Wednesday, December 05, 2012

Ponteng, sushi..

Saya merasakan satu kegembiraan jika anak-anak dan anak-anak murid menunjukkan kesungguhan untuk belajar walaupun kurang pandai. Hari ini si Ahmad (bukan nama sebenar) tidak datang kelas lagi. Ujian, tugasan lansung tidak dihantar kepada saya. Minggu lepas apabila nampak kelibat Ahmad dalam kelas, semasa rehat antara kuliah, terus saya panggil dan minta berjumpa dengannya di luar kelas. Nak 'interogate' di dalam kelas, nanti jatuh pula air mukanya. 

Salah satu alasan Ahmad adalah dia berharap untuk di 'tendang keluar' dari universiti untuk semester ini. Katanya semester depan ingin memohon kursus yang lebih mudah. Saya tanya kursus apa yang diminati dan yang mudah. Katanya 'entah'. Kata Ahmad lagi, semasa di matrik lagi, dia mencuba untuk mengagalkan diri, tapi malangnya gagal.. masih berjaya menempatkan diri ke universiti.. 

Kasihan Ahmad, di kala ramai pelajar ingin terus belajar di universiti, dia ingin gagal.. Saya memberi Ahmad sehingga minggu hadapan untuk menduduki ujian atau tidak, saya masih memberi peluang jika ingin berubah tapi nampaknya Ahmad masih tidak hadir..., Anak sulung saya suatu masa dahulu juga tidak berminat dengan jurusan perakauan. Sedih juga hati kami tetapi kini setelah mengambil jurusan komunikasi massa, Alhamdulillah keputusan peperiksaan dan tahap 'independent'nya bertambah baik. Anak-anak zaman sekarang mungkin perlu diambilkira minat mereka berbanding zaman kita, terima apa saja..

Minggu lepas, jalan-jalan Subang Parade, melintas di sebelah 'Sushi King' di Parkson, wah.. mahu di 'expand' lagi kedainya.. Tentu bisnesnya makin maju. Melirik ke sushi bar, huhu..meriahnya melihat deretan sushi di atas pinggan comel bergerak mengelilingi sushi bar tersebut. Apakan daya, hanya mampu melihat.. memandangkan Sushi King masih belum mendapat pengiktirafan 'halal' dari Jakim Malaysia (walaupun dikhabarkan bahan di situ di perolehi dari tempat yang diiktiraf halal). Isu halal Sushi King boleh didapati di sini.

Sushi, makanan popular negara Jepun, berasaskan nasi, nasi kepal dihidang bersama lauk dan sayuran. Tidak putus asa, saya buat sendiri sushi di rumah.

nasi panas dicampur sedikit cuka, garam dan gula. Seaweed boleh didapati di carrefour atau Tesco
     
sushi digulung di dalam seaweed bersama timun, carrot, isi ketam, telur dan juga cheese. Boleh dipelbagaikan lagi isi sushi ini dengan ikan atau tuna, udang dsbnya.

 sushi ringkas sedap dimakan bersama kicap cair dan wasabe. Jaga-jaga bila makan wasabe ini, pedas berdesing yang tak terhingga.

Not bad.. the taste is as good  as the real sushi.. saya masih mencari di mana untuk mendapat 'miso' paste untuk dibuat miso soup.. google di Internet, katanya di KLCC ada miso paste halal di sana.. Miso paste adalah hanya berasaskan soya tetapi disebabkan sesetengahnya mengandungi kandungan alkohol menyebabkan ianya diragui kehalalannya.. lama lagilah nampaknya dapat menghirup miso soup....

No comments: