Monday, February 23, 2009


Kyber Pass - antara kedai makan Pakistan yang ada di sini

Alhamdulillah, walaupun tinggal di negara bukan majoriti umat Islam, kami tidak sukar mendapatkan makanan halal. Jika kebuntuan atau jemu menjamah makanan masakan sendiri, masih ada pilihan makan di luar. Pelbagai kedai makanan halal ada di daerah kami tinggal. InsyaAllah, jika ada yang tersesat ke sini, pasti tidak akan kebuluran. Makanan popular adalah makanan kebiasaan rakyat Pakistan. Ada roti nan, kebab, salad dan nasi. Kebab ayam dan kambing paling popular.


pilihan nasi dan pelbagai kari

ayam panggang dan lamb kebab panas-panas

kebab dan salad

Di sebelah kedai Kyber Pass ini ada pejabat pos. Macam-macam urusan boleh dilakukan di sini, urusan menghantar surat, memperbaharui 'road tax' kereta, lesen TV, lesen memancing, lesen kereta semuanya ada. Paling istimewa pejabat pos ini juga menjual frame ayat-ayat suci Al Quran.


Pelbagai frame ayat-ayat suci Al Quran dijual di dalam pejabat pos ini

Cantik-cantik frame ini. Suka saya melihat suasana ini di sebuah bandar kecil di England.

Tuesday, February 03, 2009

Welcome snow 2009



Di kala tempat lain mendapat hujan salji di musim dingin, Nottingham jarang mendapat salji yang betul-betul lebat. Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 20 tahun Nottingham tidak pernah menerima salji tebal, minggu ini kami menerima salji yang sangat lebat. Salji putih, lembut seperti kapas menyelubungi persekitaran kami. Sana sini hanya warna putih. MasyaAllah indah sekali...


suasana depan rumah

salji di padang Forest