Monday, July 09, 2012

walimah & fruit cocktail

Hujung minggu lalu 2 jemputan walimatul urus kami terima. Kedua-dua pasangan itu merupakan adik-adik undergrad yang selalu berkunjung ke rumah semasa kami di Nottingham dahulu. Walaupun kami sudah kembali ke tanahair, adik-adik ini masih menghubungi kami. Teringat saya di tahun lepas semasa kami pulang ke kampung, salah seorang dari mereka yang pulang bercuti menghubungi kami dan bilamana mengetahui kami berada di kampung terus datang ke rumah arwah ayah saya walaupun waktu itu sudah senja, makan malam bersama dan hampir larut malam baru kembali ke rumah. Sebagai bakal doktor, beliau bertanya khabar dan melayan arwah ayah saya yang ketika itu sedang sakit. Begitulah ukhwah, tidak mengenal usia. Kini adik tersebut sudah berjawatan doktor dan akan terus bertugas di UK. Moga berjaya. Terkenang sewaktu mula mengenali mereka di usia muda lepasan sekolah dan kini sudah berkahwin. Di tahun hadapan mungkin akan membawa anak mereka ke rumah. How time flies... 



Semalam, saya mencuba resepi baru fruit cocktail pemberian kawan sepengajian. Selalunya cocktail yang saya guna adalah susu cair dicampur dengan air cocktail buahan dalam tin tetapi kali ini cocktail itu diganti dengan yogurt dan susu pekat manis. Kena pandai seimbang rasa masam yogurt dan manis susu pekat manis. Buahan yang digunakan kali ini adalah fresh fruits dan juga nata de coco. Boleh tahan sedap, masam, manis dan lemak..

3 comments:

teratakmuslaily said...

kaaaaaaaaaaaaaaaaak...! nak jugak! nak kue teau goreng udang pakdin, nak nasi ayam akak, nak roti canai! dan macm2 lagilah!..haha

ZLAA said...

Laily,

Jemputla dtg rumah. Kini aktiviti masak dah tak seadventurous dulu.. Miss lamb kat Khan Halal Meat, Medina..

Nur said...

sedapnya tengok koktail tu.....