Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Awal Muharam tahun ini, 1430H bermula pada 29 Disember 2008, tarikh mula bagi kalendar umat Islam. Amalan yang disunatkan pada bulan ini termasuklah berdoa akhir tahun dibaca selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah dan doa awal tahun dibaca apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah. Di samping itu kita disunatkan berpuasa antara 1-10 Muharram.

Doa akhir tahun:


Maksudnya:



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

kredit: http://kojoe2kill.blogspot.com/

Saturday, December 27, 2008

Boxing Day

Lama sunggguh saya tidak menjenguk blog ini. Apa lagi untuk menulisnya. Penyakit 'm' untuk menulis melanda. Bukan kerana apa, sibuk. Sibuk dengan pelbagai hal, projek study dan projek personal. Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai 'boxing day' di sini. Jatuh pada 26 Disember, hari ini adalah hari membeli-belah seluruh UK di mana kononnya harga barangan betul-betul murah. Sejarahnya ada kaitan dengan upacara keagamaan penganut Kristian. Boxing Day juga dikenali sebagai St Stephen's Day, iaitu perayaan bagi mengenang Saint Stephen yang dilontar batu sehingga menemui ajal di Jurusalem. Selain itu, hari ini juga adalah hari para majikan yang kaya di waktu dahulu memberi hadiah kepada para pekerjanya.

Kini, Boxing Day lebih kepada hari shopping warga UK. Di England, tempat-tempat terkenal yang akan dilawati adalah seperti McArthurGlen di York, Cheshire Oaks yang berhampiran Liverpool, merupakan outlet terbesar di UK dengan 145 buah kedai
berjenama. Antaranya seperti
Bose, Levi's, Burberry, The North Face, Calvin Klein Jeans, Karen Millen, Polo Ralph Lauren, Molton Brown, East, Diesel, Monsoon, Warehouse, Whittard of Chelsea, Nike Factory Store dan GAP, Logo. Satu lagi retail outlet yang besar terletak di selatan London adalah Bicester.

Designer Outlet J28 Mansfiled

Deretan kedai di outlet ini

Periuk berkualiti tinggi yang pastinya mahal

Boxing day pula bagi kami hanyalah 'window shopping' di sekitar Nottingham sahaja. Teringin juga melihat bagaimana keghairahan manusia membeli belah. Kami ke Junction 28, Mansfield, juga retail outlet tetapi berskala rendah. Ramai juga manusia yang bershopping di sini. Tidaklah menarik sangat 'sale' nya. Masih mahal, mungkin dari kesan 'credit crunch' . Agak berbeza dari tahun lepas, di mana ramai manusia berkulit putih berbanding bangsa Asia. Agaknya tahun ini ramai dari mereka tidak mampu bercuti keluar negara di musim winter ini. Masing-masing terpaksa berjimat, termasuklah kami yang sudah pasti lebih perlu untuk berjimat.

Kedai peralatan dapur.

Monday, December 08, 2008

Wednesday, December 03, 2008

Sakit


Di saat masa itu seperti emas, saya jatuh sakit.. Hu..hu.. demam, sakit perut. Nak study pun susah. Sesungguhnya kesihatan yang baik itu lebih berharga dari harta berjuta.. Moga sakit ini menjadi kifarahku buatmu Tuhan..
p.s kredit foto buat ukhti27