Friday, January 16, 2009

Ayuh Umat Islam. Bangunlah!! Mari kita BOIKOT


Marah, geram, sedih, kecewa dengan isu Gaza. Tapi apa yang boleh kita buat? Sekecil-kecil sumbangan kita adalah Mari kita boikot barang-barang ini!!.

More on Boycott Israel campaign is here: http://www.inminds.com/boycott-israel.html

Friday, January 09, 2009

Jalan-jalan Bradford

Hujung Disember 2008 yang baru universiti kami tutup selama 10 hari bagi meraikan Hari Krismas dan juga tahun baru. Bila tutup, semuanya akan tutup, ofis, makmal dan paling penting heater. Di kala musim sejuk ini heater sangat penting, dan musim sejuk kali ini adalah yang paling sejuk sekali sejak 30 tahun yang lampau. Ada hari yang suhunya mencecah -11 celcius. Jika di akhbar, berita cuaca, suhu selalunya akan mendapat tempat. Tahun ini juga suhu di sesetengah tempat di UK ada yang mencecah -30 celcius, lebih sejuk dari Iceland. Air mengalir di air terjun di Scotland beku dan tidak bergerak, air laut di kaki pantai beku. MasyaAllah sejuk sekali.

Air laut di kaki pantai menjadi beku di musim ini

Cuti hujung tahun ini juga kami jalan-jalan ke satu tempat di utara. Tidaklah jauh hanya satu setengah jam sahaja dari Nottingham. Kami jalan-jalan ke Bradford sambil melihat koleksi pinggan mangkuk yang ada di jual di sana. Bradford terkenal kerana pinggan mangkuk seperti Correlle, Arcopal dan Pyrex. Seawal pagi kami bertolak ke sana seramai 4 keluarga. Kedai yang agak glamer di kalangan peminat Correlle ini namanya Dadibhais, kepunyaan bangsa Pakistan. Walaupun glamer tapi rupa kedainya kurang glamer. Seperti gudang tinggal sahaja rupanya.

Dadibhais Bradford - rupa tiada, khazanah penuh

Dadibhais - open 7 days a week, no children under 12 is allowed

Dadibhais lebih kepada menjual peralatan katering. Macam-macam ada. Pinggan mangkuk, sudu, senduk, kawah, kuali, periuk, plastikware, peralatan alat tulis, barangan elektrik, tudung, tong sampah dan macam-macam lagi. Harganya ada yang murah, ada yang boleh tahan, termasuk tax (VAT). Melihat sahaja corelle, corning ware, vision, luminarc, arcopal, queen anne, masing-masing kami menjadi rambang mata. Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk ke dalam 'gudang' ini. Selesai sahaja membeli belah apa yang berkenan di hati dan termampu dek poket, kami pun melangkah keluar untuk mencari tempat solat.

16 pieces Correlle dinner set - 45 GBP

Corning ware 10 pieces - 75 GBP

Dinner plate Corelle - 2 GBP sebiji

Keadaan dalaman dadibhais

periuk pelbagai saiz juga dijual.

Serving Queen Anne pun ada

Dadibhais ada menyediakan ruang solat tetapi kerana suami-suami yang menunggu anak-anak di luar sempat berkenalan dengan pasangan dari Indonesia maka kami mendapat pelawaan bersolat di rumah saudara ini. Akhirnya kami bergerak menuju ke rumah saudara Mahfuz dan isterinya Fathonah untuk bersolat dan menjamu selera dengan bekalan yang kami bawa, nasi minyak, kurma kambing, ayam goreng, nasi goreng, pulut sambal dan pelbagai lagi. Berselera sungguh makan beramai-ramai. Perjalanan yang sungguh selesa bagi kami kerana tidak perlu bersolat dan menjamu selera di dalam cuaca sejuk di luar bangunan, ditambah dengan kemesraan ukhwah dari saudara Mahfuz dan Fathonah. Alhamdulillah.

Selesai makan, Mahfuz mengajak kami ke satu lagi kedai yang lebih besar dari Dadibhais. Katanya di situ lebih banyak pilihan. Maka apa lagi kami semua setuju. Sesampai di sana (Day-2-Day Cash & Carry), MasyaAllah banyaknya pilihan. Lebih banyak corak bunga-bunga baru bagi pinggan Arcopal dan Luminarc. Lebih banyak Pyrex. Tetapi Correlle tiada pula kelihatan. Kami hanya membeli 2 biji periuk besar yang cukup murah dibandingkan dengan tempat yang pernah kami pergi sebelum ini. Selebihnya hanya menjamu mata. Mudahan dapat datang lagi. InsyaAllah.

Deretan pinggan Luminarc Arcopal bersusun di atas rak

macam-macam corak bunga pinggan Luminarc dan Arcopal

More of Pyrex

16 pieces Luminarc Arcopal cost from 10 gbp - 20 gbp only. Bolah tahan murahnya..

Saya suka bandar Bradford. Kedai-kedai kepunyaan orang Muslim begitu ketara ke'Islaman'nya. Simbol-simbol halal ditambah dengan nama-nama seperti 'Bismillah', 'Yasin', 'Al-Halal Supermarket' dan pelbagai lagi begitu gagah dipaparkan. Beruntung orang Muslim di Bradford ini. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari bahan makanan halal. Hopefully we'll come again to Bradford. InsyaAllah.

Kedai runcit Yasin

Supermarket Day-2-Day ini di atasnya dewan IslamBradford

Bismillah Store ini cashiernya memakai purdah.