Wednesday, May 22, 2013

Candy kelapa dan ikan kukus..

Esok malam saya konvo. Konvo kelas asas talaqi & tajwid yang saya hadiri tahun lepas di masjid negeri. Teruja saya nak menghadiri majlis konvo ini. Bukannya apa, di umur macam ini, baru nak belajar tajwid. Peringkat asas pula tu, yang mana sama tahap dengan anak-anak saya di sekolah rendah. Tetapi saya sedih juga sebab tahun ini saya terpaksa menangguh pengajian untuk kelas peringkat menengah. Tahun ini busy yang amat; urusan di ofis, urusan mengurus dan menjadi 'supir' anak-anak sangat menuntut waktu saya. Mudahan di tahun depan saya dapat kembali menyambung pengajian, duakan.. Ameenn..

Ini pula kisah makan. Antara masakan pertama yang pernah saya cuba adalah candy kelapa. Saya mula memasak candy di zaman sekolah rendah. Di waktu itu, bahannya mudah sahaja, hanya perlukan gula, kelapa parut dan susu pekat. Beberapa bulan yang lepas saya ke Giant Shah Alam. Candy dijual dengan harga RM12 di dalam satu bekas yang kecil. Disebabkan teringin, saya beli. Teringat-ingat kepada candy lagi, saya buat semula candy dan merisik-risik di Internet untuk resepi yang lebih baik. Alhamdulillah jumpa.., bahannya tidak sukar:

3 cawan kelapa parut
2 1/2 cawan gula putih
3/4 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat
secubit garam 
1/2 sudu kecil esen vanilla
sedikit mentega
pewarna merah @hijau

Gaul semuanya dan masak di atas api yang sederhana kecil. Bila agak kering dan sebati serta tidak melekit, tuangkan di dalam bekas dan ratakan candy ini. Pedap2kan dengan aluminium foil untuk meratakannya. Akhir sekali bila telah sejuk, potong candy ini. Simple & Achieving......
 
                      Candy kelapa; hasil potongan Khadijah


Malam semalam pula cuba untuk mengadakan 'healthy diet' di rumah. 'Steam fish with lime' atau sepatutnya 'steam fish with lime and lots of cili padi'. Makan bersama nasi panas-panas memang menyelerakan. Resepinya pun sangat mudah:

Hiris halus-halus halia, bawang putih, cili padi dan taborkan di atas ikan. Untuk sos kukusan, perahan limau nipis dicampur bersama sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Tuang diatas ikan dan kukus sehingga ikan masak sepenuhnya..

steam fish with lime and lots of cili padi..
 

No comments: