Friday, January 09, 2009

Jalan-jalan Bradford

Hujung Disember 2008 yang baru universiti kami tutup selama 10 hari bagi meraikan Hari Krismas dan juga tahun baru. Bila tutup, semuanya akan tutup, ofis, makmal dan paling penting heater. Di kala musim sejuk ini heater sangat penting, dan musim sejuk kali ini adalah yang paling sejuk sekali sejak 30 tahun yang lampau. Ada hari yang suhunya mencecah -11 celcius. Jika di akhbar, berita cuaca, suhu selalunya akan mendapat tempat. Tahun ini juga suhu di sesetengah tempat di UK ada yang mencecah -30 celcius, lebih sejuk dari Iceland. Air mengalir di air terjun di Scotland beku dan tidak bergerak, air laut di kaki pantai beku. MasyaAllah sejuk sekali.

Air laut di kaki pantai menjadi beku di musim ini

Cuti hujung tahun ini juga kami jalan-jalan ke satu tempat di utara. Tidaklah jauh hanya satu setengah jam sahaja dari Nottingham. Kami jalan-jalan ke Bradford sambil melihat koleksi pinggan mangkuk yang ada di jual di sana. Bradford terkenal kerana pinggan mangkuk seperti Correlle, Arcopal dan Pyrex. Seawal pagi kami bertolak ke sana seramai 4 keluarga. Kedai yang agak glamer di kalangan peminat Correlle ini namanya Dadibhais, kepunyaan bangsa Pakistan. Walaupun glamer tapi rupa kedainya kurang glamer. Seperti gudang tinggal sahaja rupanya.

Dadibhais Bradford - rupa tiada, khazanah penuh

Dadibhais - open 7 days a week, no children under 12 is allowed

Dadibhais lebih kepada menjual peralatan katering. Macam-macam ada. Pinggan mangkuk, sudu, senduk, kawah, kuali, periuk, plastikware, peralatan alat tulis, barangan elektrik, tudung, tong sampah dan macam-macam lagi. Harganya ada yang murah, ada yang boleh tahan, termasuk tax (VAT). Melihat sahaja corelle, corning ware, vision, luminarc, arcopal, queen anne, masing-masing kami menjadi rambang mata. Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk ke dalam 'gudang' ini. Selesai sahaja membeli belah apa yang berkenan di hati dan termampu dek poket, kami pun melangkah keluar untuk mencari tempat solat.

16 pieces Correlle dinner set - 45 GBP

Corning ware 10 pieces - 75 GBP

Dinner plate Corelle - 2 GBP sebiji

Keadaan dalaman dadibhais

periuk pelbagai saiz juga dijual.

Serving Queen Anne pun ada

Dadibhais ada menyediakan ruang solat tetapi kerana suami-suami yang menunggu anak-anak di luar sempat berkenalan dengan pasangan dari Indonesia maka kami mendapat pelawaan bersolat di rumah saudara ini. Akhirnya kami bergerak menuju ke rumah saudara Mahfuz dan isterinya Fathonah untuk bersolat dan menjamu selera dengan bekalan yang kami bawa, nasi minyak, kurma kambing, ayam goreng, nasi goreng, pulut sambal dan pelbagai lagi. Berselera sungguh makan beramai-ramai. Perjalanan yang sungguh selesa bagi kami kerana tidak perlu bersolat dan menjamu selera di dalam cuaca sejuk di luar bangunan, ditambah dengan kemesraan ukhwah dari saudara Mahfuz dan Fathonah. Alhamdulillah.

Selesai makan, Mahfuz mengajak kami ke satu lagi kedai yang lebih besar dari Dadibhais. Katanya di situ lebih banyak pilihan. Maka apa lagi kami semua setuju. Sesampai di sana (Day-2-Day Cash & Carry), MasyaAllah banyaknya pilihan. Lebih banyak corak bunga-bunga baru bagi pinggan Arcopal dan Luminarc. Lebih banyak Pyrex. Tetapi Correlle tiada pula kelihatan. Kami hanya membeli 2 biji periuk besar yang cukup murah dibandingkan dengan tempat yang pernah kami pergi sebelum ini. Selebihnya hanya menjamu mata. Mudahan dapat datang lagi. InsyaAllah.

Deretan pinggan Luminarc Arcopal bersusun di atas rak

macam-macam corak bunga pinggan Luminarc dan Arcopal

More of Pyrex

16 pieces Luminarc Arcopal cost from 10 gbp - 20 gbp only. Bolah tahan murahnya..

Saya suka bandar Bradford. Kedai-kedai kepunyaan orang Muslim begitu ketara ke'Islaman'nya. Simbol-simbol halal ditambah dengan nama-nama seperti 'Bismillah', 'Yasin', 'Al-Halal Supermarket' dan pelbagai lagi begitu gagah dipaparkan. Beruntung orang Muslim di Bradford ini. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari bahan makanan halal. Hopefully we'll come again to Bradford. InsyaAllah.

Kedai runcit Yasin

Supermarket Day-2-Day ini di atasnya dewan IslamBradford

Bismillah Store ini cashiernya memakai purdah.

23 comments:

Suria Kelang said...

Zlaa, nanti bolehlah minta tolong belikan... Gila cantik...

Abang Long said...

Membeli belah dalam suasana yang sejuk dan santai. Kelihatan suasana tidak sibuk.

nurazzah8 said...

zlaa....alamak...banyaknya pilihan dan cantik-cantik...kalau kat Malaysia dah lama I borong .....hehehe

nani said...

Tak rupe kedai kan...cam gudang dr luar..:-)

saya suke bila banyak gbr...tak dpt g, jamu mata pun jadi la...imagine diri di situ..hehhehe

murah bila kite kt sana..bila kirim nak kene convert...mak aiii...:-)

ZLAA said...

Suria,

Cantik memang cantik.. Suka yang mana?

Abang Long,

Mana tak santai, pergi satu dua kedai sahaja. Itupun dah tahu nak pergi tengok apa. Sebab itu tak sibuk..

ZLAA said...

Nurazzah8,

He..he.. memang banyak pilihan. I rasa Arcopal, Corelle lebih praktikal utk guna, ringan dan lasak..

nani,

Akak dah tahu rupa kedai macam mana so tak delah suspen sgt.

Nani camne sekarang? Akak la ni sibuk sikit tp masih kdg2 chatting juga utk hilang boring, stress belajar.

Nur said...

Salam Kak..wow bestnye tengok pinggan, harga lebih kurang langkawi gak rasanya..Borong banyak ke?

ZLAA said...

Lebih kurang Langkawi ja. Tapi kalau di Langkawi kita rasa mahal kalau dah beratus2 harganya.

Tak borong pun, beli yang perlu cukuplah.

Abang Long said...

Nak pesan boleh ? hehehe

MULAN said...

geram betol saya dengan dadibhais tu.. nanti pi mana2 amik gambar byk2 tau.. saya suka..

btw, kak zila dah pi scandinavian ke, nak survey2 sikti..

LiLa said...

Kak Zlaa,
seronoknya...kalau saya pun mesti membeli jugak...waluapun sikit :)
Saya dulu hanya bawa balik tefal, queen anne dan Clark dari Tommy Ball aje...hehe...

ZLAA said...

Abang Long,

Nak pesan boleh, itupun kalau dapat pergi lagi.

Mulan,

Masa kami mula sampai pun memang rambang mata. Excited je, tambahan pula pergi ramai-ramai.

Scandinavian belum pernah pergi. Mulan plan utk pergi ke?

ZLAA said...

Lila,

Akak beli jugalah sebab memang di Malaysia dah tak ada pinggan pun. Kalau nak beli yang macam ni di sana mahal jugak. Di sini di kira masih pada affordable price.

Beli pun tak banyak, ala kadar sahaja. Cukuplah sederhana sahaja.

MKI said...

Salam sejahtera,

Rupa-rupanya sudah hampir 10 tahun saya meninggalkan UK. Kedai kegilaan kaum ibu masih wujud lagi... he..he..

Bila naka balik?

ZLAA said...

Prof MKI,

Masih ada lagi kedai itu Prof. Cuma mungkin ada ditambah satu lagi kedai yang lebih baru sedikit. Dari terperap di rumah di musim ini berfikir-fikir ke mana perlu berjalan-jalan. Akhirnya sampailah kami di situ.

Bila nak balik? InsyaAllah tahun hadapan. Doakan ya Prof.

are you said...

salam...

lama x menjengah. tgk pinggan2 tu aiiiii...telan air liur saya kak. cantiknyaaaaaa....

ummul masyitah said...

baiknya saudari fathonah dan suaminya dari indonesia tu.terasa semangat ukhuwwah islamiyyah nya kan.

Norzie said...

Huahhh..best nyerr..tak berpeluang ke sanapun ttpi dgn adanya gambar2 yang zlaa ambil tu pun dah bukan main seronok menjamu mata..

Murasaki Ichigo said...

Salam ziarah...*winkwink*

bestnya tgk pinggan2 tu..ramekin mahai ke murah kat cana?

ZLAA said...

are you,

Memang cantik. Tapi akak tak beli pun.. Tengok aja lah..

ummul masyitah,

Ya, betul. Sangat baik pasangan ini. Sudi menerima kami yang ramai. Walaupun sekejap, kehangatan ukhwah sesama Islam sangat terasa.

ZLAA said...

Norzie,

Alhamdulillah. Betul, saya yang pergi pun hanya menjamu mata. Beli sekadar keperluan. Cukuplah tu..

Murasaki,

Harganya bila diconvert ke duit kita mungkin murah sedikit. Arcopal banyak bunga baru. Yang penting, ianya ringan dan lasak.

Ayu Fairuz said...

salam perkenalan zlaa.
nice blog.. sy tgh cari koleksi arcopal.. huh..rs nk luruh jantung tgk gambar2 ni.. hehe.. seronoknye dpt shopping kt sana..
-ayu, batu caves, selangor

Anonymous said...

Askm.kak zlaa, cantiknyer pinggan2 tu..kawan saya kat cardiff beli 40pound satu set. so kalu nak mintak tolong beli boleh tak..atiy dari terengganu