Monday, February 18, 2013

Of Birthdays..


Februari, dua anak perempuan saya dilahirkan di dalam bulan ini. Zahraa (15 tahun) lahir pada 10 Feb dan saya cuba merancang agar Khadijah (12 tahun) lahir pada tarikh yang sama tetapi Allah lebih berkuasa. Khadijah akhirnya lahir pada 15 Feb. Lazimnya jika dilahirkan di dalam bulan yang sama dikatakan perangai masing2 ada persamaan tetapi kedua-dua beradik ni amat kontras sikapnya. Agak mudah melahirkan Zahraa, menjaganya juga tidak sukar. Selesai menyusu terus tertidur. Khadijah sebaliknya, sangat sakit ketika melahirkan; dia suka menangis sehingga kurus kering saya dibuatnya..

Seawal tiga bulan sebelum tarikh hari lahir, Khadijah telah menwar-warkan hadiah-hadiah yang diharapkannya; antaranya music box, bracelet, notepad. Asal sahaja saya dan dia di dalam kereta, saya mesti dengar semua angan-angan dia. Jika dulu-dulu di usia 8 tahun, kalau dia perlukan sesuatu, dan jika saya diam, dia akan menderaf surat perjanjian ringkas dan saya perlu beri tandatangan ringkas. Bila sampai waktunya, dia akan menuntut apa yang saya telah tandatangan. Sampai ke satu tahap saya terpaksa beritahu Khadijah, saya tak akan tandatangan apa-apa pun lagi. Minggu lepas ketika kami menghirup hawa sejuk lewat petang di Bukit Frazer, Khadijah terjumpa bracelet di salah satu kedai souvenir. Mmmm.... apa lagi, puas dia merayu... 

Zahraa pula tiada sepatah kata tentang hari lahir. Tiada permintaan, tiada peringatan. Tetapi dalam diam rupanya dia menulis di dalam blognya di sini. Rupanya ada permintaan juga. Moga Allah mengabulkan permintaannya. Ameen..

Happy Birthday Zahraa dan Khadijah, Moga membesar menjadi gadis solehah. Moga beroleh kejayaan dunia wal akhirah....

5 comments:

teratakmuslaily said...

happy belated birthday zahrah & khadijah.. miss both of u a lot!

kak cahaya said...

moga berjaya adunia dan akhirat.. besday present mgkn tak mampu mak ayah tunaikan..tapi kita sama mendoakan..
zahraa mmg agak pendiam sedikit ebrbanding dgn khadijah..tp pastinya masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2 kan

zlaa said...

Terima kasih Aunty Laily & Aunty Yati dari Zahraa & Khadijah. Dia org suruh cakap missed 'sleepover'..

m.u.l.a.n said...

happy belated birthday..!! happy & healthy always..

zlaa said...

Terima kasih aunty Mulan dari Zahraa & Khadijah..