Monday, February 23, 2009


Kyber Pass - antara kedai makan Pakistan yang ada di sini

Alhamdulillah, walaupun tinggal di negara bukan majoriti umat Islam, kami tidak sukar mendapatkan makanan halal. Jika kebuntuan atau jemu menjamah makanan masakan sendiri, masih ada pilihan makan di luar. Pelbagai kedai makanan halal ada di daerah kami tinggal. InsyaAllah, jika ada yang tersesat ke sini, pasti tidak akan kebuluran. Makanan popular adalah makanan kebiasaan rakyat Pakistan. Ada roti nan, kebab, salad dan nasi. Kebab ayam dan kambing paling popular.


pilihan nasi dan pelbagai kari

ayam panggang dan lamb kebab panas-panas

kebab dan salad

Di sebelah kedai Kyber Pass ini ada pejabat pos. Macam-macam urusan boleh dilakukan di sini, urusan menghantar surat, memperbaharui 'road tax' kereta, lesen TV, lesen memancing, lesen kereta semuanya ada. Paling istimewa pejabat pos ini juga menjual frame ayat-ayat suci Al Quran.


Pelbagai frame ayat-ayat suci Al Quran dijual di dalam pejabat pos ini

Cantik-cantik frame ini. Suka saya melihat suasana ini di sebuah bandar kecil di England.

13 comments:

MAMAMIA said...

Siapa agaknya owner Post Office tu?

Certain parts of Notts ni dah jadi macam Little Pakistan kan? Nasib baik jugak ada they all, senang for Malaysians nak cari halal food.

Nur said...

Salam kak..wah best kan, banyak pilihan untuk makan2..ala kak saya p jepun tahun 2004 masa tu time winter, program JPA n JICA, ala2 friendship program. Best tu post office,suka juga tgk frame2 tu,kat sini kedai pakistan banyak yang jual macam tu. Tak lama dah kak nak balik cn. Salam buat semua

en_me said...

cantikknyerr khat jawi tewww.. hi zlaaa tewww, salam dr me dikejauhannns

mrshenri said...

alamak rindu arrr kat kebab. nanti akak g desi, tolong makankan chicken berhari dan manggo lassi... slllrrrpppp....

cikMilah said...

Islam tersebar ke serata pelusuk dunia. Alhamdulillah...

MULAN said...

waaahhh sis, senang sangat tu.. dengan halal food & p/o yg pelbagai service nya... ngidam pulak kebab tu..

oldtown~Smell the Roses said...

Salam kenal,
Nampak best makanan2 tu.

Nani said...

cam best kan sbb senang nak dpt makanan ala2 kt sini(makanan mamak)..tak delah makanan barat je..pd saya makanan barat ni cam blur..sekali sekala ok la...

bila balik Mesia?

ZLAA said...

mamamia,

Ownernya sudah pastilah orang Pakistan. Memang tempat ini dah jadi Little Pakistan. I suka sebab mudah mencari barangan halal.

Nur,

Salam. Frame u kat tempat kita pun banyak. Tetapi kagum di sini sebab dijual secara public kepada orang ramai. Maklumlah ini bukan negara Islam.

ZLAA said...

en_me,

Alhamdulillah. Cantik. Lagi cantik jika diamalkan.

mrshenri,

Okay, boleh saja kalau nak tolong makankan.. Kami dah pandai buat mango lassi sendiri. Sedap...

ZLAA said...

cikmilah,

Alhamdulillah, di sini kita bebas beragama. Kadang-kadang seronok tengok tempat di sini makin pesat perkembangan agama kita.

Mulan,

Ya,ngidam kebab ke? Ada apa-apa ke?

ZLAA said...

old town smell roses,

Salam kenal. Jemput datang lagi.

nani,

Makanan barat tak banyak pilihan. Cepat jemu. Makanan Pakistan pun.. Tapi ni je lah pilihan yang ada.

z said...

kak zila,
saya teringin sangat nak ke tempat akak.huhu
-najah-
http://raiyanz.blogspot.com