Friday, September 07, 2012

Demam jamuan raya masih belum hilang panasnya. Semalam, Pusat Pengajian saya juga tidak ketinggalan meraikannya beserta majlis hari lahir kakitangan. Istimewanya jamuan kali ini kerana ia juga jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh hari lahir Ketua Pusat Pengajian kami. Beliau, Dr Nordin menyampaikan ucapan, diambilnya iktibar perang Khandaq, disoalnya kepada kami bilakah perang Ahzab? Menarik ucapan beliau bilamana di akhir ucapan beliau mempersoalkan :- "Tidak tahu samada diri ini berguna atau tidak?". :-)

Hari ini ada rezeki saya mendapat buku percuma. Buku ini sering juga saya lihat di kedai-kedai buku namun tak sampai hati pula untuk membelinya; Nota Hati Seorang Lelaki. Penulisnya memang saya minati. Selalunya setiap isnin petang, saya tunggu beliau di radio IKIM. Pagi ini buka sahaja e-mel fakulti , satu e-mel dari pihak pengurusan: 

Assalamualaikum

 YBhg. Prof/Tuan/Puan

 KEPADA PESERTA  TADARUS AL-QURAN DI BULANRAMADHAN 2012/1433H

Dimaklumkan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah memberi cenderahati sebuah buku bertajuk 'Nota Hati Seorang Lelaki' oleh Pahrol Mohd Mohd Juoi.

Dukacita dimaklumkan, cenderahati yang diberi hanya berjumlah sebanyak 60 buah buku sahaja. Sehubungan itu, buku akan diberi kepada mereka yang datang terlebih dahulu. Sila berjumpa dengan En. Abdullah di Pejabat Pentadbiran untuk mengambil buku tersebut.

Niat di hati memang ingin sangat saya terus ke pejabat pentadbiran tetapi kesibukan menyelesaikan masalah teman-teman berkaitan jadualwaktu di ofis membuatkan saya lupa terus tentang tawaran ini. Petang bila kembali membuka kotak e-mel, berita perpindahan kampus seorang teman membuat saya pening.. Loading mengajar yang saya beri padanya harus diagihkan pada orang lain. Huhu.. pada siapala yang harus saya beri.. Terlihat kembali e-mel tawaran buku dan saya terus mendial En Dolah. Rupanya hanya satu buku sahaja yang masih berbaki. Alhamdulillah masih ada rezeki saya rupanya.. 


Tulisan dan juga ceramah Ustaz Pahrol memang amat saya suka. Zahraa, anak saya tidak pernah lupa untuk memesan majalah Solusi setiap kali keluaran baru keluar. Ustaz Pahrol juga merupakan editor majalah ini. Beliau memberi tips bagaimana kita harus mengendali kerja seharian, bagaimana harus kita melihat masalah dari sudut yang berbeza. Mudahan hujung minggu ini saya dapat mengkhatam buku ini. 

Kata-kata hikmah dari penerbit buku ini:

Apabila bertemu kesusahan, Allah mengajar kita tentang sabar
Apabila kesenangan bertamu, Allah mengajar kita erti kesyukuran
Apabila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah
Tetapi apabila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah..

No comments: