Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Awal Muharam tahun ini, 1430H bermula pada 29 Disember 2008, tarikh mula bagi kalendar umat Islam. Amalan yang disunatkan pada bulan ini termasuklah berdoa akhir tahun dibaca selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah dan doa awal tahun dibaca apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah. Di samping itu kita disunatkan berpuasa antara 1-10 Muharram.

Doa akhir tahun:


Maksudnya:



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

kredit: http://kojoe2kill.blogspot.com/

7 comments:

Pp said...

A good reminder of the two doa!

Saya mengucapkan Tahun Hijrah 1430 yang akan membawa khabar gembira untuk ZLAA dan keluarga, untuk dunia dan juga bekal ahirat!

best wishes!
PP

JkiNG said...

nice song..^_^

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah. Kita melangkah ke tahun baru 1430 hijrah.

Salam Maal Hijrah.

Nur said...

Salam kak..kakak kembar dah form 2 kak, lisa form 1, tinggal si bongsu tu baru nak masuk 3 tahun. Mula sekolah 5hb Jan. Moga tahun baru ni terus memberi kebahgiaan kepada kak sekeluarga di sana.

Dalam Dakapan Ibu said...

Dear Zlaa,
Salam Ma'al Hijrah 1430 and 2009. Semoga tahun baru ni brings everything-nice to all of us, amiin.

Bila balik cuti Zlaa? Boleh kita gather2...

ZLAA said...

Pp,

Salam maal hijrah buat Pp and family. Moga bahagia di tahun baru.

Jking,

Akak suka juga lagi Hijjaz ini. Lagu lama rasanya.

Abang Long,

Salam Maal Hijrah buat Abang Long. Moga kita bertambah amalan buat tahun mendatang.

ZLAA said...

Nur,

Cepat sungguh depa membesar. Anak-anak di sini pun cepat sungguh membesar. Alhamdulillah ramai anak. Tak lah rasa sunyi sangat.

Dalam dakapan ibu,

Salam Maal Hijrah buat you and family, Ja. InsyaAllah bila I balik, I bagitahu. I miss our gathering. The giggling, the riuh rendah.. Hopefully it'll be more often nanti.