Friday, June 29, 2012

Kapal Haji Dalam Kenangan

Selasa lalu, saya menghadiri satu mesyuarat di UIA, pertama kali melalui Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE highway) di awal pagi sangat mengagumkan dengan aliran trafik yang lancar dan pantas. Tak sampai sejam sudah selamat sampai ke destinasi. Nampaknya selepas ini saya harus mengucapkan selamat tinggal Federal Highway jika harus ke Kuala Lumpur lagi..

Selesai meeting dan mengambil kesempatan bertemu sahabat-sahabat lama, saya singgah di Subang Parade dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak akan masuk ke mana-mana kedai buku (bukannya apa banyak buku-buku yang dibeli belum habis dibaca hingga rasa bersalah). Namun saya tewas pada godaan, saya masuk jua ke MPH. Membelek-belek buku akhirnya saya beli lagi 3 buah buku. Antara buku yang menarik; Kapal Haji Dalam Kenangan karya Yahaya Awang. Teringat saya sepanjang perjalanan Mekah -Madinah semasa mengerjakan ibadah haji  tahun lepas, saya amat ingin tahu bagaimana agaknya jemaah haji dulu-dulu melaksanakan ziarah ke Madinah. Rupanya pada zaman tiada kenderaan, jemaah haji ke Madinah menaiki unta dan perjalanan memakan masa 20 hari. Banyak tanda tanya saya tentang bagaimana nenek moyang kita ke Mekah terjawab di dalam buku ini. Rupanya dahulu di zaman kapal haji, tempoh masa berada di tanah suci adalah 3 bulan, wah..seronoknya. Perjalanan pergi balik memakan masa sebulan manakala kos tambang pergi balik pada masa itu adalah RM1200. Satu-satu kapal haji memuatkan 1500 jemaah bermakna bersamaan dengan 4 kali penerbangan waktu kini.. Jika ada jemaah yang meninggal, akan dikebumikan dengan melepaskannya ke dasar lautan. 



Menitis juga airmata saya bila membaca kisah anak bertemu ibu yang sudah lama terpisah. Si bapa keturunan Arab menikah dengan wanita melayu Terengganu. Dia membawa anak yang masih kecil pulang ke tanah arab tetapi kemudiannya meninggal dunia. Si anak dibesarkan di tanah arab dan bila besar mengutuskan surat pada ibunya. Si ibu memberitahu akan ke tanah suci dan si anak ini menunggu 3 hari di pelabuhan Aden (Yaman) ketika kapal haji berlabuh di situ untuk bertemu dengan ibunya. Terharu sungguh rasanya bila membaca kisah ini. Oleh kerana banyak tuntutan tugas yang masih perlu dibereskan buku ini pun belum dapat saya habiskan. Mudahan Allah beri juga kelapangan masa untuk menghabiskan bacaan buku-buku lain juga.. 

4 comments:

CikNi Ahnie (KakNi) said...

Assalamualaikum. Zlaa, ingat lagi tak kat saya? Nama saya ada dalam your blogger list, TQVM. Minta maaf sebab dah lama saya tak jengok sini... takpe, lepas ni boleh catch-up... CU

teratakmuslaily said...

kak... mcm best la plak buku ni kak... macam nak carik jugak la kak..

ZLAA said...

Ahnie,

Wsalam. InsyaAllah masih ingat.

ZLAA said...

Laily,

Okay jugak buku ni.. tapi belum habis baca.. Buku ni jual di MPH.