Thursday, September 03, 2009

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini disambut sederhana bagi kami di sini. Tiada kemeriahan Pasar Ramadhan mahupun kekalutan berkejar ke masjid untuk menunaikan solat terawikh. Kami berpuasa anggarannya adalah 16 jam. Bermula berpuasa sekitar 4 pagi dan berbuka sekitar jam 8 malam. Cuaca hampir musim luruh membuatkan kami tidak terasa letih berpuasa di sini. Alhamdulillah, tetapi kalau berpuasa musim sejuk tentu lebih enak lagi bilamana permulaan berpuasa sekitar jam 6 pagi dan berbuka sekitar jam 3.30 petang.

Seronok sebenarnya berpuasa di tempat orang. Saya masih ingat kalau di Malaysia, saya pernah merasa berpuasa di banyak negeri. Antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan tentunya di negeri asal sendiri, negeri Kedah Darulaman. Antara rutin kami adalah menziarahi Pasar Ramadhan di tempat-tempat itu, bukannya apa, seronok meraikan peniaga-peniaga yang antaranya baru mula-mula nak belajar berniaga.

Tetapi di sini sangat berbeza. Kalau teringin nak makan sesuatu, terpaksalah masak sendiri. Kadang-kadang jika bernasib baik, dapatlah rasa yang dihajati, tetapi jika tidak, nampaknya gigit jarilah. Masak untuk berbuka di sini pun simple-simple sahaja.

Antara menu simple berbuka puasa kami adalah nasi ayam. Cukup mudah dan ringkas. Bukannya susah mana pun nak buat tapi kenapalah jika ke Pasar Malam dulu-dulu, asyik-asyik nasi ayam yang saya cari.

Sabtu baru ni, saya mencuba resepi nasi kerabu buat pertama kalinya dalam hidup. Ini akibat tidak puas makan bila hari sebelumnya saya menempah nasi kerabu Zihan Wan Hazli dari warung online isteri-isteri (http://warungnotts.blogspot.com/) yang mengikut suami belajar di sini. Kemasyhuran nasi kerabu mereka sudah lama saya dengar. Rupanya memang betul-betul sedap. Sambal kelapa, solok ladanya mempunyai kemanisan yang original. Nasi, daging bakar dan sambalnya was just perfect. Puas kami menambah gula untuk meniru hasil masakan mereka namun apabila tiba masa untuk dirasa masih tidak seperti nasi kerabu mereka. Hmm..mungkin gula yang kami masukkan belum cukup atau ada rahsia lain yang kami tidak tahu. Tetapi apa yang kami banggakan adalah telur masin buatan sendiri sangat menepati citarasa kami yakni tidak terlalu masin, sedang-sedang saja.

Kuih muih pula jarang kami masak kecuali yang paling simple, resepi pisang aroma yang diajar oleh seorang rakan saya di Plymouth. Hanya balutkan pisang di dalam kulit popia dan goreng. Jika mahu sedap lagi, balutkan pisang dengan cheese. Kerapuhan kulit popia dengan kemanisan pisang ditambah dengan cheese yang cair di dalam mulut sangatlah enak. Voila.. ianya faveret saya...

Kadang-kadang kami ada juga menempah kuih muih dari warung online, seperti baru-baru ini kami menempah dadih. Pelbagai perisa seperti jagung, strawberry, susu dan coklat. Berperisa sungguh. Hilanglah sedikit rindu kami pada Pasar Ramadhan di sana.

Salam Ramadhan dari saya. Mudahan kita memanfaat sebaiknya Ramadhan yang hadir pada tahun ini.

23 comments:

silversarina said...

Salam buat semua di sana.

Bila di rantau orang , makanan hasil masakan sendiri memang pasti ,menyelerakan , Alhamdulillah.

Epelijau said...

Salam Kak...
InsyaAllah banyak kali cuba akan jadi juga. Kalau mertua saya, masak apa2 bukan letak gula putih..letak nisang (manisan yang dibuat dari nira kelapa). Manisnya bukan manis gula biasa..ada rasa lemak berkrim sket...hihih :)
Selamat berpuasa kak!

Dalam Dakapan Ibu said...

Zlaa,
Nak try lah you punya goreng pisang+cheese+kulit popia tu.

Cuba tengok Linda n the gang punya resepi in yahoogroup. Macam sedap n mostly simple ones.

Selamat berbuka no...

cikdinz said...

meriah nya masakan...

teratakmuslaily said...

miss your nasik ayam!!!!

ummu Masyitah said...

assalamualaikum,
salam ramadhan ya.seronoknya dapat memasak kan...

ZLAA said...

Silversarina,

Salam Ramadhan Kak Rina. Alhamdulillah setakat ni masih sedap masakan sendiri walaupun tak adalah sesedap mana pun. Syukur pada nikmat makan yang Allah kurniakan.

Epelijau,

Salam Ramadhan. Hmm.. ye ke itu rahsianya? Boleh dicuba sekali lagi. So, how's life sekarang ni?

ZLAA said...

Dalam dakapan Ibu,

Salam Ja. Try la resipi ni but I suggest you try with/without cheese. Buat 2 version, sebab anak2I tak semua suka letak cheese. Its very simple actually. Kuih org penyegan.

Kat mana Linda & gang punya resepi. You mean yg kuih melayu tu ka? So many mails dan I tak sempat baca all. Lately byk pula mail SAS_gals. Best baca tapi kadang2 tak dan.. Nanti nak kampoi balik. You raya mana tahun ni?

ZLAA said...

cikdinz,

Makan memang best. Salam Ramadhan.

ZLAA said...

Teratakmuslaily,

Akak lagi miss Laily punya masakan. Nasi lemak, roti jala, mee jawa, asam pedas..etc.. Bila lah dapat jumpa lagi ya?

ZLAA said...

ummu Masyitah,

Salam Ramadhan. Memang best dapat masak tapi lagi best makan apa yang orang masak kat kita...

yus said...

zlaa,
hi...lamanya tak singgah sini.
baca ttg pisang goreng kulit popia tu rasa curious nak cuba. guna pisang apa pun takpa ka? pisang raja tentu best, nu? you punya nasi ayam nampak best saja. nanti balik m'sia mai tolong masak kat I! hahahha. "makan apa yg org masak kat kita bukankah lebih terasa sedapnya...?" LOL...

ZLAA said...

Yus,

Rasanya lepas ni you akan rajin singgah sini kot... Maklumlah dah bestfriend dgn Maxis.

Nasi ayam? boleh ja I masakkan. Masakan paling simple dan senang. Tryla pisang aroma ni, sedap. The crunchy part + the sweetness of the banana tu memang ummph.. Katanya ni resepi dari Indonesia.. Guna pisang hak manis-manis sikit.

Makan apa yg org masak utk kita memanglah best.. Setuju tak?

cahaya said...

wah akak..dah pndai msk nasi kerabu pasni..jgn mkn sorang2 tau...calling2lah jiran tetangga...dpt kami tumpang kenyang...ahaks...

Nur said...

Salam kak...selamat berpuasa. Saya tak buat lagi nasi ayam...asyik nasi putih je. Kirim salam pada semua di sana.

yus said...

Zlaa,
Nasik ayam tu memangla I biasa buat, sampai helper I pun lepas I ajar dia, nasi ayam dia lagi sedap dari I punya.hahaha..kes pagar pandai jaga padi ni...
saja teringin rasa nasi ayam you pulak...

qutub said...

amboi.....
sedapnya
qutub dok kt sini pon x mkn cmtu hehe

ZLAA said...

Qutub,

Betulkah Qutub di sana makan tak best? Betui ka ..betui ka?

Umi dgr gulai ikan keli dengan ubi keledek pun meleleh air liuorq...

Enjoy your Ramadhan there..

teratakmuslaily said...

hehehe qutub mesti dah rindu ngan fmly kt uk ni! kan qutub kan?.. ummi dah susah hati tu dengaq qutub tak makan sedap sedap kat mesia...

kak, mana mungkin kulupa 1st time bertandang ke rumah akak, 1st time mengenali akak, dan 1st time melepak kt umah akak, menunya ialah nasi ayam!... (pinjam kete akak gi amik wardrobe satu pound!!!)

Anonymous said...

Salam K.Ila

Salam Ramadhan....
tarawikh kt mana?hehehhe
dekat negara org kene masak sendiri eh?ok la tu...nanti balik mesia leh g rumah....

Qutub dok mana lak ler ni akk?

Raya kt sana lg ke akk thn ni?

~Nani~

ZLAA said...

Teratakmuslaily,

Qutub makan lagi sedapla Laily. Pasar ramadhan ada, rumah tok dia ada. Cakap saja nak makan apa kat tok dia, gerenti dapat. Tak cakap pun, tok dia prepare apa yang dia suka makan.

ZLAA said...

Nani,

Lamanya tak dgr berita. Sihat ke? Kami terawikh di rumah saja. Masak simple2 saja tapi kalau balik sana nanti, entah2 beli saja..

Hari tu Julai, hantar Qutub balik M'sia sekolah di sana, prepare utk SPM tahun depan. Dia nak buat SPM.

Tahun ni beraya di sini lah..jemput la dtg rumah :)

alhan said...

sedaplah akak resepi kuih penyegan tu. saya dah cuba semalam. cuma apa rahsianya nak elakkan kulit terbuka n cheese keluar dan melekit2 pulalah dlm minyak panas tu. saya mmg tak pandai masak bila nampak resepi simple ni yg sy teruja nak cuba. anak2 dan hubby saya suka. qutub balik sekolah di maktab mahmud ka? saya juga org alor setaq. moga akak dapat menyempurnakan pengajian akak dgn jayanya. sy pun dah pening nak masuk setahun dah phd ni. sat2 rasa nak quit, hehe...sat2 bersemangat. banyak betul cabarannya belajar bila dah tua(sy dah 33).