Sunday, October 07, 2012

Tuisyen..

Petang ini membelek2 jadual tuisyen tahun hadapan bersama anak-anak. Belumpun bermula tahun 2013, sudah terasa bahangnya... Di tahun hadapan, 3 anak saya akan menduduki peperiksaan besar, UPSR, PMR dan SPM. Tahun ini tahun bebas tuisyen dan nampaknya tahun depan kesemua mereka memerlukan kelas tuisyen. Anak yang paling kecil, Hasif (tahun 3 sekarang ini) pun harus di hantar ke tuisyen juga memandangkan sikapnya yang mengambil remeh hal sekolah. 

Antara jawapannya tentang sekolah:

Bila di tanya tentang kerja sekolah, dia akan menjawab - 'homework bukan wajib pun'
Bila disuruh buat metamatik, dia akan menjawab - 'kat akhirat nanti Allah tak tanya pun soalan metamatik'
Bila diminta buat ulangkaji supaya tak turun kelas, dia akan menjawab - 'apa ada pada kelas?'.

Mudah-mudahan Hasif lebih serius sedikit jika diberi kelas tuisyen. 

Semalam, semasa mendengar kuliah maghrib di surau Ar Rahmah seksyen 8, Ustaz menyampaikan berita sedih kematian penulis buku 'Pelembut bagi hati', yang kebetulannya dibaca buku itu semalam. Allahyarham Dr Aidh Al Qarni yang popular dgn buku best seller-nya 'La tahzan' meninggal Jumaat 5 Oktober dan di solat jenazah selepas solat Jumaat di Masjidil Haram. Biodata Allahyarham di sini  Alfatihah utk beliau, moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. 

1 comment:

m.u.l.a.n said...

moga rohnya dicucuri rahmat...