Thursday, October 22, 2009

Masak tempoyak ikan patin


Saya orang Kedah. Negeri Kedah tidak pernah popular dengan ikan patin juga tempoyak. Kalau di dalam keluarga kami di Kedah, hari-hari masakan wajib adalah kari atau kami kenali sebagai gulai. 'Not a single day' dalam hidup kami di negeri Kedah emak tidak masak kari. Asal sahaja balik kampung, bila buka tudung saji mesti ada kari, kari, kari dan kari...

Disebabkan saya banyak tinggal di luar negeri Kedah, akhirnya selera makan saya berubah. Kari kini hanya sekali sekala. Antara masakan yang saya suka adalah masak tempoyak. Dulu-dulu saya tidak pernah merasa 'confident' memasak masak tempoyak ini. Selalunya kalau masakan tempoyak tidak menjadi, 'fault'nya diletakkan pada tempoyak, kononnya tempoyak tidak asli, ianya dicampur pisang, atau juga 'fault'nya diletakkan pada ikan sungai yang hanyir, atau ikan sungai itu diternak, tak best.... Lebih sedap masak tempoyak jika di makan di negeri Perak dan di Pahang.

Sekian lama merantau, rindu kembali pada masak tempoyak, sementelah ikan patin dari Vietnam tidak sukar didapati di sini. Tempoyak pula, duriannya kami beli di kedai Asia di sini dan kemudiannya kami proseskan menjadi tempoyak. Hasilnya, beberapa kali saya masak tempoyak ikan patin. Rasanya kali ini, yours truly, memang dapat citarasa yang saya cari, tempoyak rasa 'pure', ikan patin Vietnam juga walaupun semasa dibeli keras kejung tapi terasa manis ikan patin ada di situ.. Pelik tetapi benar...

Resepi masak tempoyak ikan patin yang sangat mudah:

cili padi beberapa biji ditumbuk bersama garam
segenggam tempoyak, kalau nak pekat boleh tambah lagi
kunyit
asam keping
ikan patin beberapa potong
daun kesum
tomato (menggantikan timun)
air

Cili, tempoyak, kunyit dan air masukkan ke dalam periuk. Masak beberapa minit dan kemudian masukkan ikan. Masukkan daun kesum, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.

Setelah masak, makan bersama nasi panas. Alhamdulillah, nikmat Allah Taala..