Saturday, August 15, 2009

Bertuah manusia bernama Asri ini bilamana orang yang tidak beliau kenali pun mengalirkan airmata mengenangkan pemergiannya.

Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: “telah tetap!”. Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : “telah tetap baginya.” Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : “Apa yang telah tetap itu?” Nabi menjawab: “Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi,” - (al-Bukhari dan Muslim ).

AlFatihah buatmu Asri. Moga ditempatkan bersama para solihin. Moga tinggalan suaramu menjadi amal soleh yang menemanimu di alam sana.


4 comments:

silversarina said...

Betul tu,akak sendiri bila dapat tau pemergian arwah, terus akak kata syurga buatnya sebab terlalu banyak jasanya pada bidang dakwah semasa hayatnya.

Mimiamilia said...

kak zlaa,
org yg baik tu..kalau mati pun org ingat yng baik2 jer pasal dia..semoga syurga untuk dia.insyaAllah. (tgh dgr lagu yg sama bila bukak blog akak)

SevenDrops said...

Zlaa,

You balik Malaysia? Tak sempat jumpa... anyway, selamat berjuang... cahaya ada dihujung sana

ZLAA said...

Silversarina,

Saya sedih betul bila dengar pemergian arwah. Bila dengar nasyid dia, mengalir airmata. Senyum dia pun boleh tahu arwah seorang yang sangat humble.

mimiamilia,

Betul kan? Orang baik2 ni selalunya Allah akan jemput awal.

SevenDrops,

Balik sat hari tu uruskan sekolah Qutub. Memang tak sempat jumpa ramai orang pun sebab sibuk menguruskan sekolah dia. Alhamdulillah dah settle. You sihat ka? Anak-anak ok ka sekolah?