Thursday, October 22, 2009

Masak tempoyak ikan patin


Saya orang Kedah. Negeri Kedah tidak pernah popular dengan ikan patin juga tempoyak. Kalau di dalam keluarga kami di Kedah, hari-hari masakan wajib adalah kari atau kami kenali sebagai gulai. 'Not a single day' dalam hidup kami di negeri Kedah emak tidak masak kari. Asal sahaja balik kampung, bila buka tudung saji mesti ada kari, kari, kari dan kari...

Disebabkan saya banyak tinggal di luar negeri Kedah, akhirnya selera makan saya berubah. Kari kini hanya sekali sekala. Antara masakan yang saya suka adalah masak tempoyak. Dulu-dulu saya tidak pernah merasa 'confident' memasak masak tempoyak ini. Selalunya kalau masakan tempoyak tidak menjadi, 'fault'nya diletakkan pada tempoyak, kononnya tempoyak tidak asli, ianya dicampur pisang, atau juga 'fault'nya diletakkan pada ikan sungai yang hanyir, atau ikan sungai itu diternak, tak best.... Lebih sedap masak tempoyak jika di makan di negeri Perak dan di Pahang.

Sekian lama merantau, rindu kembali pada masak tempoyak, sementelah ikan patin dari Vietnam tidak sukar didapati di sini. Tempoyak pula, duriannya kami beli di kedai Asia di sini dan kemudiannya kami proseskan menjadi tempoyak. Hasilnya, beberapa kali saya masak tempoyak ikan patin. Rasanya kali ini, yours truly, memang dapat citarasa yang saya cari, tempoyak rasa 'pure', ikan patin Vietnam juga walaupun semasa dibeli keras kejung tapi terasa manis ikan patin ada di situ.. Pelik tetapi benar...

Resepi masak tempoyak ikan patin yang sangat mudah:

cili padi beberapa biji ditumbuk bersama garam
segenggam tempoyak, kalau nak pekat boleh tambah lagi
kunyit
asam keping
ikan patin beberapa potong
daun kesum
tomato (menggantikan timun)
air

Cili, tempoyak, kunyit dan air masukkan ke dalam periuk. Masak beberapa minit dan kemudian masukkan ikan. Masukkan daun kesum, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.

Setelah masak, makan bersama nasi panas. Alhamdulillah, nikmat Allah Taala..

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran


Salam Lebaran. Moga lebaran kali ini membahagiakan. Maaf zahir batin. Mohon maaf jika ada tulisan di blog ini menyakitkan. Saya manusia yang tidak pernah sunyi dari membuat kesilapan.
kredit photo: ukhti27

Monday, September 07, 2009

Hidup ini memang payah

Hidup ini memang payah...

Ya.. belajar ini juga payah....

Thursday, September 03, 2009

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini disambut sederhana bagi kami di sini. Tiada kemeriahan Pasar Ramadhan mahupun kekalutan berkejar ke masjid untuk menunaikan solat terawikh. Kami berpuasa anggarannya adalah 16 jam. Bermula berpuasa sekitar 4 pagi dan berbuka sekitar jam 8 malam. Cuaca hampir musim luruh membuatkan kami tidak terasa letih berpuasa di sini. Alhamdulillah, tetapi kalau berpuasa musim sejuk tentu lebih enak lagi bilamana permulaan berpuasa sekitar jam 6 pagi dan berbuka sekitar jam 3.30 petang.

Seronok sebenarnya berpuasa di tempat orang. Saya masih ingat kalau di Malaysia, saya pernah merasa berpuasa di banyak negeri. Antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan tentunya di negeri asal sendiri, negeri Kedah Darulaman. Antara rutin kami adalah menziarahi Pasar Ramadhan di tempat-tempat itu, bukannya apa, seronok meraikan peniaga-peniaga yang antaranya baru mula-mula nak belajar berniaga.

Tetapi di sini sangat berbeza. Kalau teringin nak makan sesuatu, terpaksalah masak sendiri. Kadang-kadang jika bernasib baik, dapatlah rasa yang dihajati, tetapi jika tidak, nampaknya gigit jarilah. Masak untuk berbuka di sini pun simple-simple sahaja.

Antara menu simple berbuka puasa kami adalah nasi ayam. Cukup mudah dan ringkas. Bukannya susah mana pun nak buat tapi kenapalah jika ke Pasar Malam dulu-dulu, asyik-asyik nasi ayam yang saya cari.

Sabtu baru ni, saya mencuba resepi nasi kerabu buat pertama kalinya dalam hidup. Ini akibat tidak puas makan bila hari sebelumnya saya menempah nasi kerabu Zihan Wan Hazli dari warung online isteri-isteri (http://warungnotts.blogspot.com/) yang mengikut suami belajar di sini. Kemasyhuran nasi kerabu mereka sudah lama saya dengar. Rupanya memang betul-betul sedap. Sambal kelapa, solok ladanya mempunyai kemanisan yang original. Nasi, daging bakar dan sambalnya was just perfect. Puas kami menambah gula untuk meniru hasil masakan mereka namun apabila tiba masa untuk dirasa masih tidak seperti nasi kerabu mereka. Hmm..mungkin gula yang kami masukkan belum cukup atau ada rahsia lain yang kami tidak tahu. Tetapi apa yang kami banggakan adalah telur masin buatan sendiri sangat menepati citarasa kami yakni tidak terlalu masin, sedang-sedang saja.

Kuih muih pula jarang kami masak kecuali yang paling simple, resepi pisang aroma yang diajar oleh seorang rakan saya di Plymouth. Hanya balutkan pisang di dalam kulit popia dan goreng. Jika mahu sedap lagi, balutkan pisang dengan cheese. Kerapuhan kulit popia dengan kemanisan pisang ditambah dengan cheese yang cair di dalam mulut sangatlah enak. Voila.. ianya faveret saya...

Kadang-kadang kami ada juga menempah kuih muih dari warung online, seperti baru-baru ini kami menempah dadih. Pelbagai perisa seperti jagung, strawberry, susu dan coklat. Berperisa sungguh. Hilanglah sedikit rindu kami pada Pasar Ramadhan di sana.

Salam Ramadhan dari saya. Mudahan kita memanfaat sebaiknya Ramadhan yang hadir pada tahun ini.

Wednesday, August 19, 2009

New nasyeed

Latest release nasyeed (nasyeed??) from my most favourite artist Sami Yusuf, was released yesterday,18th August 2009.

Akan ku cari di kedai Mizan di Burford Road, Forest Field. Hopefully adala. Kalau tak ada, akan ku cari sampai jumpa. Susah-susah nanti beli online.

His nasyeed was so nice listening, especially when traveling.

Saturday, August 15, 2009

Bertuah manusia bernama Asri ini bilamana orang yang tidak beliau kenali pun mengalirkan airmata mengenangkan pemergiannya.

Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: “telah tetap!”. Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : “telah tetap baginya.” Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : “Apa yang telah tetap itu?” Nabi menjawab: “Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi,” - (al-Bukhari dan Muslim ).

AlFatihah buatmu Asri. Moga ditempatkan bersama para solihin. Moga tinggalan suaramu menjadi amal soleh yang menemanimu di alam sana.


Thursday, August 06, 2009

Aduh... lama sungguh tidak menjengok blog ini.. Banyak sungguh kerja, menimbun tinggi.. Mampukah daku?..

Wahai Tuhan.. ku tak layak ke syurgaMu
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-
dosa besar

Friday, June 26, 2009

Michael, Michael..


25 June, 2009

Michael Jackson has died after suffering a cardiac arrest, sending shockwaves sweeping across the world and tributes pouring in for the tortured music icon revered as the "King of Pop."

Jackson, 50, collapsed at his rented mansion in the exclusive Los Angeles neighborhood of Holmby Hills and was rushed to hospital by paramedics before being pronounced dead at 2:26 pm (2126 GMT).

Source and more news: UK Yahoo News

Saya tidak pasti apakah benar Michael seorang Muslim tetapi, jika benar Michael seorang Muslim: I just want to repeat what Jermaine Jackson says:

"May Allah be with you, Michael, always."

Michael's photo is from here:

Thursday, June 04, 2009

A day outing to London

Bunga-bunga berkembang di musim bunga

Di kala 5.34 petang, otak saya sudah tidak mampu berfikir. Letih....

Minggu lepas, anak-anak bercuti half term seminggu. Kami tidak ke mana kerana 2 orang anak bakal menghadapi peperiksaan. Lagipun kami sudah agak jemu berjalan di dalam UK kerana semua tempat di sini hampir sama. Mana-mana tempat akan ada hampir benda yang sama, castle, bridge, rangkaian kedai yang sama.. , seperti juga di Malaysia, jika kita ke Jusco, Tesco, Giant semua barangan adalah hampir sama.. kdg2 jika asyik benda yang sama pun muak juga kan??

Walaubagaimanapun, kami akhirnya melakukan juga 'outing', a day trip to London.. trip kali ini kami merancang tidak melawati tempat tarikan utama Kota London. Trip kali ini yang biasa-biasa, seperti mana jika kami di Kuala Lumpur, akan ke Jalan TAR pada petang Sabtu, ke Sogo, Globe (sudah tidak valid mungkin), Kamdar, makan-makan di Insaf Beriani, ronda-ronda pasar malam Jalan TAR, Jalan Masjid India, ke arkid Ibukota yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan dan ada kalanya pekena nasi kandar di depan Sogo. Setiap kali waktu solat kami tidak lupa solat di Masjid India yang tidak pernah putus dengan manusia yang tumpang bersolat di situ.

Maka, outing kami kali ini simple sahaja, we don't go on a sightseeing tour bus di dalam Kota London, sebaliknya kami mengambil underground train (tube) untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. We don't go for big Ben, Trafalqar Square, London Eye, Tower Bridge or Buckingham Palace. Kami hanya pergi ke satu dua tempat yang biasa-biasa sahaja.

Hasif di dalam tube

Oxford Street - kawasan membeli belah terkenal di London. Di Oxford Street ini kami berkenalan dengan pasangan dari Malaysia yang baru bersara, sudah sebulan mengelilingi Eropah dengan Global Pass InterRail.

Portobello Market - penuh dengan barang-barang antik..


Bayswater - penuh dengan kedai makan, kedai cenderahati
berehat menghilangkan lenguh kaki

Malaysian Hall - kami lunch dan solat jamak Zohor dan Asar di sini. Suraunya sungguh selesa. Terasa rindu sungguh dengan suasana di Malaysia.

Hidangan tengahari kami, sambal tumis udang petai, sambal belacan, ikan keli berlada, asam pedas patin, sambal mussels, sayur campur. Lazat..

Rehat-rehat di Kensington Garden selepas lunch.

Akhirnya pulang ke tempat parking kereta di pinggir Kota London. Anak-anak masih bertenaga bermain di shopping complex walaupun seharian menyusuri Kota London.

Jalan pulang.. sudah hampir 9 malam, tapi matahari masih menyinar.

Friday, May 29, 2009

Somtam.. am missing you..

Kalau tengah lapar ni memang macam-macam nak makan.. and right now desperately nak makan som tam, atau kerabu betik ala siam.. Som tam ni banyak dijual di pasar Ramadan di negeri Perlis..

Sudah saya minta suami mencari betik samada di Medina (kedai Pakistan yang kadang-kadang ada juga menjual buahan exotic , atau di Aseana dan Mun Li, kedai Asia. Harap-harap ada lah...

Bahan-bahan Somtam:

Cili padi
Bawang putih
Betik muda
Belahan tomato
sos ikan
udang kering
gula
air limau nipis
kacang tanah

Thursday, May 07, 2009

Tiap kali ke car boot sale, saya suka mencari buku. Kadangkala buku-buku tersebut sekadar membalas dendam sewaktu kanak-kanak dahulu. Sewaktu kecil, saya gemar membaca buku-buku Enid Blyton. Saya geram setiap kali ke library sekolah sewaktu di sekolah rendah dahulu. Bersusun buku-buku karya Enid Blyton. Nak dipinjam untuk dibawa balik tidak pernah diizinkan. Hanya boleh membaca jika slot perpustakaan ada. Maka, apa lagi di sini saya lepas geramlah... Dah lah banyak di car boot, murah-murah pula buku di sini, 20 pence, 50 pence dan kadang-kadang satu set boleh dapat hanya £1, £2. Mana tak geram..

Koleksi kulit tebal - saya masih membaca pada waktu makan di rumah berulang kali terutama siri penyiasatan Goon vs Fatty and gang.

The mystery collection

Set Secret Seven ini dibeli dengan harga yang cukup murah.

koleksi Enid Blyton ini untuk anak-anak kecil

Ingin sekali jika minat saya ini diikut anak-anak. Penuh harapan jika kadang-kadang bercerita tentang siri-siri karya Enid Blyton ini kepada mereka. Tetapi nampaknya anak-anak saya kurang berminat. Mereka lebih berminat menbaca siri Harry Porter, Roald Dahl dan paling terkini suka benar mereka dengan siri Horrid Henry.. Rupanya tidak mudah mempengaruhi anak-anak suka apa yang kita suka....

Ini sebahagian koleksi siri Harry Porter anak-anak saya

Koleksi Roald Dahl

Koleksi Horrid Henry karya Francesca Simon

Monday, April 06, 2009

Nasyid - Dia Kekasih Allah (Hijjaz)

Tuan rumah has been very busy lately. Thousand apologies for not being able to update this blog regularly. InsyaAllah jika masa mengizinkan saya akan menulis lagi. Enjoy this beautiful nasyid....

Monday, March 23, 2009

Friday, March 13, 2009

Menulis : peringatan buat diriku..


Saya membaca blog UZAR (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) dan berjumpa dengan satu kata-kata nasihat. Amat menarik rasanya bagi saya. Kata nasihat itu adalah:

Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu.
Orang cerdik menulis tentang peristiwa.
Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'.
Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Kategori manakah aku menulis??
credit image from mbgrigby's photostream

Monday, February 23, 2009


Kyber Pass - antara kedai makan Pakistan yang ada di sini

Alhamdulillah, walaupun tinggal di negara bukan majoriti umat Islam, kami tidak sukar mendapatkan makanan halal. Jika kebuntuan atau jemu menjamah makanan masakan sendiri, masih ada pilihan makan di luar. Pelbagai kedai makanan halal ada di daerah kami tinggal. InsyaAllah, jika ada yang tersesat ke sini, pasti tidak akan kebuluran. Makanan popular adalah makanan kebiasaan rakyat Pakistan. Ada roti nan, kebab, salad dan nasi. Kebab ayam dan kambing paling popular.


pilihan nasi dan pelbagai kari

ayam panggang dan lamb kebab panas-panas

kebab dan salad

Di sebelah kedai Kyber Pass ini ada pejabat pos. Macam-macam urusan boleh dilakukan di sini, urusan menghantar surat, memperbaharui 'road tax' kereta, lesen TV, lesen memancing, lesen kereta semuanya ada. Paling istimewa pejabat pos ini juga menjual frame ayat-ayat suci Al Quran.


Pelbagai frame ayat-ayat suci Al Quran dijual di dalam pejabat pos ini

Cantik-cantik frame ini. Suka saya melihat suasana ini di sebuah bandar kecil di England.

Tuesday, February 03, 2009

Welcome snow 2009



Di kala tempat lain mendapat hujan salji di musim dingin, Nottingham jarang mendapat salji yang betul-betul lebat. Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 20 tahun Nottingham tidak pernah menerima salji tebal, minggu ini kami menerima salji yang sangat lebat. Salji putih, lembut seperti kapas menyelubungi persekitaran kami. Sana sini hanya warna putih. MasyaAllah indah sekali...


suasana depan rumah

salji di padang Forest



video
video

Friday, January 16, 2009

Ayuh Umat Islam. Bangunlah!! Mari kita BOIKOT


Marah, geram, sedih, kecewa dengan isu Gaza. Tapi apa yang boleh kita buat? Sekecil-kecil sumbangan kita adalah Mari kita boikot barang-barang ini!!.

More on Boycott Israel campaign is here: http://www.inminds.com/boycott-israel.html

Friday, January 09, 2009

Jalan-jalan Bradford

Hujung Disember 2008 yang baru universiti kami tutup selama 10 hari bagi meraikan Hari Krismas dan juga tahun baru. Bila tutup, semuanya akan tutup, ofis, makmal dan paling penting heater. Di kala musim sejuk ini heater sangat penting, dan musim sejuk kali ini adalah yang paling sejuk sekali sejak 30 tahun yang lampau. Ada hari yang suhunya mencecah -11 celcius. Jika di akhbar, berita cuaca, suhu selalunya akan mendapat tempat. Tahun ini juga suhu di sesetengah tempat di UK ada yang mencecah -30 celcius, lebih sejuk dari Iceland. Air mengalir di air terjun di Scotland beku dan tidak bergerak, air laut di kaki pantai beku. MasyaAllah sejuk sekali.

Air laut di kaki pantai menjadi beku di musim ini

Cuti hujung tahun ini juga kami jalan-jalan ke satu tempat di utara. Tidaklah jauh hanya satu setengah jam sahaja dari Nottingham. Kami jalan-jalan ke Bradford sambil melihat koleksi pinggan mangkuk yang ada di jual di sana. Bradford terkenal kerana pinggan mangkuk seperti Correlle, Arcopal dan Pyrex. Seawal pagi kami bertolak ke sana seramai 4 keluarga. Kedai yang agak glamer di kalangan peminat Correlle ini namanya Dadibhais, kepunyaan bangsa Pakistan. Walaupun glamer tapi rupa kedainya kurang glamer. Seperti gudang tinggal sahaja rupanya.

Dadibhais Bradford - rupa tiada, khazanah penuh

Dadibhais - open 7 days a week, no children under 12 is allowed

Dadibhais lebih kepada menjual peralatan katering. Macam-macam ada. Pinggan mangkuk, sudu, senduk, kawah, kuali, periuk, plastikware, peralatan alat tulis, barangan elektrik, tudung, tong sampah dan macam-macam lagi. Harganya ada yang murah, ada yang boleh tahan, termasuk tax (VAT). Melihat sahaja corelle, corning ware, vision, luminarc, arcopal, queen anne, masing-masing kami menjadi rambang mata. Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk ke dalam 'gudang' ini. Selesai sahaja membeli belah apa yang berkenan di hati dan termampu dek poket, kami pun melangkah keluar untuk mencari tempat solat.

16 pieces Correlle dinner set - 45 GBP

Corning ware 10 pieces - 75 GBP

Dinner plate Corelle - 2 GBP sebiji

Keadaan dalaman dadibhais

periuk pelbagai saiz juga dijual.

Serving Queen Anne pun ada

Dadibhais ada menyediakan ruang solat tetapi kerana suami-suami yang menunggu anak-anak di luar sempat berkenalan dengan pasangan dari Indonesia maka kami mendapat pelawaan bersolat di rumah saudara ini. Akhirnya kami bergerak menuju ke rumah saudara Mahfuz dan isterinya Fathonah untuk bersolat dan menjamu selera dengan bekalan yang kami bawa, nasi minyak, kurma kambing, ayam goreng, nasi goreng, pulut sambal dan pelbagai lagi. Berselera sungguh makan beramai-ramai. Perjalanan yang sungguh selesa bagi kami kerana tidak perlu bersolat dan menjamu selera di dalam cuaca sejuk di luar bangunan, ditambah dengan kemesraan ukhwah dari saudara Mahfuz dan Fathonah. Alhamdulillah.

Selesai makan, Mahfuz mengajak kami ke satu lagi kedai yang lebih besar dari Dadibhais. Katanya di situ lebih banyak pilihan. Maka apa lagi kami semua setuju. Sesampai di sana (Day-2-Day Cash & Carry), MasyaAllah banyaknya pilihan. Lebih banyak corak bunga-bunga baru bagi pinggan Arcopal dan Luminarc. Lebih banyak Pyrex. Tetapi Correlle tiada pula kelihatan. Kami hanya membeli 2 biji periuk besar yang cukup murah dibandingkan dengan tempat yang pernah kami pergi sebelum ini. Selebihnya hanya menjamu mata. Mudahan dapat datang lagi. InsyaAllah.

Deretan pinggan Luminarc Arcopal bersusun di atas rak

macam-macam corak bunga pinggan Luminarc dan Arcopal

More of Pyrex

16 pieces Luminarc Arcopal cost from 10 gbp - 20 gbp only. Bolah tahan murahnya..

Saya suka bandar Bradford. Kedai-kedai kepunyaan orang Muslim begitu ketara ke'Islaman'nya. Simbol-simbol halal ditambah dengan nama-nama seperti 'Bismillah', 'Yasin', 'Al-Halal Supermarket' dan pelbagai lagi begitu gagah dipaparkan. Beruntung orang Muslim di Bradford ini. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari bahan makanan halal. Hopefully we'll come again to Bradford. InsyaAllah.

Kedai runcit Yasin

Supermarket Day-2-Day ini di atasnya dewan IslamBradford

Bismillah Store ini cashiernya memakai purdah.