Thursday, October 22, 2009

Masak tempoyak ikan patin


Saya orang Kedah. Negeri Kedah tidak pernah popular dengan ikan patin juga tempoyak. Kalau di dalam keluarga kami di Kedah, hari-hari masakan wajib adalah kari atau kami kenali sebagai gulai. 'Not a single day' dalam hidup kami di negeri Kedah emak tidak masak kari. Asal sahaja balik kampung, bila buka tudung saji mesti ada kari, kari, kari dan kari...

Disebabkan saya banyak tinggal di luar negeri Kedah, akhirnya selera makan saya berubah. Kari kini hanya sekali sekala. Antara masakan yang saya suka adalah masak tempoyak. Dulu-dulu saya tidak pernah merasa 'confident' memasak masak tempoyak ini. Selalunya kalau masakan tempoyak tidak menjadi, 'fault'nya diletakkan pada tempoyak, kononnya tempoyak tidak asli, ianya dicampur pisang, atau juga 'fault'nya diletakkan pada ikan sungai yang hanyir, atau ikan sungai itu diternak, tak best.... Lebih sedap masak tempoyak jika di makan di negeri Perak dan di Pahang.

Sekian lama merantau, rindu kembali pada masak tempoyak, sementelah ikan patin dari Vietnam tidak sukar didapati di sini. Tempoyak pula, duriannya kami beli di kedai Asia di sini dan kemudiannya kami proseskan menjadi tempoyak. Hasilnya, beberapa kali saya masak tempoyak ikan patin. Rasanya kali ini, yours truly, memang dapat citarasa yang saya cari, tempoyak rasa 'pure', ikan patin Vietnam juga walaupun semasa dibeli keras kejung tapi terasa manis ikan patin ada di situ.. Pelik tetapi benar...

Resepi masak tempoyak ikan patin yang sangat mudah:

cili padi beberapa biji ditumbuk bersama garam
segenggam tempoyak, kalau nak pekat boleh tambah lagi
kunyit
asam keping
ikan patin beberapa potong
daun kesum
tomato (menggantikan timun)
air

Cili, tempoyak, kunyit dan air masukkan ke dalam periuk. Masak beberapa minit dan kemudian masukkan ikan. Masukkan daun kesum, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.

Setelah masak, makan bersama nasi panas. Alhamdulillah, nikmat Allah Taala..

26 comments:

Mimiamilia said...

nyum nyum..sedap sedap...
dulu mak saya pun selalu masak kari sampai ayah naik jemu...huhuhu
(mak org kedah)

Epelijau said...

Salam Kak..
wahhh...sedap nampaknya. Kak..betul ke letak timun cina aka tembikai? Ke saya salah terms? Please advise. TQ :))

teratakmuslaily said...

hmmmmmmm my peberet... sejak kawen ngan en.mus baru pandai makan!.. sementelahan air tangan mak mertua pula tersangatlah lazatnya.. dok ngadap je berpinggan pinggan nasik! camne nak diet?.. huhuhu...

kak, air tangan ina kasrul pun sangatlah mabelesnye kak!... seb baik dpt merasa time pregnant ari tu! kalau idak 'ngences' la si iris... hehehe...

Nur said...

Kak..masak itu favorite kami sekeluarga tapi saya tak berani masak ikan patin takut hanyir..kena cuba niee...kuah mesti banyak kan boleh hirup dengan nasi. Kak kalau sambal tempoyak dengan petai rebus lagi ummph.

ummu masyita said...

wah ikan patin masak tempoyak.saya pun dulu tak makan tapi sekarang boleh dikatakan hari-hari,sebab ikan patin ni senang nak dapat kat tempat saya sekarang

silversarina said...

masak tempoyak memang sedap , malangnya dalam rumah tak ramai yang pandai makan ... kari kedah memang kaw ..eeemm.

are you said...

waduhhhh...sedapnye kak. one of my fave tu. sy pun mcm akak. org utara ni lauk harian lauk kari/gulai la ye. kena plak mcm sy org penang. mmg itu menu wajib tiap2 ari.

sekali sekala cuba menu lain mmg kaw! kaw!

:)

Lady of Leisure said...

salam ziarah..
saya pulak org perlis.. tapi sangat suka makan tempoyak.. lelebih lagi sambal tempoyak pucuk ubi..

btw, saya terjumpa blog ni masa search info mengenai switzerland..

salam perkenalan...

:)

Anonymous said...

ina kasrul salam,nyum...nyum..sodapnya kak.awat x antaq semangkuk kat umah kita..

Min said...

salam kak za...

ish, ni tak leh jadi... bebila nak mai leicester, bwk mai la seketui pun jadi la... kuah byk sikit, nak hirup... yummy!

cikdinz said...

betul lah. dulu duk kedah asyik jumpa kari je.

kak cahaya said...

akak..saya dah byk kali cuba makan gulai tempoyakni...tp belum bole terima tekak ni....

ZLAA said...

Mimiamilia,

Memang sedap :)

Memang, akak pun dah jemu.. Tapi kari sekali sekala bolehla..

Epelijau,

Ya, setengah sebut timun cina sebagai tembikai. Tapi setengah refer timun cina tu timun yang agak kecil-kecil yang selalu orang dalam masakan.

ZLAA said...

teratakmuslaily,

faveret akak jugak! Ina Kasrul masak mabeles ye? Nanti, akak minta dia masak. tapi bila lah tu ye?

Nur,

Petai rebus? huhu..kempunan.. Tapi kak perasan kalau area rumah Chik, rumah kak Li semua makan rebus2, atau kuah berair. Cuma rumah kami ja yang gulai kari hari2. Ya lah, ayah kak bukan asal orang situ. Mak ja pure orang kot tu..

ZLAA said...

ummu masyita,

Ikan patin ni kadang2 hanyir dia tu yang buat tak best. Di Pahang memang famous masak tempoyak kan?

Silversarina,

I suka masak tempoyak ni kalau org Perak dan Pahang yang masak. Sedap sgt. Masak sendiri ni mcm ada yang kurang ja. Tapi Alhamdulillah kat sini masak ok lah..

ZLAA said...

are you,

Apa khabar? Sihat? Tu lah kan, menu wajib sebelah utara tu mmg kari. Selalu juga boleh jemu. Tu yg cari alternatif lain selain kari.

lady of Leisure,

Salam perkenalan. Makanan org Perlis pun memang best. Kalau balik Kedah, selalu akan ke Perlis jln2 cari makan di sana.

ZLAA said...

Ina Kasrul,

Akak tunggu Ina mai hantarq ke rumah akak masak tempoyak.. boleh? hehe..Laily kata mabeles Ina masak..

Min,

Boleh ja nak bawa pi Leicester tu.. Tapi kalau ada ikan patin dan tempoyak la kalau masa nak pi tu..
Sihat ka? Best cuti?

ZLAA said...

cikdinz,

Ha.. betul tu. Memang di Kedah selalu jumpa kari. Kalau di Pekan Alor Setar lagi la. Semua kedai jual kari :)

Kak Cahaya,

Tak pe, asam pedas awak dah cukup best. Apa lagi sambal2 tumis awak tu.. Maintain yg tu je.. tak yah tukar menu..

um. masyitah said...

Salam Kak Za
salam aidil Adha ya buat akak sekeluarga di sana.

MULAN said...

auukkkss... nak cari patin la pulak ni...

Anonymous said...

Salam Kak Zla,,

Kita serupa laa kak :D

"hari-hari kari, kari-kari hari-hari"

- Ayah Insyirah -

ZLAA said...

um Masyitah,

Terima kasih atas ucapan.


Mulan,

cari jgn tak cari.

ZLAA said...

Ayah Insyirah,

Orang Utara memang terkenal dengan kari. Pagi2 lagi kalau kat kedai2 makan dah boleh jumpa kari. Akak kalau pi rumah mak2 saudara di Alor Setar, kalau pi, asal saja buka tudung saji rumah depa mesti ada kari..

dayana said...

wah..kayaknya sedap neehh..

Thank you for share ya
Visit me too at @ http://www.unand.ac.id/arsipua/datastaff/
Trimakasih^^

resta07 said...

salam kenal kak...

http://www.unand.ac.id/arsipua

kembara jalanan said...

terliurnya..teringin plak nak try buat...