Friday, November 29, 2013

Projek terkini..


Tidak sabar rasanya untuk melihat hasil projek terkini. Anggaran jangkaan siap 2 bulan. 

5-day progress

Cantik sungguh; berkenan sangat.... (diadaptasikan dari fb The Little Corner.)

angan-angan...


Wednesday, November 13, 2013

Friday, November 08, 2013

Apabila jemu dengan nasi..







Mencuba resepi sos sambal baru. Serbuk cili kering ditumis bersama bawang putih dan udang kering yang ditumbuk halus. Apabila cili masak tambah gula, garam dan sedikit perahan air asam jawa. Marvelous..


Gambar diambil menggunakan telefon bimbit Samsung SIII; kualiti kelihatan sama sahaja dengan kamera dslr Nikon.. 8 megapixel vs 14.2 megapixel tiada banyak berbeza...


Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah 1435



Berbaik sangka (Husnuzhon) - dalam apa jua keadaan; walau di mana berada; jiwa jadi tenang hati jadi tenteram; tiada resah tiada dendam..

p/s: (copy via fb)

Friday, November 01, 2013

Pou..


Pou.. 'pet' zaman kini, dibela anak-anak di dalam telefon bimbit saya. Selalu suspen bilamana kedengaran bunyi  'Pou is awake' jika saya di pejabat. Tidak tahu apa yang perlu dibuat pada Pou, untuk dimandikan atau perlu diberi makan atau harus dibawa 'exercise' supaya tidak gemuk. Pou harus dibiarkan bermain sehingga letih baru ditidurkan. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan pada Pou. Kadang-kadang rimas dengan bunyi 'Pou is awake' membuat saya ingin uninstall aplikasi Pou. Bila dikhabarkan pada Khadijah, dilarang keras kerana katanya ' I reallyy loove Pou '.  Kasihan pula.. Rupanya bukan saya seorang telefon bimbit kedengaran bunyi 'Pou is awake', ada juga kawan-kawan lain yang telefon bimbit berbunyi yang sama; menternak Pou di dalam telefon bimbit..

Pou -  popular mobile app based game for  iOS and Android

Sunday, October 27, 2013

Alhamdulillah.... selesai sudah..


                 
Dear ZXXXXXX XXXXXXX,
Paper ID : E304
      
Paper Title : The Effect XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Congratulations! The review processes for 2013 3rd International Conference on Electrical Engineering and Applications (ICEEA 2013) has been completed. The conference received submissions from nearly 10 different countries and regions, which were reviewed by international experts, and about 80 papers have been selected for presentation and publication. Based on the recommendations of the reviewers and the Technical Program Committees, we are pleased to inform you that your paper identified above has been accepted for publication and oral presentation. You are cordially invited to present the paper orally at ICEEA 2013 to be held on October 24-25, 2013, Konya, Turkey.

Break sekejap ----->


Antara majlis yang saya suka hadiri adalah majlis selawat burdah di masjid negeri. Ianya diadakan sebulan sekali. Terasa sayu dan kadang-kadang hingga meleleh air mata mengenang pengorbanan dan kehebatan junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Selawat burdah terdiri dari 10 fasal (bab), mengandungi 160 bait yang ditulis dengan gaya bahasa atau uslub yang menarik, lembut dan elegan. Imam al-Busiri telah menterjemahkan kehidupan Nabi Muhammad SAW ke dalam bentuk bait-bait puisi yang sangat indah. Pembacaan lanjut mengenai qasidah boleh dibaca di sini.

Wednesday, October 09, 2013

Wordless Wednesday..



adapted from www..

Thursday, August 29, 2013

Raya Ogos 2013..

Hari ini, sambutan hari raya pusat pengajian. Di samping meraikan hari raya, diraikan juga hari ulangtahun kelahiran staf yang dikumpul beberapa bulan, hari tamat tempoh staf kontrak dan juga staf yang bakal bersara. Begitu cepat masa berlalu, terasa baru sahaja hari kelahiran kami diraikan oleh Dr Nordin, ketua Pusat pengajian waktu itu. Tahun lalu, di samping beliau raikan kami minum pagi di cafe hotel, beliau menghadiahkan kami puisi ciptaan beliau. Jika tahun lalu, tajuknya As Always, tahun ini, walaupun tidak lagi menjadi ketua kami, beliau masih mengingati kami semua. Kali ini beliau hadiahkan lagi kami puisi; bertajuk Usia yang Pergi. Panjang puisinya, tak mungkin saya sabar menaipnya semula di blog ini. Walaubagaimanapun, ada satu puisi oleh Ustaz Pahrol yang saya suka, saya copy paste dari Internet. Puisi ini dari bukunya, Di Mana DIA Dihatiku..


Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa

Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta

Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur

Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah

Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam

Dengan kurnia..
banyakkan syukur

Dengan bala..
janganlah kufur

Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas

Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali

Oleh: Pahrol Mohd Juoi

Dari fb Rumi juga banyak gambar dan kata-kata indah yang dapat dijadikan renungan.. Antaranya:


Kata Rumi:

Its your road, and yours alone.
others may walk it with you,
but no one can walk it for you.

Okay, back to work.. proses membuat jadual waktu baru untuk semester September, permintaan tinggi, pensyarahnya tak cukup.. bingung.....

Wednesday, July 31, 2013

Quiet Ramadhan at home..

Hujung minggu baru ini kami beriftar di rumah sahaja, waktu Isya' baru ke Masjid Negeri, tidak seperti kebiasaan, kami akan beriftar di surau. Ini kerana saya mengalami sakit perut yang agak kronik. Akibatnya, dari suka cili padi sudah jatuh kepada fobia kepada cili padi. Mudahan ini hanya sementara. Antara menu pilihan minggu ini keow teoy kerang dan nasi arab 'Beef Mandhi' yang mana rempah mandhi dibeli di kedai Mahnaz.

keow teoy kerang

baked chicken, mint sauce & lamb kebab yang dibeli di Zam-zam Restoren.
Beef Mandhi rice in the making; air rebusan daging dibuat sup.

Wednesday, July 24, 2013

Alhamdulillah..

image dari Internet

Semester ini semester yang sangat sibuk. Mengajar 3 subjek baru dari Isnin pagi sehingga Sabtu petang. Sebaik sahaja hampir semua silibus akan dikhatamkan, rakan sekerja pula kemalangan dan saya perlu menanggung tugasnya. Doing 2 persons job at a time is not an easy task.. dan tugasnya perlu membuat kertas cadangan semakan kurikulum dan semua bahan di dalam laptopnya yang sudah pecah.. Alamat berjaga malamlah saya menyiapkan semua tugasan ini. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Allah permudahkan ditambah dengan bantuan rakan-rakan yang baik hati, kertas cadangan tersebut telahpun berjaya mendapat kelulusan pihak MKU (Majlis Kurikulum Universiti).

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selesai sudah kerja bagi semester ini, yg tinggal cuma saki baki minor-minor sahaja. Bagi meraikannya; waktu tengahari tadi, saya singgah di pasar basah berdekatan rumah.. Angan-angan mahu masak hari ini setelah hampir setiap hari bekerja kami berbuffet Ramadhan di surau. Entah menjadi atau tidak.  Harga ayam hari ini RM8.50 sekilogram. Saya ingatkan ia sepatutnya RM7.70; tetapi rupanya harga RM7.70 akan berkuatkuasa lagi 2 hari, itupun katanya sehingga hari raya sahaja. Selepas raya harga lain pula. Harga ikan lagilah melambung. Bagaimanalah agaknya golongan yang kurang berkemampuan berbelanja?..

Friday, July 19, 2013

Du'a yang indah..



Tips elak malas yang bagus dari blog ini 

5 tip melawan malas:

1. Berwudhuk - hindar diri dari bisikan syaitan yang mengajak kita untuk bermalas
2. Solat di awal waktu, berjemaah selalu
3. Bangun awal, ianya membangkitkan rasa segar
4. Bergaul dengan orang yang rajin
5. Bersenam bagi mengupayakan minda dan badan untuk aktif semula.

Thursday, July 18, 2013

Pau Sambal..

Break sekejap dari dunia hanky panky marking paper2 exam yang berlonggok-longgok ni...

Pau sambal - image & resepi dari facebook Resepi Mudah

Pau sambal - favourite anak-anak tapi belum berkesempatan membuatnya.. simpan dulu resepinya di sini..

Resepi Pau Sambal

Bahan-bahan :
350 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung - jenama ikut pilihan sendiri
1/2 biji telur - dipukul manja2
120 ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
Bahan Inti :
sedikit sambal tumis ikan bilis
beberapa hirisan timun

Cara Menyediakan :
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga sebati dan lembut selama 10 minit.
Kemudian perapkan doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bahagikan doh pada beberapa bahagian kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit adunan di bahagian permukaannya..dan tutup semula dengan plastic wrap, biarkan naik dua kali ganda.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan , angkat dan toskan.
Akhir sekali, belah ditengah-tengah pau,jangan sampai putus dua,
Masukkan sambal ikan bilis bersama hirisan timun.


Saturday, July 13, 2013

Tinggal kenangan..



Rindunya pada suasana ini(Imam Syeikh Sudais mengimamkan solat Maghrib 6 Julai 2013)..

Haji 2011, Imam Sheikh Sudais selalu mengimamkan solat Maghrib dan Imam Syeikh Maher mengimamkan solat Isya' kami. Kebanyakan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Sudais selalu diikuti oleh tangisannya.. sangat 'touching'. Bersyukur dapat melihat suasana masjidil haram sebelum perubahan besar-besaran seperti sekarang. Moga dipanjangkan usia kami untuk kembali menjejakkan kaki dan melihat hasil pengubahsuaian yang baru..

Tinggal kenangan - hotel Marwah An Naqa yang telah dirobohkan: tak jauh dari Masjidil Haram, lebih kurang 500 meter sahaja membuatkan kami selesa berulang alik ke masjid. (image dari Internet)

Tinggal kenangan - suasana di lobi hotel Marwah An Naqa. Macam-macam aktiviti ada di sini, kuliah pengajian, kaunter Tabung haji, kaunter petugas haji, kaunter makan(image dari Internet)

Tinggal kenangan - Al Haram hotel; penginapan di Madinah.. sepelaung sahaja dari Masjidil Nabawi.. (image dari Internet)

Tinggal kenangan - stranded 3 hari di Alhambra Jeddah, kapalterbang rosak, alangkah indahnya kalau dapat lari buat umrah tapi tak dapat.. kawalan ketat (image dari Internet)

Tinggal kenangan - asrama-look-a-like Madinatul Hujjaz di Jeddah, transit sementara sebelum pulang ke tanahair (image dari Internet)

 Masih diingati - Uncang kasut sepanjang musim haji yang masih saya simpan- kasut 48 hari yang berjasa ditinggalkan di Madinah..

Sunday, July 07, 2013

Welcome Ramadhan..





                                  Ya Allah, make us a better person this Ramadhan.. ameenn..



President Morsi's best speech..





Allah ghoyatuna, arrosul qudwatuna
Alqur'an dusturuna, aljihad sabiluna
Almautu fi sabilillah, asma' amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Alqur'an pedoman hidup kami
jihad adalah jalan juang kami
syahid di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi


Friday, June 21, 2013

Daging masak gajus


daging masak gajus 

Daging masak gajus malam ini. Ringkas dan cepat. Gaul daging bersama lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Goreng daging ini. Bila telah garing, masukkan garam, secubit gula, bawang besar, cili padi, daun bawang dan gajus. Akhir sekali sedikit kicap dan sos tiram. Sedap dimakan bersama sup ayam dan nasi panas-panas, and perhaps with this typical Malay condiment.....

air asam picit; hanya cili padi, perahan asam jawa, garam, belacan secukupnya, mix & picit well..


Saturday, May 25, 2013

New book in the house..

Di usia ini saya sudah malas ke Pesta Buku Antarabangsa. Malas bersesak-sesak. Jika dahulu semasa anak-anak masih kecil memang tiap-tiap tahun saya mengunjungi pesta buku. Menyorong anak-anak yang masih kecil dengan 'stroller' mereka. Tetapi kini, saya lebih selesa ke kedai buku sahaja. Koleksi buku terkini :-

Anekdot Madinah - bisa mengembalikan nostalgia pada Madinah yang dirindui.
Mudahan ada rezeki dapat saya  ke tanah suci lagi; ameen,.ameen..

Aroma antara Benua:  bakal menjadi bacaan santai di dalam kereta sambil menunggu anak-anak. 

Terjemahan The Choice : kompilasi soaljawab Syeikh Ahmad Deedat

Wednesday, May 22, 2013

Candy kelapa dan ikan kukus..

Esok malam saya konvo. Konvo kelas asas talaqi & tajwid yang saya hadiri tahun lepas di masjid negeri. Teruja saya nak menghadiri majlis konvo ini. Bukannya apa, di umur macam ini, baru nak belajar tajwid. Peringkat asas pula tu, yang mana sama tahap dengan anak-anak saya di sekolah rendah. Tetapi saya sedih juga sebab tahun ini saya terpaksa menangguh pengajian untuk kelas peringkat menengah. Tahun ini busy yang amat; urusan di ofis, urusan mengurus dan menjadi 'supir' anak-anak sangat menuntut waktu saya. Mudahan di tahun depan saya dapat kembali menyambung pengajian, duakan.. Ameenn..

Ini pula kisah makan. Antara masakan pertama yang pernah saya cuba adalah candy kelapa. Saya mula memasak candy di zaman sekolah rendah. Di waktu itu, bahannya mudah sahaja, hanya perlukan gula, kelapa parut dan susu pekat. Beberapa bulan yang lepas saya ke Giant Shah Alam. Candy dijual dengan harga RM12 di dalam satu bekas yang kecil. Disebabkan teringin, saya beli. Teringat-ingat kepada candy lagi, saya buat semula candy dan merisik-risik di Internet untuk resepi yang lebih baik. Alhamdulillah jumpa.., bahannya tidak sukar:

3 cawan kelapa parut
2 1/2 cawan gula putih
3/4 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat
secubit garam 
1/2 sudu kecil esen vanilla
sedikit mentega
pewarna merah @hijau

Gaul semuanya dan masak di atas api yang sederhana kecil. Bila agak kering dan sebati serta tidak melekit, tuangkan di dalam bekas dan ratakan candy ini. Pedap2kan dengan aluminium foil untuk meratakannya. Akhir sekali bila telah sejuk, potong candy ini. Simple & Achieving......
 
                      Candy kelapa; hasil potongan Khadijah


Malam semalam pula cuba untuk mengadakan 'healthy diet' di rumah. 'Steam fish with lime' atau sepatutnya 'steam fish with lime and lots of cili padi'. Makan bersama nasi panas-panas memang menyelerakan. Resepinya pun sangat mudah:

Hiris halus-halus halia, bawang putih, cili padi dan taborkan di atas ikan. Untuk sos kukusan, perahan limau nipis dicampur bersama sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Tuang diatas ikan dan kukus sehingga ikan masak sepenuhnya..

steam fish with lime and lots of cili padi..
 

Monday, April 29, 2013

Salah Tafsir..

Pejam celik, pejam celik, cuti pertengahan semester seminggu berlalu sudah.. Belum sempat buat apa-apa, kelas harus bermula kembali. Hari ini kembali mengajar subjek pengaturcaraan kepada pelajar kejuruteraan mekanikal. Topik kali ini tentang konsep pengulangan (repetition); tentang bagaimana menggunakan aturcara komputer untuk melakukan tugas yang berulang-ulang. Saya memberi satu latihan mudah dan menulis di papan putih soalannya;

Write your name 10 times by using FOR loop statement. 

Saya pusing-pusing kelas untuk melihat pelajar menyelesaikan masalah ini dengan tujuan untuk menyemak samada mereka faham atau tidak konsep pengulangan ini. Hampir kesemuanya menggunakan pernyataan FOR loop yang betul; bermaksud mereka sudah faham konsep asas pengulangan tetapi terdapat dua perbezaan, Ada menulis 'nama sendiri' tetapi ada yang menulis 'Write your name'. Kedua-dua ini sudah tentu tidak salah tetapi ianya telah membawa makna bahawa soalan saya boleh ditafsirkan dengan pelbagai pemahaman. Saya menerangkan maksud soalan di mana saya mahukan mereka menggunakan pernyataan FOR loop untuk menulis nama mereka 10 kali, bukan ayat 'Write your name' 10 kali; sambil memberi satu contoh tentang salah faham soalan;

Where were you born?
India
Which part?
What 'which part'?
Whole body was born in India.

Jawapan yang diberi di dalam soalan ini tidak salah tetapi saya rasa sungguh lucu.., membawa makna walaupun ringkas sesuatu soalan itu tetapi boleh membawa tafsiran yang sangat berbeza..

image from the Internet.

Thursday, March 21, 2013





Don't forget Allah - nice song by Farid Sanullah.. 

First time listening to this song in Radio IKIM today, reminds me of the long, lonely, full of difficulties of my PhD journey.

Monday, March 04, 2013

Semester baru bermula..




Kampus kembali sibuk, semester March bermula hari ini. Petikan kata-kata hikmah dari fb Dr Zainur Rashid buat inspirasi:

Cemburui 2 golongan ini....

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :


"Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." - (Riwayat al-Bukhari).

Monday, February 18, 2013

Of Birthdays..


Februari, dua anak perempuan saya dilahirkan di dalam bulan ini. Zahraa (15 tahun) lahir pada 10 Feb dan saya cuba merancang agar Khadijah (12 tahun) lahir pada tarikh yang sama tetapi Allah lebih berkuasa. Khadijah akhirnya lahir pada 15 Feb. Lazimnya jika dilahirkan di dalam bulan yang sama dikatakan perangai masing2 ada persamaan tetapi kedua-dua beradik ni amat kontras sikapnya. Agak mudah melahirkan Zahraa, menjaganya juga tidak sukar. Selesai menyusu terus tertidur. Khadijah sebaliknya, sangat sakit ketika melahirkan; dia suka menangis sehingga kurus kering saya dibuatnya..

Seawal tiga bulan sebelum tarikh hari lahir, Khadijah telah menwar-warkan hadiah-hadiah yang diharapkannya; antaranya music box, bracelet, notepad. Asal sahaja saya dan dia di dalam kereta, saya mesti dengar semua angan-angan dia. Jika dulu-dulu di usia 8 tahun, kalau dia perlukan sesuatu, dan jika saya diam, dia akan menderaf surat perjanjian ringkas dan saya perlu beri tandatangan ringkas. Bila sampai waktunya, dia akan menuntut apa yang saya telah tandatangan. Sampai ke satu tahap saya terpaksa beritahu Khadijah, saya tak akan tandatangan apa-apa pun lagi. Minggu lepas ketika kami menghirup hawa sejuk lewat petang di Bukit Frazer, Khadijah terjumpa bracelet di salah satu kedai souvenir. Mmmm.... apa lagi, puas dia merayu... 

Zahraa pula tiada sepatah kata tentang hari lahir. Tiada permintaan, tiada peringatan. Tetapi dalam diam rupanya dia menulis di dalam blognya di sini. Rupanya ada permintaan juga. Moga Allah mengabulkan permintaannya. Ameen..

Happy Birthday Zahraa dan Khadijah, Moga membesar menjadi gadis solehah. Moga beroleh kejayaan dunia wal akhirah....

Saturday, February 02, 2013

Maulid dan Thai grilled chicken


Lama tidak update blog ni.. sibuk memanjang. Apa yang sibuk entahlah.. Musim peperiksaan berlalu sudah, mesyuarat-mesyuarat validasi markah pelajar pun selesai sudah. Kini masa untuk merancang persiapan pengajaran semester depan pun bermula. Setiap hari, masa berlalu sangat pantas. Benarlah seperti kata-kata Saiyidina Ali R.A. :

'Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal leharmu'.

Bulan ini juga bulan kelahiran junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Yang nyata sekali kini, sambutan maulid sangat diraikan. Banyak selawat dan qasidah yang sangat merdu didengarkan. Antaranya seperti selawat oleh Habib Syech ini. 




Antara terjemahan selawat ini adalah:

Selawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi SAW (kekasih ku)
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu
Wahai kekasih ku, wahai Rasulullah SAW yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran
Tak lekang selawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.

Hari ini Siamese day di rumah. Saya mencuba resepi baru, Thai grilled chicken atau Gai Yang Khao Suan Kwang atau ayam panggang ala Siam. Resepi sangat mudah dan sedap. 

Ayam panggang Siam

Bahan perapnya tidak sukar, cuma sedikit bawang putih, daun ketumbar, lada hitam, garam, gula. Semua bahan ini  ditumbuk sehingga lumat dan kemudiannya di campur sedikit kicap cair, kicap pekat, air dan akhir sekali sedikit bijan. Gaulkan semua bahan ini pada ayam, perap sebentar dan bakar selama 1 jam 45 minit. Resepi langkah demi langkah saya ambil di sini. Ayam panggang Siam ini kami makan bersama sos cili thai, tomyam, paprik, salad dan sudah tentu dengan nasi..