Thursday, September 20, 2012

Friday, September 14, 2012

kuliah, jamuan raya dan nasi royale..

Rasa bahagia membaca blog Pn Roza:
(http://muhdkamil.org/rozaroslan/2012/09/14/sentuhan-qalbu/). Alangkah beruntungnya beliau sekeluarga. Minggu ini minggu pertama kuliah pelajar baru bermula. Kehidupan kampus kembali sibuk. Bilik-bilik kuliah seakan tiada rehat seawal 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Saya juga pening memikirkan bagaimana untuk memenuhi permintaan sesetengah kelas yang masih tiada tenaga pengajarnya. Semua pensyarah yang ada masing-masing telah maksimum jam pengajarannya. Walaupun tawaran untuk mengajar 'lebihan masa berbayar' diiklankan, namun tiada yang berminat. Semua sudah letih!.. Nampaknya kali ini fakulti harus mencari tenaga pensyarah luar yang berminat untuk membuat 'part time'.

Hari ini jamuan raya kampus bertemakan ala arabiya diadakan. MasyaAllah meriah sangat. Ramai sangat mak Arab dan Pak Arab termasuk Dato VC yang bergaya ala taliban.. Sebut sahaja makanan apa, semuanya ada. Setiap fakulti dan bahagian-bahagian pentadbiran menyediakan yang terbaik. Gerai paling ramai peminat adalah Intekma dan Fakulti perhotelan yang hangat dengan kambing panggang. Fakulti kami pula menyediakan char keow teoy yang digoreng panas-panas. Tengahari pula sibuk menguruskan anak-anak dirumah dan petang kelas pelajar luar kampus bermula. Kelas 6.30 pm - 10.00 malam bermula dan seperti biasa ramai yang belum hadir. Samada masih belum mendaftar subjek atau mengambil kesempatan hari pertama kuliah bermula..Tetapi saya kagum melihat kegigihan pelajar-pelajar luar kampus yang rata-ratanya bekerja sepenuh masa di siang hari. Hampir setiap malam dalam seminggu ada kelas. Datangnya dgn muka yang dah lesu. Hati mana yang tak kesian.. Mudahan mereka diberi ketabahan untuk menggengam segulung ijazah. Ada yang mengadu hampir 'give-up'; ya... saya faham.. yang hanya boleh disebut adalah 'sabar', belajar ini kena sabar... 

Waktu ini teringat nasi lemak mamak aka nasi royale yang dimakan di waktu awal pagi
di Alor  Setar.  Ini versi kuah banjir yang mana kuahnya adalah campuran
 macam-macam  kuah (kuah dalca, kuah kurma, kari ikan, sambal tumis etc2)

nasi lemak lauk daging. Texture nasi yang lembut dan berperisa buat hati teringat-ingat.
Banyak kontroversi bahan nasi lemak sekitar Alor Setar  ni...

Tuesday, September 11, 2012

Bad Future Predictions..


Ada perkara yang tak terjangkau oleh akal akhirnya menjadi kenyataan. Innovations by human being..; ilham Allah jua yang beri. 

not only high speed train; keretapi bawah laut,  keretapi atas kepala kita semua dah ada;  minyak bahan tenaga paling berkuasa, di tanah kering kontang tak sangka ada bahan berharga dibawahnya.
 

Siapa sangka kanak2 sekolah rendah pun dah  ada telefon sekarang; di UK lampu kalimantang putih masih asing; dan siapa sangka negara kita akan ada byk pilihan syarikat penerbangan, tiba-tiba akan ada Malindo Airways.
  
Televisyen is still a powerful box, sentiasa menjadi rebutan  anak-anak di rumah.  Almost every household  ada komputer tambahan kini smartphone pun sudah ada ciri-ciri komputer. Internet? hmm.... boleh la kita berpisah dgn Internet?



Friday, September 07, 2012

Demam jamuan raya masih belum hilang panasnya. Semalam, Pusat Pengajian saya juga tidak ketinggalan meraikannya beserta majlis hari lahir kakitangan. Istimewanya jamuan kali ini kerana ia juga jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh hari lahir Ketua Pusat Pengajian kami. Beliau, Dr Nordin menyampaikan ucapan, diambilnya iktibar perang Khandaq, disoalnya kepada kami bilakah perang Ahzab? Menarik ucapan beliau bilamana di akhir ucapan beliau mempersoalkan :- "Tidak tahu samada diri ini berguna atau tidak?". :-)

Hari ini ada rezeki saya mendapat buku percuma. Buku ini sering juga saya lihat di kedai-kedai buku namun tak sampai hati pula untuk membelinya; Nota Hati Seorang Lelaki. Penulisnya memang saya minati. Selalunya setiap isnin petang, saya tunggu beliau di radio IKIM. Pagi ini buka sahaja e-mel fakulti , satu e-mel dari pihak pengurusan: 

Assalamualaikum

 YBhg. Prof/Tuan/Puan

 KEPADA PESERTA  TADARUS AL-QURAN DI BULANRAMADHAN 2012/1433H

Dimaklumkan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah memberi cenderahati sebuah buku bertajuk 'Nota Hati Seorang Lelaki' oleh Pahrol Mohd Mohd Juoi.

Dukacita dimaklumkan, cenderahati yang diberi hanya berjumlah sebanyak 60 buah buku sahaja. Sehubungan itu, buku akan diberi kepada mereka yang datang terlebih dahulu. Sila berjumpa dengan En. Abdullah di Pejabat Pentadbiran untuk mengambil buku tersebut.

Niat di hati memang ingin sangat saya terus ke pejabat pentadbiran tetapi kesibukan menyelesaikan masalah teman-teman berkaitan jadualwaktu di ofis membuatkan saya lupa terus tentang tawaran ini. Petang bila kembali membuka kotak e-mel, berita perpindahan kampus seorang teman membuat saya pening.. Loading mengajar yang saya beri padanya harus diagihkan pada orang lain. Huhu.. pada siapala yang harus saya beri.. Terlihat kembali e-mel tawaran buku dan saya terus mendial En Dolah. Rupanya hanya satu buku sahaja yang masih berbaki. Alhamdulillah masih ada rezeki saya rupanya.. 


Tulisan dan juga ceramah Ustaz Pahrol memang amat saya suka. Zahraa, anak saya tidak pernah lupa untuk memesan majalah Solusi setiap kali keluaran baru keluar. Ustaz Pahrol juga merupakan editor majalah ini. Beliau memberi tips bagaimana kita harus mengendali kerja seharian, bagaimana harus kita melihat masalah dari sudut yang berbeza. Mudahan hujung minggu ini saya dapat mengkhatam buku ini. 

Kata-kata hikmah dari penerbit buku ini:

Apabila bertemu kesusahan, Allah mengajar kita tentang sabar
Apabila kesenangan bertamu, Allah mengajar kita erti kesyukuran
Apabila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah
Tetapi apabila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah..

Thursday, September 06, 2012


When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You

ربنا الرحمن
مبدع الأكوان
صاحب الجلال
من له الكمال
لا رب سواه
لا رب سواه
(Our Lord the most Merciful
Creator of the universe
Possessor of glory
To whom perfection belongs
No lord but Him
No lord but Him)

Miracles
Are everyday
The moon will come
As the sun will fade
Forever this way


A seed that grows
From a tiny shell
Becomes a tree
Feeding you and me
Here for our needs

هذه الأطيار
تلكم الأزهار
ونجوم الليل
من صنع الله
لا رب سواه
(These birds
Those flowers
And the night's stars
Are all Allah’s creation
No lord but Him)



Monday, September 03, 2012

stress is where you want to eat..

Untuk sesetengah orang, bila stress suka makan. Jarang saya macam ni tapi hari ni memang nak makan ja.. ya, I am stress, tapi Alhamdulillah sudah okay pukul 5 petang tadi selepas semua jadual waktu syarahan teman seofis siap dicetak.. and I know the timetable is not perfect tapi boleh la.. kelas bermula minggu depan, mana tak stress and eager kawan-kawan nak tahu schedule kelas-kelas mereka, ye tak?


a cup of hot chocolate, a slice of carrot cake and tuna sandwich  - memory di sebuah restoren Turki di Lancaster. 
An excerpt from Imam Suhaib's web:

Allah (swt) is always ready for us to turn back to Him and can easily turn our bad deeds into good deeds on our scales! But how many of us are begging Him for this? To soften our hearts, be forgiven, and increase in our good deeds, let us sit and make istighfar, begging for Allah (swt)’s forgiveness and for Him to turn our bad into good. 

Sit Alone, Ponder Your Blessings and Thank Allah SWT.