Tuesday, April 15, 2014

Air dicatu..


Telah lebih sebulan air dicatu; 2 hari ada dan 2 hari tiada. Sudah alah bisa tegal biasa. Teringat saya suatu kisah yang dibaca di Internet tentang nikmat Allah yang selama ini jarang kita syukuri. Tidak pasti samada kisah ini benar atau tidak, tetapi yang penting adalah apa yang hendak disampaikan dan apa yang dirasa selepas membaca kisah ini :-

Seorang lelaki tua berumur 80 tahun, telah mengalami masalah penglihatan iaitu katarak.. Suatu hari dia telah dimasukkan ke hospital, dan pembedahan telah dilakukan untuk membuang selaput pada matanya...Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjaya dan penglihatannya telah kembali pulih...; Lelaki tua tersebut telah dibenarkan discaj dan pulang ke rumah..

Ketika melihat bil hospitalnya yang beribu-ribu ringgit lelaki tua tersebut menangis teresak-esak di hadapan seorang doktor. Lalu doktor tersebut berasa simpati, dan memujuk lelaki tua tersebut dengan memberikan cadangan untuk membolehkan lelaki tersebut membuat bayaran secara ansuran jika tidak mampu...

Dengan linangan air mata, lelaki tua itu berkata, " Pakcik menangis bukan kerana tidak mampu membayar bil ini... "Tapi pakcik menangis kerana terlalu sedih...mata pakcik kabur, tapi dalam masa beberapa hari, dengan bil sebanyak ini penglihatan pakcik kembali pulih.."

"Tapi selama 80 tahun pakcik hidup, bermacam-macam nikmat Allah bagi pada pakcik, tapi Allah tidak pernah minta bil dari pakcik... Semuanya Allah bagi percuma..., kalau diikutkan umur pakcik dah 80 tahun ini, ntah berapa lah bil yang sepatutnya pakcik bayar untuk menikmati semua nikmat Allah ini..."

"Pakcik terlalu sedikit bersyukur....sedangkan terlalu banyak nikmat Allah berikan kepada Pakcik secara percuma..."


Sabtu lalu air dicatu. Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk memasak nasi arab ringkas ini
 
baked chicken kegemaran semua

2 comments:

teratakmuslaily said...

nak baked chicken jugak! :)

zlaa said...

terataklaily,

Laily masak lagi sedap... Ingat lagi resepi bbq Laily..