Thursday, June 04, 2009

A day outing to London

Bunga-bunga berkembang di musim bunga

Di kala 5.34 petang, otak saya sudah tidak mampu berfikir. Letih....

Minggu lepas, anak-anak bercuti half term seminggu. Kami tidak ke mana kerana 2 orang anak bakal menghadapi peperiksaan. Lagipun kami sudah agak jemu berjalan di dalam UK kerana semua tempat di sini hampir sama. Mana-mana tempat akan ada hampir benda yang sama, castle, bridge, rangkaian kedai yang sama.. , seperti juga di Malaysia, jika kita ke Jusco, Tesco, Giant semua barangan adalah hampir sama.. kdg2 jika asyik benda yang sama pun muak juga kan??

Walaubagaimanapun, kami akhirnya melakukan juga 'outing', a day trip to London.. trip kali ini kami merancang tidak melawati tempat tarikan utama Kota London. Trip kali ini yang biasa-biasa, seperti mana jika kami di Kuala Lumpur, akan ke Jalan TAR pada petang Sabtu, ke Sogo, Globe (sudah tidak valid mungkin), Kamdar, makan-makan di Insaf Beriani, ronda-ronda pasar malam Jalan TAR, Jalan Masjid India, ke arkid Ibukota yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan dan ada kalanya pekena nasi kandar di depan Sogo. Setiap kali waktu solat kami tidak lupa solat di Masjid India yang tidak pernah putus dengan manusia yang tumpang bersolat di situ.

Maka, outing kami kali ini simple sahaja, we don't go on a sightseeing tour bus di dalam Kota London, sebaliknya kami mengambil underground train (tube) untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. We don't go for big Ben, Trafalqar Square, London Eye, Tower Bridge or Buckingham Palace. Kami hanya pergi ke satu dua tempat yang biasa-biasa sahaja.

Hasif di dalam tube

Oxford Street - kawasan membeli belah terkenal di London. Di Oxford Street ini kami berkenalan dengan pasangan dari Malaysia yang baru bersara, sudah sebulan mengelilingi Eropah dengan Global Pass InterRail.

Portobello Market - penuh dengan barang-barang antik..


Bayswater - penuh dengan kedai makan, kedai cenderahati
berehat menghilangkan lenguh kaki

Malaysian Hall - kami lunch dan solat jamak Zohor dan Asar di sini. Suraunya sungguh selesa. Terasa rindu sungguh dengan suasana di Malaysia.

Hidangan tengahari kami, sambal tumis udang petai, sambal belacan, ikan keli berlada, asam pedas patin, sambal mussels, sayur campur. Lazat..

Rehat-rehat di Kensington Garden selepas lunch.

Akhirnya pulang ke tempat parking kereta di pinggir Kota London. Anak-anak masih bertenaga bermain di shopping complex walaupun seharian menyusuri Kota London.

Jalan pulang.. sudah hampir 9 malam, tapi matahari masih menyinar.

7 comments:

Epelijau said...

Salam Kak Zlaa..
Hmm...terasa nak jejak kaki ke London sekali lagi...hihihi....portobello road tu hari sabtu ada market...kalau nak beli ayam pun dulu ke sana...murah berbanding tempat lain...hihihi

ummufawwaz said...

alahai kak..tk sabr nk pi mkn kat mesian hall..huhu..
cair tgok lauk..

Dalam Dakapan Ibu said...

Zlaa dear,
Syoknya outing dgn family! The kids must have enjoyed it.

Hasif pun dah besar. Bila mak depa nak balik cuti??

Nur said...

Salam Kak..oh mesti ingat pincok,sedap tu. Dulu2 selalu makan, la ni anak2 dah tak pandai. Tuk ada lagi, masih sihat. Mak n Ayah pun masih sihat. Tengok gambar London..teringin nak pi sana..tungguuuu nak pi Haji dulu. Tak lama dah kan kak nak balik. Nanti balik mai la jalan sini. Saya start 1hb Julai mula kerja di Alor Star pulak.

ZLAA said...

Salam Epelijau

Rinndu pada London? Kami yang bukan base di London pun suka nak pergi London. Sekarang ni dah senang pergi day trip, rasa mudah pulak nak sampai London.


ummufawwaz,

Ala..lauk ummufawwaz masak pun sedappp...

Psst.. masak lemak cili api ketam menjadi-lah, tak sesia minta resepi semalam..

ZLAA said...

Dalam Dakapan Ibu,

Memang seronok outing dengan anak-anak. Macam-macam kerenah.. And actually bila depa dah besar ni rasa more fun sebab rasa sgt kita ni dah 'outdated'. U okay?

Nur,

Pi la buat kerja haji dulu. Dah beres tuntutan tu barulah menabung utk tour tempat-tempat lain pula. AirAsia pun dah murah la ni..

teratakmuslaily said...

uuuuuuu teringinnyer nak jejak kaki lagi ke london, lom puas lagi ronda2 london!!!...
(p/s asyik search air asia ke london je sejak balik... tapi, ntah bila nak book.. bila balik sini banyak nak pakai duit ler kak... huhuhu...)