jgn tak mai.

alhan said...

salam perkenalan. saya masuk blog akak dari blog prof kamil. seronok baca pengalaman akak tgh buat phd di Uk. saya baru nak bermula di sini,insya-ALLAH. baca entry akak pasal rumah ini teringat saya, sekarang berkira2 ingin membeli tanah dan buat rumah sederhana comel yang punyai laman. dok pandang2 rumah sekarang(teres setingkat) saya sememangnya sayang dengan rumah ini. comel dan sesungguhnya hati ini tenang dan bahagia dengan rumah ini. berada di bilik tengah yg bersiling tinggi mendengar azan, tenang....