Friday, March 13, 2009

Menulis : peringatan buat diriku..


Saya membaca blog UZAR (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) dan berjumpa dengan satu kata-kata nasihat. Amat menarik rasanya bagi saya. Kata nasihat itu adalah:

Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu.
Orang cerdik menulis tentang peristiwa.
Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'.
Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Kategori manakah aku menulis??
credit image from mbgrigby's photostream

20 comments:

Kak Elle said...

alamak kena tulis pasal orang lain eh....hehehehe

ZLAA said...

He..he.. Kak Elle.. tu la...Sekadar peringatan. Banyak yang kena batang hidung sendiri.. hu..hu..

MAMAMIA said...

Kalau 'All of the above' boleh????

Suria Kelang said...

zlaa...saya ni termasuk orang yang bodoh le!!! sebab tulis pasal diri sendiri...aduh. sedihnya!!!

ZLAA said...

mamamia,

Boleh saja kalau nak masuk dalam semua kategori..

Suria Kelang,

Depends lah menulis yang bagaimana.. kalau menulis tentang diri sendiri yang boleh membawa manafaat kepada orang lain lagi bagus kot, dari menulis tentang orang lain yang menyakitkan. Betul tak?

mrshenri said...

alamak, kena berhati-hati menulis ni. takmo masuk kategori bodoh. maybe ok kalau kita tulis ttg diri sendiri tapi yg kita rasa ceritanya tu boleh memberi maklumat yg memanfaatkan org lain ek. utk org diperantauan pula saya rasa takpe cerita ttg diri sendiri. sbb cerita-cerita tu sumber untuk keluarga dan kengkawan di tanah air utk melihat perkembangan para perantau sekelian.

ZLAA said...

Izan mrshenri,

Alamak..kontroversi lak pulak entri kali ini. Actually akak tulis ni untuk peringatan diri sendiri bila nak menulis. Intrepretasi dia boleh jadi macam-macam bergantung kepada apa kita nak sampaikan.

Menulis tentang diri sendiri dan apa yang kita lalui sebagai satu cara nak menyampaikan maklumat juga sesuatu yang dapat memberi manafaat. Menulis tentang diri sendiri tapi tidak dapat memberi manafaat pada orang lain itu mungkin satu kerja yang sia-sia. So kita cubalah menulis tentang diri kita yang boleh memberi manafaat pada orang lain.

Ini sekadar peringatan. Bagus juga kalau kita dapat berkongsi utk tingkatkan level kategori mana kita menulis. Betul tak?

silversarina said...

Akak kategori yang last sebab memang itu hidup kita buat apa nak tulis kisah orang lain , kisah kita sendiri takkan habis nak diambilkira.

ZLAA said...

Silversarina,

I pun rasa I menulis banyak termasuk dalam kategori last tu.. Nak menulis di dalam kategori pertama tidak ada ilmu yang nak disampaikan. Nak menulis tentang peristiwa dan orang lain, kurang arif tentang sejarah. Last-last kategori ke empat lah. Tapi, harap2nya biarlah walaupun kita menulis ttg diri sendiri dapat juga memberi manafaat pada org lain.

noorzie said...

Hmm..orang bijak pandai memang kaya dengan falsafah dan mahir berkata2.

Pada pendapat saya pula..walau apa intipati penulisan sebenarnya bergantung kepada nawaitu. Baik pada seseorang tidak semestinya baik kepada individu yang lain pula.

Seandainya penulisan dan karya yang dihasilkan tidak memudaratkan iman dan memberi kepuasan diri maka tiada apa yang perlu digusarkan.Tambah lagi penulisan dan luahan hati atau apa jua bentuk penulisan merupakan satu bentuk senaman minda.Jika pembaca suka mereka akan terus membacanya dan jika tidak suka...tutup mata ..klik..a.k.a buka blog/halaman yang lain.

Saya suka membaca apa yg ditulis oleh Zlaa..bahasa dan penceritaan saling bertaut..smooth, hidup dan berwatak..(wahh..bagi credit ni!)

Terus mencoret..ok..tak kira apa topik!Dan Tak kiralah dalam kategori mana ia dinobatkan..yang penting..penulisan kita ikhlas...!

MofiR said...

Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa.Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

kena fikir balik nie... memang sungguh berbisa ayat nie...

huhu

mummyiris said...

thanks k.zlaa kerana membuka mindaku untuk berfikir tentang matlamat penulisan... tapi kak, biasanya saya menulis ttg diri saya, tapi selalunya dalam penceritaan saya pasti ada individu lain yang terlibat, so dalam kategori manakah saya? :)

nor said...

Salam perkenalan.. like to add ur blog..tales of phd in my blog.. like to read it..jomlah singgah rumah kita

ummufawwaz said...

mcmana pulak halnya dgn tidak termasuk mana2 kategori???
bijak pun tak, pndai pun tak..bodoh pun tak..

hanya jauhari yg mengenal manikam..

ZLAA said...

noorzie,

Betul tu. Apa-apa pun atas nawaitu kita. Kata-ata nasihat ini sekadar panduan. Terpulang samada mahu menerima atau tidak dan juga bagaimana kita meninterpretasikannya. Saya suka kata-kata nasihat ini walaupun berbisa sebab ianya mengingatkan akan tujuan kita menulis.

Terima kasih atas kredit. Ni yang buat semangat nak menulis sebab ada orang nak baca.


Mofir,

Memang berbisa dan terasa. Hu..hu.

ZLAA said...

mummyiris,

Eee..rindunya pada MummyIris sekeluarga. Jgn terasa pula dengan kata-kata nasihat ni. Ianya sebagai panduan dan mempunyai banyak maksud.

Teruskan menulis dan menulislah dengan selesa. InsyaAllah setiap apa yang kita tulis akan memberi manafaat, banyak atau sedikit manafaat saja yang menjadi beza.

ZLAA said...

nor,

Salam perkenalan. Tinggal di UK juga ya? Terima kasih kerana sudi add. InsyaAllah bila saya ada masa, saya add juga link Nor.

ZLAA said...

ummufawwaz,

Tak mau masuk mana2 kategori boleh sahaja. Tapi akak rasa awak elok masuk kategori tukang plan tempat jalan, tukang masak kami.. hi..hi.. jgn marah.. Sedap sup tulang tadi. Esok bekal g school akak gerenti bawa kari kepala ikan tu.. Tima kacih byk2 sudi ajak makan selalu.. Nanti akak suruh abg goreng mee goreng mamak lagi...

mummyiris said...

huhuhu mee goreng mamak pakdin! ni yg takleh tahan dgr nie... rindu ngan kuew tiau goreng udang pakdin!... cepat sket balik kak! boleh serang umah akak lak...

alqasam said...

Oh, so scary. Really.

*Going back to ponder.

p/s: Apakabar kak? *HUGS