Saturday, November 10, 2012

ziarah baby Amani dan masak-masak menu asas kelapa

Agak lama juga saya tidak keluar dari Shah Alam. Isnin lalu bersama beberapa orang rakan sekerja berziarah baby Amani di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) (link mengenai baby Amani di sini). Baby kecil Amani, bayi kecil anak istimewa diserang virus RSV yang menyebabkan pneumonia dan komplikasi yang pelbagai. Walaupun masih kecil dan hanya berusia 10 bulan tetapi sangat tabah menahan sakit. Tidak lansung kedengaran Amani menangis, bila membuka mata, pandangannya sayu menahan kesakitan.  InsyaAllah, mudahan Allah beri kesembuhan yang cepat pada Amani. Ameenn.. Melihat anak-anak lain yang mempunyai pelbagai jenis ujian kesakitan membuat saya teringat pada arwah kakak-kakak dan adik saya yang diambil Allah SWT di usia yang masih kecil. Kakak sulung di usia 6 tahun, kakak kedua usia 3 tahun dan adik lelaki di usia 16 bulan. Pendekata semasa ibu saya masih muda banyak masanya dihabiskan di hospital menjaga anak-anak yang sakit. Bila saudara-saudara saya meninggal dunia, ibu bercerita, katanya arwah ayah selalu menangis di tikar sejadah setiap kali selesai solat.. Kini ayah telah tiada, tentu bahagia dapat kembali bersama anak-anak yang dirindui.. Ameenn..

Dalam perjalanan pulang dari wad kanak-kanak, singgah di cafe PPUM. Beli nasi ambeng untuk makan tengahari. Sedap nasi ambengnya terutama sambal kelapa. Lalu hujung minggu ini, saya buat sambal kelapa atau serunding kelapa. Resepinya saya ambil di sini:

sambal kelapa versi nasi ambeng; manis kelapa penaik selera
Memandangkan kelapa masih banyak berbaki, ikan cencaru sumbat menjadi pilihan. Resepi yang sangat simple tapi menyelerakan di makan semasa perut tengah lapar..

ikan cencaru sumbat sedang dibakar... dipercik dengan santan.. :)
Resepi mudah ikan cencaru sumbat.

Bahan sumbat:
3 bawang putih
3 bawang merah
separuh biji bawang besar
separuh biji cili merah
3 biji cili padi
halia
1 sudu besar udang kering
garam gula secukup rasa

Semua bahan ini ditumbuk halus dan kemudian gaulkan bersama kelapa parut. Ikan dilumurkan dgn garam. Seterusya sumbatkan bahan sumbat ke dalam ikan.

Bakar ikan, bila bahan sumbat kelihatan kering, percikkan santan di atas ikan.. Bakar 20 minit atau sehingga ikan kelihatan cukup masak.

No comments: