Monday, April 29, 2013

Salah Tafsir..

Pejam celik, pejam celik, cuti pertengahan semester seminggu berlalu sudah.. Belum sempat buat apa-apa, kelas harus bermula kembali. Hari ini kembali mengajar subjek pengaturcaraan kepada pelajar kejuruteraan mekanikal. Topik kali ini tentang konsep pengulangan (repetition); tentang bagaimana menggunakan aturcara komputer untuk melakukan tugas yang berulang-ulang. Saya memberi satu latihan mudah dan menulis di papan putih soalannya;

Write your name 10 times by using FOR loop statement. 

Saya pusing-pusing kelas untuk melihat pelajar menyelesaikan masalah ini dengan tujuan untuk menyemak samada mereka faham atau tidak konsep pengulangan ini. Hampir kesemuanya menggunakan pernyataan FOR loop yang betul; bermaksud mereka sudah faham konsep asas pengulangan tetapi terdapat dua perbezaan, Ada menulis 'nama sendiri' tetapi ada yang menulis 'Write your name'. Kedua-dua ini sudah tentu tidak salah tetapi ianya telah membawa makna bahawa soalan saya boleh ditafsirkan dengan pelbagai pemahaman. Saya menerangkan maksud soalan di mana saya mahukan mereka menggunakan pernyataan FOR loop untuk menulis nama mereka 10 kali, bukan ayat 'Write your name' 10 kali; sambil memberi satu contoh tentang salah faham soalan;

Where were you born?
India
Which part?
What 'which part'?
Whole body was born in India.

Jawapan yang diberi di dalam soalan ini tidak salah tetapi saya rasa sungguh lucu.., membawa makna walaupun ringkas sesuatu soalan itu tetapi boleh membawa tafsiran yang sangat berbeza..

image from the Internet.

No comments: