Tuesday, April 29, 2014

Meang Kham..


Meang Kham adalah sejenis makanan Siam yang saya kira unik dan sangat 'authentic'. Seseorang tidak akan dapat menjangka bagaimana rasa meang kham jika tidak pernah cuba merasainya. Cuba bayangkan bahan-bahan meang kham adalah dauk kadok yang perlu membungkus bahan-bahan seperti cili padi, udang kering, kacang, limau nipis, bawang, halia, lengkuas dan kelapa parut yang digoreng. Setelah dibungkus semua bahan ini di dalam daun kadok, ianya akan dicicah ke dalam manisan. 'Unimaginable taste'!.


Resepi dan gambar meang kham ini boleh didapati di sini
 
Meang Kham ini saya beli di pasar tani. Sepaket RM3.00.  Kini hampir setiap minggu ianya
 menjadi rutin saya mencari meang kham. Satu kenikmatan makan meang kham selepas makan tengahari. 


Bila makan meang kham kerap kali saya terfikir; Masya Allah bahan-bahan ini terdiri dari pelbagai jenis rasa yang berbeza, ada pedas, ada panas, ada masin, ada manis, ada masam dan pelbagai rasa lagi yang meghasilkan satu rasa yang amat berbeza. Begitu juga dengan kehidupan kita ini ya, penuh dengan pelbagai liku dan pengalaman; membuat kita berfikir tentang kebesaran Allah. SubhanAllah, Maha suci Allah sebaik-baik pengatur, telah mengatur kehidupan kita dengan sebaiknya. Moga kita semua diberi Allah pengakhiran yang baik. Ameen..

 ~ Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal ( Al Mu'min - ayat 39)~


No comments: