Wednesday, July 24, 2013

Alhamdulillah..

image dari Internet

Semester ini semester yang sangat sibuk. Mengajar 3 subjek baru dari Isnin pagi sehingga Sabtu petang. Sebaik sahaja hampir semua silibus akan dikhatamkan, rakan sekerja pula kemalangan dan saya perlu menanggung tugasnya. Doing 2 persons job at a time is not an easy task.. dan tugasnya perlu membuat kertas cadangan semakan kurikulum dan semua bahan di dalam laptopnya yang sudah pecah.. Alamat berjaga malamlah saya menyiapkan semua tugasan ini. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Allah permudahkan ditambah dengan bantuan rakan-rakan yang baik hati, kertas cadangan tersebut telahpun berjaya mendapat kelulusan pihak MKU (Majlis Kurikulum Universiti).

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selesai sudah kerja bagi semester ini, yg tinggal cuma saki baki minor-minor sahaja. Bagi meraikannya; waktu tengahari tadi, saya singgah di pasar basah berdekatan rumah.. Angan-angan mahu masak hari ini setelah hampir setiap hari bekerja kami berbuffet Ramadhan di surau. Entah menjadi atau tidak.  Harga ayam hari ini RM8.50 sekilogram. Saya ingatkan ia sepatutnya RM7.70; tetapi rupanya harga RM7.70 akan berkuatkuasa lagi 2 hari, itupun katanya sehingga hari raya sahaja. Selepas raya harga lain pula. Harga ikan lagilah melambung. Bagaimanalah agaknya golongan yang kurang berkemampuan berbelanja?..

No comments: