Saturday, December 27, 2008

Boxing Day

Lama sunggguh saya tidak menjenguk blog ini. Apa lagi untuk menulisnya. Penyakit 'm' untuk menulis melanda. Bukan kerana apa, sibuk. Sibuk dengan pelbagai hal, projek study dan projek personal. Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai 'boxing day' di sini. Jatuh pada 26 Disember, hari ini adalah hari membeli-belah seluruh UK di mana kononnya harga barangan betul-betul murah. Sejarahnya ada kaitan dengan upacara keagamaan penganut Kristian. Boxing Day juga dikenali sebagai St Stephen's Day, iaitu perayaan bagi mengenang Saint Stephen yang dilontar batu sehingga menemui ajal di Jurusalem. Selain itu, hari ini juga adalah hari para majikan yang kaya di waktu dahulu memberi hadiah kepada para pekerjanya.

Kini, Boxing Day lebih kepada hari shopping warga UK. Di England, tempat-tempat terkenal yang akan dilawati adalah seperti McArthurGlen di York, Cheshire Oaks yang berhampiran Liverpool, merupakan outlet terbesar di UK dengan 145 buah kedai
berjenama. Antaranya seperti
Bose, Levi's, Burberry, The North Face, Calvin Klein Jeans, Karen Millen, Polo Ralph Lauren, Molton Brown, East, Diesel, Monsoon, Warehouse, Whittard of Chelsea, Nike Factory Store dan GAP, Logo. Satu lagi retail outlet yang besar terletak di selatan London adalah Bicester.

Designer Outlet J28 Mansfiled

Deretan kedai di outlet ini

Periuk berkualiti tinggi yang pastinya mahal

Boxing day pula bagi kami hanyalah 'window shopping' di sekitar Nottingham sahaja. Teringin juga melihat bagaimana keghairahan manusia membeli belah. Kami ke Junction 28, Mansfield, juga retail outlet tetapi berskala rendah. Ramai juga manusia yang bershopping di sini. Tidaklah menarik sangat 'sale' nya. Masih mahal, mungkin dari kesan 'credit crunch' . Agak berbeza dari tahun lepas, di mana ramai manusia berkulit putih berbanding bangsa Asia. Agaknya tahun ini ramai dari mereka tidak mampu bercuti keluar negara di musim winter ini. Masing-masing terpaksa berjimat, termasuklah kami yang sudah pasti lebih perlu untuk berjimat.

Kedai peralatan dapur.

10 comments:

ummu asiah said...

bestnya zelah...dapat window shopping pun jadilah kan...bukan senang nak dapat peluang macam tu...kat msia ni pun biasala memanjang sale...and memanjang org ramai bershopping....

Nur said...

Salam kak..hujung2 tahun ni shopping barang sekolah anak2..tiga orang sekolah menengah dah tahun depan. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH..

mrshenri said...

Akak pergi junction rupanya. Tak terjumpa pula. Tak best ke sale? Saya pula terbalik, saya rasa sale punya best, penuh boot keta. Siap dua kali round :P Mungkin sebab saya dah nak balik kot, tu yang shopping tak ingat :) Mostly beli barang-barang untuk adik-adik. Clearance kasut Reebok punyalah menarik. Lagi satu kedai Tefal tu. Saya dah survey, memang harga di kedai tu dgn tempat lain jauh bezanya. Ada sampai 50% beza. Berbaloi... berbaloi...

mrshenri said...

nasib baik hari jumaat, jadi rushing nak balik. kalau duduk lama kat junction tu, tak tahulah apa lagi yang saya beli :P akak pergi tak sale NEXT pukul 5 pagi tu? kalau pergi, memang respectlah hehe... saya ada hati nak pergi. dah bangun dah, kebetulan nak sahur. tapi tak jadi bila fikir sejuk. kiranya saya belum boleh masuk kategori hard core ler part shopping ni.

Abang Long said...

OIC, itu maksudnya BOXING DAY. Selama ini, fikir hari untuk bertinju ...

ZLAA said...

ummu asiah,

Cuci mata bershopping pun sebenarnya boleh jadi satu terapi. Sale di sini seronok jugak.

Nur,

Wah..dah 3 org sekolah menengah? Sekejap ja no..

Mrshenri,

Akak g Junction ja. Cukuplah tu. Entahla, tengok macam tak sale sangat pun. Last year lagi better. Izan lain, baru nak shopping giler2, mmglah best. Akak tak g pun Next Sale tu. Akak bukan hardcore shopping le.. Hari Jumaat shopping tak best. Berkejar dgn solat Jumaat.

Abang Long,

Lain betul maknanya kan? Tapi agaknya untuk bersungguh2 bershopping..

silversarina said...

salam maal hijrah buat zlaa dan family di sana.

tak merasa lagi shopping pada boxing day...macamanalah gamaknya...orang kata murah sangat :)

gerbanginfoanda said...

sonok tol kat obersea ni.. hehe

LiLa said...

Kak Zlaa,
lama tak tinggalkan comment kat sini...bestkan sale...walau setakat cuci mata ianya dah theraphy....take care ...

xoxo

ZLAA said...

silversarina,

Salam maal hirah buat kak rina dan family. Boxing Day ni ada barang yang murah, ada yang biasa2 sahaja. Seronok bershopping kalau ada duit. Kalau tak, tengok sajalah.

gerbanginfoanda,

Seronok tempat orang, seronok lagi tempat kita.

Lila,

Sale memang best. Best lagi kalau ada fulus. he..he..