Thursday, August 29, 2013

Raya Ogos 2013..

Hari ini, sambutan hari raya pusat pengajian. Di samping meraikan hari raya, diraikan juga hari ulangtahun kelahiran staf yang dikumpul beberapa bulan, hari tamat tempoh staf kontrak dan juga staf yang bakal bersara. Begitu cepat masa berlalu, terasa baru sahaja hari kelahiran kami diraikan oleh Dr Nordin, ketua Pusat pengajian waktu itu. Tahun lalu, di samping beliau raikan kami minum pagi di cafe hotel, beliau menghadiahkan kami puisi ciptaan beliau. Jika tahun lalu, tajuknya As Always, tahun ini, walaupun tidak lagi menjadi ketua kami, beliau masih mengingati kami semua. Kali ini beliau hadiahkan lagi kami puisi; bertajuk Usia yang Pergi. Panjang puisinya, tak mungkin saya sabar menaipnya semula di blog ini. Walaubagaimanapun, ada satu puisi oleh Ustaz Pahrol yang saya suka, saya copy paste dari Internet. Puisi ini dari bukunya, Di Mana DIA Dihatiku..


Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa

Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta

Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur

Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah

Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam

Dengan kurnia..
banyakkan syukur

Dengan bala..
janganlah kufur

Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas

Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali

Oleh: Pahrol Mohd Juoi

Dari fb Rumi juga banyak gambar dan kata-kata indah yang dapat dijadikan renungan.. Antaranya:


Kata Rumi:

Its your road, and yours alone.
others may walk it with you,
but no one can walk it for you.

Okay, back to work.. proses membuat jadual waktu baru untuk semester September, permintaan tinggi, pensyarahnya tak cukup.. bingung.....

No comments: