Friday, September 14, 2012

kuliah, jamuan raya dan nasi royale..

Rasa bahagia membaca blog Pn Roza:
(http://muhdkamil.org/rozaroslan/2012/09/14/sentuhan-qalbu/). Alangkah beruntungnya beliau sekeluarga. Minggu ini minggu pertama kuliah pelajar baru bermula. Kehidupan kampus kembali sibuk. Bilik-bilik kuliah seakan tiada rehat seawal 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Saya juga pening memikirkan bagaimana untuk memenuhi permintaan sesetengah kelas yang masih tiada tenaga pengajarnya. Semua pensyarah yang ada masing-masing telah maksimum jam pengajarannya. Walaupun tawaran untuk mengajar 'lebihan masa berbayar' diiklankan, namun tiada yang berminat. Semua sudah letih!.. Nampaknya kali ini fakulti harus mencari tenaga pensyarah luar yang berminat untuk membuat 'part time'.

Hari ini jamuan raya kampus bertemakan ala arabiya diadakan. MasyaAllah meriah sangat. Ramai sangat mak Arab dan Pak Arab termasuk Dato VC yang bergaya ala taliban.. Sebut sahaja makanan apa, semuanya ada. Setiap fakulti dan bahagian-bahagian pentadbiran menyediakan yang terbaik. Gerai paling ramai peminat adalah Intekma dan Fakulti perhotelan yang hangat dengan kambing panggang. Fakulti kami pula menyediakan char keow teoy yang digoreng panas-panas. Tengahari pula sibuk menguruskan anak-anak dirumah dan petang kelas pelajar luar kampus bermula. Kelas 6.30 pm - 10.00 malam bermula dan seperti biasa ramai yang belum hadir. Samada masih belum mendaftar subjek atau mengambil kesempatan hari pertama kuliah bermula..Tetapi saya kagum melihat kegigihan pelajar-pelajar luar kampus yang rata-ratanya bekerja sepenuh masa di siang hari. Hampir setiap malam dalam seminggu ada kelas. Datangnya dgn muka yang dah lesu. Hati mana yang tak kesian.. Mudahan mereka diberi ketabahan untuk menggengam segulung ijazah. Ada yang mengadu hampir 'give-up'; ya... saya faham.. yang hanya boleh disebut adalah 'sabar', belajar ini kena sabar... 

Waktu ini teringat nasi lemak mamak aka nasi royale yang dimakan di waktu awal pagi
di Alor  Setar.  Ini versi kuah banjir yang mana kuahnya adalah campuran
 macam-macam  kuah (kuah dalca, kuah kurma, kari ikan, sambal tumis etc2)

nasi lemak lauk daging. Texture nasi yang lembut dan berperisa buat hati teringat-ingat.
Banyak kontroversi bahan nasi lemak sekitar Alor Setar  ni...

No comments: