Wednesday, October 17, 2012

Nasi Arab..

Membuat kerja yang berulang-ulang dan remeh kadangkala boleh menyebabkan sakit-sakit belakang. Terapi paling mudah adalah membuat kerja-kerja rumah yang disenangi ataupun 'window shopping'. Yang kedua paling efektif. Memang benarlah status sharing di fb seorang kawan :- 

'Sesibuk mana pun seorang perempuan, dia takkan pernah lupa memikirkan orang yang dia sayang. Melainkan dia pg shopping dengan membe dia'

Seringkali jika teringat kepada daging kambing, masakan yang sinonim untuk kami adalah nasi arab terbalik atau nasi maqlubah. Pertama kali makan nasi maqlubah ini adalah pada pagi hari raya beberapa tahun yang lalu. Ianya dimasak oleh seorang ustaz lulusan universiti  AlAzhar, Mesir. Kami makan pula di pagi yang dingin di musim sejuk.. Setelah meminta resepi dari Ustaz tersebut, resepi nasi maqlubah sentiasa menjadi hidangan istimewa buat kami. Tak boleh selalu sebab muak.



nasi terbalik atau nasi maqlubah Chef Amar
Resepi Chef Amar (Hidangan Barakah TV Alhijrah):-

Ingredients 
To Cook the Meat 
1- Lamb Leg Bone in cut in to 3 inches 1 Kilo 
2- Onion Dice to Medium Size 2 Medium Size 
3- Salt 1 Teaspoon 
4- Black Pepper Whole 5 Numbers 
5- Cardamom Whole 5 Numbers 
6- Cinnamon Stick 1 Number 3 CM

To Cook the Rice 
1- Saffron Sock in little Water ½ Teaspoon 
2- Rose Water 2 Tablespoon 
3- Basmati Rice 3 Cup 
4- Corn Oil or Olive Oil 1 Tablespoon 
5- Salt 1 Table spoon
6- Cardamom Whole 5 Numbers 

Layers of Vegetables 
1- Corn Oil or Olive Oil 3 Tablespoon 
2- Onion Dice 2 Big Numbers
3- Clean Garlic Mashed 6 Number 
4- Turmeric 1 Teaspoon 
5- Arabic Mix Spices 1 Teaspoon 
6- Black Pepper ½ Teaspoon 
7- Potato Clean and Slice 2 Medium Size
8- Tomato Slice 2 Medium Size 
9- Carrot Clean and Slice 3 Numbers 
10- Fresh Coriander Chopped 1 Cup



nasi arab terbalik versi masak sendiri.

  
Antara tempat istimewa menikmati nasi Arab adalah di hotel Alhamra, Jeddah semasa menunaikan ibadah haji di tahun lepas. Tinggal di sini selama 3 hari 2 malam disebabkan kapalterbang yang telah bersedia untuk terbang tak dapat terbang. Sudahnya kami terkandas. Siang dan malam asyik makan dan makan hidangan ala Timur Tengah; termasuk setiap kali makan tengahari adalah nasi Arab.



Tetapi yang tak dapat dilupakan adalah hidangan nasi Arab di tengah-tengah padang pasir di dalam perjalanan Mekah ke Madinah, juga nasi arab yang terdapat di Kota Mekah itu sendiri. Walaupun simple tetapi sangat lazat.


2 comments:

m.u.l.a.n said...

camna rasa nasi arab ya... sama dgn restoran2 arab tu ke..

ZLAA said...

Mulan,

Basically rasa sama tp ada sikit perbezaan dari tempat ke tempat.