Thursday, May 07, 2009

Tiap kali ke car boot sale, saya suka mencari buku. Kadangkala buku-buku tersebut sekadar membalas dendam sewaktu kanak-kanak dahulu. Sewaktu kecil, saya gemar membaca buku-buku Enid Blyton. Saya geram setiap kali ke library sekolah sewaktu di sekolah rendah dahulu. Bersusun buku-buku karya Enid Blyton. Nak dipinjam untuk dibawa balik tidak pernah diizinkan. Hanya boleh membaca jika slot perpustakaan ada. Maka, apa lagi di sini saya lepas geramlah... Dah lah banyak di car boot, murah-murah pula buku di sini, 20 pence, 50 pence dan kadang-kadang satu set boleh dapat hanya £1, £2. Mana tak geram..

Koleksi kulit tebal - saya masih membaca pada waktu makan di rumah berulang kali terutama siri penyiasatan Goon vs Fatty and gang.

The mystery collection

Set Secret Seven ini dibeli dengan harga yang cukup murah.

koleksi Enid Blyton ini untuk anak-anak kecil

Ingin sekali jika minat saya ini diikut anak-anak. Penuh harapan jika kadang-kadang bercerita tentang siri-siri karya Enid Blyton ini kepada mereka. Tetapi nampaknya anak-anak saya kurang berminat. Mereka lebih berminat menbaca siri Harry Porter, Roald Dahl dan paling terkini suka benar mereka dengan siri Horrid Henry.. Rupanya tidak mudah mempengaruhi anak-anak suka apa yang kita suka....

Ini sebahagian koleksi siri Harry Porter anak-anak saya

Koleksi Roald Dahl

Koleksi Horrid Henry karya Francesca Simon

26 comments:

Kak Elle said...

oh wow bolih buka library ni...hehe

teratakmuslaily said...

kak, kalau ada lebihan collection leh jual kat mummyiris tak? hehehe..

cikMilah said...

Mmg geram buku-buku comel gitu...noltalgic kan, Enid Blyton ni...

silversarina said...

Bestnya beli buku2 tu dengan harga yang murah.

Anak2 ni memang dah semakin kurang baca buku yang pernah kita baca sebab zaman dah lain , syukur mereka masih minat membaca, itu yang penting sekali.

are you said...

enid blyton x begitu glamer pada anak2 zaman skrg.

zaman2 kita saja enid blyton cukup famous. saya mmg suke bc tulisan enid blyton. tiap kali membacanya siap dengan berangan sekali menjadi seperti mereka. hehehe...

Nur said...

Salam kak..wow banyak buku, enid blyton teringat zaman sekolah dulu2. Kak sihat ka? kami di sini sihat, sekarang dah hujan di sini.
Salam buat semua

ZLAA said...

Kak Elle,

Entri ni gara-gara bahang KLIBF. Nak juga join cari dan simpan buku.

teratakmuslaily,

Kalau ada lebih, no problem, boleh saja.. Rindu aa kat semua.. Sihat ke? Sekarang ni busy sangat.. nak update blog pun tak sempat tapi sempat lagi jalan-jalan.. hehe..

ZLAA said...

cikmilah,

Seronok cerita-cerita Enid Blyton ni.. Saya paling suka cerita Six Cousin dia. Tapi siri tu hanya ada 2 siri. Baca tak jemu-jemu. Anak-anak sekarang kurang berminat, padahla sesuai ja dgn anak-anak.

silversarina,

Memang murah Kak Rina. Ikut hati rasa nak borong tapi space kat rumah ni sangat limited. Begitu juga rumah kat Malaysia nanti. Banyak-banyak sangat beli pun bimbang-bimbang tak ada yang membacanya.

ZLAA said...

are you,

Salam. Lamanya tak bersua di alam cyber. Sihat ke? Akak pun kalau baca buku Enid Blyton selalu rasa macam duk dalam cerita tu..

Nur,

Apa khabar? kami sihat-sihat saja di sini. Enid Blyton ni zaman kita famous tapi sekarang ni nampaknya kurang.

mrshenri said...

Bestkan dapat beli buku murah2 kat carboot. Saya bawa balik lebih kurang 400 buah novel. Cuma lebih kurang 100 (maybe less) jek yg saya simpan. Yang lain saya hantar ke perpustakaan desa. Dapat orang lain baca. Miss betul nak collect buku lagi.

mummyiris said...

kak, kecik2 dulu saya mmg collect buku enid blyton tapi suma yg bahasa melayu.. 7 penyiasat, 5 sekawan.. siri2 penyiasatan suma saya baca, yg hardy boys ker yg penyiasat pompuan tu ker.. (siri salma ke apa ntah... lupa lak nama dia...) best gak kan kalau dpt baca yg english nyer.. tak smpt la kak nak collect hari tu.. hukhukhuk...
kami suma kat sini sedang diserang batuk dan selsema termasuk si comel iris.. cikmus lak sedang sakit sakit perut, sebu, senak dan ntah apa lagi istilah tak tau nak cakap... dah seminggu dah...
takpe kak, sementara ada kat sana, puaskan jalan jalan tau! kat sini nak jalan2 sangat tak lalu, panas panas hehehee...

ZLAA said...

mrshenri,

Banyak betul dapat collect buku. Sekarang ni akak selektif sikit cari buku sebab rumah tak ada ruang. Best juga kan kalau dapat donate buku..


mummyiris,

Zaman kita dulu popular buku-buku macam ni lah. Nancy Drew kot yang Laily tak ingat tu..

Kesian Mus, baca kat blog Laily. Tengok dia pun macam dalam kesakitan. Dah okay ke sekarang ni?
Yang lain-lain dah okay ke? Akak tunjuk coretan Liyana pada Khadijah. Sedih Ijah. Dia kata 'I miss Liana very much'.

Dalam Dakapan Ibu said...

Salam Zlaa,
Bestnya dapat buku2 tu.. at a good price pulak tu.

I used to buy 2ndhand books kat Payless. Tapi sejak makin kurang branches dia, I terpaksa la beli yg baru punya. Teringat masa kat US, buku2 semua murah. Masa student, I worked in a bookstore, jaga bahagian price change utk offer books. Apa lagi, I got all the choices to myself. Gila beli buku..hahaha!

MULAN said...

waahhh.. murah nya. kalau dapat mesti soping banyak ni..

ZLAA said...

Dalam Dakapan ibu,

Kalau ikut hati memang gila membeli Ja. Tapi mengenang kan space fikir banyak kali juga.

How's everything? Anak2 sekolah okay ka?

Mulan,

Kalau siapa gila baca buku memang gila shopping. Murah-murah dan banyak pilihan.

mummyiris said...

kak, sian liyana.. dia kata dia miss horrid henry hahaha... kak, bila la agaknya liyana leh sleep over lagi ngan ijah yea?...

yus said...

zeelah,
bestnya Enid Blyton! agaknya kalau I kat sana, I pun jadi mcm you; buat collection Famous 5 tu.Hard cover lagi.. memang nostalgia habis. I dulu kan ka Librarian masa darjah 6.Semua buku2 baru yg sampai utk library I bawak balik mentelaah kat rumah dulu sampai puas hati,termasuk Noddys collection.hahhaha..
Kalau you takdak tempat nak display buku2 tu semua, hantar mai kat Changlun ni. I sudi buat library kat rumah I ni utk you. hahahah...

yus said...

Zeelah, on second thot, please please please tolong belikan I serba satu siri enid blyton, I mean one of the Famous 5, one of Goon vs Fatty, and the like. alahai...kecuq ayaq liyug la duk ternampak koleksi you tu...nanti you balik, I bayag la berapa pun you nak charge, serious ni. err..jangan caj harga tiket kapalterbang sudahla... :)

ZLAA said...

mummyiris,

Sana tak ada ke Horrid Henry? Next year InsyaAllah, bolej dia org sleep over..hehe..

ZLAA said...

Yus,

I'll try my best. I la ni sgt kurang pi carboot... Kalau I pi, dan adalah buku2 tu, I akan belikan. Sebab di carboot ni, nasib-nasib ada buku2 tu..
Anyway, nanti I tengok2kan..

So, how's life? Hopefully everything is okay for you kat sana..

yus said...

thanks Zeelah...(dgn penuh harapan!) I kat sini okey.hari2 duk polish tangga rumah nak sambut zeelah mai rumah I... :)

ZLAA said...

Yus,

Tangga rumah you tu dah siap kan? hehe..

yus said...

siap, siap dah...takut tak bersinar-sinar pulak nanti kalau you mai. tu la kena polish hari2..heheh..jgn tanya kuat2, nanti satu denia tau ni..heee..malu dong!

ZLAA said...

Yus,

InsyaAllah I pi nanti. Memang rindu nak jumpa you pun.. Sori for not being able nak actively participate in our yahoogroup right now.. Sibuk ntah apa-apa..

keri said...

salam kak.
suruh laa diorang bace buku tu.
nak mula memang susah, skali bace sure diorang jatuh cinta. heheheh.

nak wat cam mane taste diorang buku lain.
saye pon layan gak enid blyton zaman kecik dlu. tapi yang translate ke BM laa.

start2 bace buku english ble masuk skolah menengah, mase tu daa jarang jmpe enid blyton yang english.
mama saye pon slalu sebut.

skarang still gile membaca, taoi harry potter, john grisham, steve barry and dan brown' turn.

keri said...

haa.. cni susah cari car boot.
kalu ade pon, takde buku english kot.
so ebay ngan amzon ;aa jawabnye..
mahal sket, tapi still agak murah, around 3€ skali ngan delivery.

buku biografi pemain bola pon layan.